Kenapa semasa suami beliau di masukkan dalam penjara, dia tidak meletakkan jawatan?
Saya
tidak pernah tefikir seseorang yang mempunyai kedudukan yang memegang
amanah, yang menjadi pemimpin, yang berkedudukan untuk memberi khidmat
terbaik kepada rakyat tergamak untuk bertanya soalan seperti itu.
Dahsyat sungguh sifat dan kelaku manusia? ini.
Dulu
pernah juga beliau mengeluarkan kata-kata atau kenyataan yang tidak
setimpal dengan taraf dan kedudukan manusia yang diberi Allah otak untuk
berfikir. Tidak mengapalah kerana kadang-kadang di ketika seseorang itu
di pengaruhi oleh nafsu hendak mengekalkan kuasa, sesaat memikirkan
kejatuhan mungkin akan menimpa yang membuatkan kehilangan peluang
memakmurkan diri dan keluarga sendiri, lidah terlepas kata yang tidak
enak di dengar oleh manusia.
Tapi
yang ini , kali ini sudah tenat. Adakah soalan itu datang dari seorang
manusia? Siapa gerangan agaknya yang berkelaku dan bertabiat begitu.
Buang tabiat ke sebelum menghadapi pilihanraya? Biasanya yang buang tabiat ini, nyawa sudah menghampiri penghujung.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan