PM Najib telah menyatakan penyesalan secara terbuka akan kesilapan yang telah dilakukan. Kesilapan yang telah dilakukan bersama-sama sahabat-sahabatnya kepada rakyat Malaysia. Lantas telah memohon maaf. Ini satu tindakan yang terpuji dan berani. Tidak mudah bagi ketua kepada parti yang memerintah menurunkan diri sehingga ketahap mengaku kesilapan dan memohon maaf. Bukan kerja yang mudah.
Jadi apakah sambutan kita terhadap permohonan maaf secara terbuka itu? Sewajarnya kita tidak berlengah menerima permohonan maaf itu. Maafkan lah mereka, maafkanlah PM Najib dan sahabat-sahabat yang sekelompok dengannya. Janganlah pula kita mencari-cari alasan menyimpan lagi rasa marah dan dendam terhadap mereka. Dendam kesumat tidak memberi apa-apa guna. Tidak berfaedah. Tidak ada menfaat kepada kita manusia. Apa tah lagi kalau kita menyandarkan respons kita itu merujuk kepada ajaran agama kita, agama Islam. Memaafkan, itulah yang diajar kepada kita. Dan agama atau kepercayaan yang lain juga saya percaya mempunyai sikap yang sama.
Semua orang atau pihak tidak sunyi melakukan kesilapan. Tidak terkecuali PM Najib dan sahabat-sahabatnya.Tambah-tambah lagi Najib telah di beri tanggongjawab dan amanah dalam mengurus tadbir negara. Terlalu banyak yang perlu dilakukan. Terlalu banyak yang perlu di fikirkan. Dan terlalu banyak yang perlu dihadapi. Mana mungkin dalam keadaan seperti ini Najib tidak akan membuat kesilapan/kesalahan. Mana mungkin Najib dapat menentukan sahabat-sahabatnya yang lain tidak akan membuat salah. Mustahil. Dan mana mungkin Najib dan sahabat-sahabat yang lain yang telah mewarisi kekuasaan sebegitu lama melebihi 50 tahun akan tidak alpa seminit dua akan amanah yang telah diberikan, lantas nafsu tamak haloba dik kuasa yang begitu lama menghanyutkan jiwa murni mereka ke lembah yang hina penuh dosa. Memang tidak mungkin. Mereka tidak memohon maafpun , kita tahu bahawa mereka telah menjerumus dan terjerumus ke dalam lembah yang hina.
Jadi sekarang mereka telah mohon maaf. Mereka telah insaf. Saya percaya ini adalah taubat mereka. Maka dengan hati terbuka dan penuh keinsafan kita maafkan mereka.
Cara kita memafkan mereka bukan secara berdendam mengungkit-ungkit kesalahan mereka. Dan kita hendaklah mewujudkan peluang kepada mereka berfikir secara tenang, melepaskan mereka dari bebanan memikul tanggongjawab dan amanah menguruskan negara dan berisghfar banyak-banyak memohon keampunan atas kesalahan pecah amanh yang telah mereka lakukan. Paling baik dan yang terbaik saya rasa Najib dan kawan-kawannya itu tidak lagi terlibat dalam pemilihan pada pilihanraya yang akan datang ini. Gunakanlah masa yang akan datang ini dengan sebaik mungkin menyesali akan perbuatan yang tidak beramanah yang telah dilakukan. Tetapi jika masih lagi mempunyai nafsu untuk bertanding dan mahu mengurus negara kita tolak mereka menjadi pemerhati dan penyelia pula. Jadi pihak pembangkang pula supaya kedudukan seperti ini lebih menginsafkan mereka.
Itulah cara kemaafan yang wajar kita berikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan