Servant. Amah. Orang Gaji. Begitulah permulaan sikap dan saikologi kita/majikan dalam meletakkan diri dalam hubungan dengan orang yang diharapkan untuk menguruskan segala bentuk kerja rumah. Kemudian ketika ini dilembutkan dengan panggilan Pembantu Rumah-membantu kerja dirumah.
Apa itu kerja rumah? Segala-galanya yang bersangkutan dengan rumah dari segi menyediakan keperluan makan minum, kebersihan dalaman dan kadang-kadang termasuk luar seperti membersihkan longkang, kerja-kerja cucian pakaian dan perkakasan makanan, mengurus anak/orang tua, ke pasar dan semua hal yang diminta oleh majikan untuk merengankan kerja tuan rumah. Maknanya kerja pembantu rumah ini tiada hadnya, mengikut saja arahan majikan.
Sama saja dengan seorang penjawat awam yang telah ditentukan tugas dalam senarai tugas terakhirnya iaitu 'melakukan tugas seperti yang diarahkan' dibawah akujanji 'Saya Yang Menurut Perintah' (SYMP) yang terus berkekalan sehingga hari ini yang tidak ada tanda-tanda akan lenyap pada masa akan datang.
Penjawat awam dan Pembantu Rumah adalah dalam kategori 'servant to serve the masters'. Siapa masters ini? Bagi penjawat awam, orang politiklah. Bagi pembantu rumah pula 'masters'nya adalah majikan dari berbagai latar belakang termasuk penjawat awam yang menjadi 'servant' kepada orang politik itu. Sama saja kedudukan mereka dari segi tanggapan sikap dan saikologi. Sekali lagi, 'Saya Yang Menurut Perintah'.
Namun terlalu banyak bezanya diantara dua jenis kerja ini walaupun kedua-duanya adalah 'servant' kepada tuan masing-masing. Penjawat awam adalah satu kerjaya. Pembantu rumah pula bekerja sampai ketitisan peluh terakhir/sehingga usia tua ,tiada peningkatan kedudukan atau upah (tapi ada juga tuan yang baik hati beri sedikit tambah upah). Dari mula/muda sampai ke akhir/usia tua, pembantu rumah tetap juga pembantu rumah.
Diatas saya telah pun ceritakan apakah sikap dan saikologi kita terhadap pembantu rumah, atau orang gaji, atau amah atau servant dalam menentukan kedudukan mereka dalam hubungan dengan majikan. Diceritakan juga liputan kerja mereka yang termasuk dan tidak terhad kepada satu kerja rumah saja; persamaan diantara penjawat awam dan pembantu rumah dari segi ketaatan yang diperlukan oleh majikan iaitu sentiasa menjadi 'servant' , turut perintah dibawah akujanji 'Saya Yang Menurut Perintah'. Bezanya, servant atau amah atau orang gaji atau pembantu rumah ini sentiasa kekal sifat dan kedudukannya sebagai pembantu rumah. Pembantu rumah bukan satu kerjaya. Hamba? Saya tidak pasti.
Dengan demikian, pembantu rumah tidak memerlukan sijil kelayakan. Siapa saja yang sudi dan sanggup menerima kerja/kerja-kerja rumah yang meliputi dan tidak terhad atas dasar turut perintah majikan adalah layak dan dialu-alukan menjadi pembantu rumah. Oleh itu mereka ini tidak ada kualiti dari segi ilmu sama ada yang bersangkutan bidang kerja, secara amnya tidak juga mempunyai rupa paras yang menarik, dan ini yang menjadi keutamaan pilihan, latarbelakang orang yang susah, ada yang tidak pernah ke sekolah dan kalau ke sekolah pun setakat hadir tidak lebih pada tahap sekolah rendah, janda atau ibu tunggal yang kesempitan menyara hidup dan mereka yang memerlukan sangat untuk menyara kehidupan dengan pendapatan yang halal walaupun sedikit.
Mereka ini akan bekerja dengan orang yang mempunyai kedudukan, yang mempunyai kemampuan kewangan tetapi tidak mampu untuk menguruskan 'kerumahan' secara sendiri, perlu dibantu.
Maka dalam keadaan seperti yang dinyatakan itulah, secara sedar atau tidak sedar telah memandu dan membentuk sikap dan saikologi dalam hubungan diantara servant atau amah atau orang gaji atau pembantu rumah dengan majikan sebagai tuan.
Dengan itu apakah yang dapat diharapkan, hasil dari hubungan tersebut?
Hasilnya ialah berbagai cerita yang akan saya paparkan seterusnya nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan