1. Masa zaman remaja dulu khususnya semasa dalam pengajian, ramai kawan-kawan memberi ingatan kepada kawan-kawan perempuan secara bergurau, "Jangan suka makan budi nanti tergadai body". Dalam bahasa biasa, jangan selalu/suka terima bantuan, hadiah, pertolongan, pemberian, pujian dan segala yang bersifat memujuk kerana kesannya akan meresap ke dalam hati dan jiwa sehingga boleh lupa harga diri. Maka tergadailah 'body'. Oleh itu jalan yang selamat ialah elakkan diri dari penyakit suka menerima budi kerana biasanya yang suka memberi itu tidak banyak yang tidak mahu dibalas seperti yang digambarkan dalam pantun dua kerat ini:
Ada ubi , ada batas
Orang berbudi kita membalas.
2. Berbudi dan membalas budi adalah sifat yang baik, tidak salah. Memang juga benar ada pihak ikhlas dalam berbudi. Orang ini berhati mulia.
3. Cuma dalam banyak hal, orang yang berbudi ini menaruh sesuatu harapan dari yang menerima budi. Maka jika budinya tidak dibalas, timbullah sebutan di hati atau terkeluar kata-kata bahawa orang yang terima budi itu tidak tahu mengenang budi. Atau yang selalu menerima budi itu, rasa serba salah jika tidak memperkenankan sesuatu hajat yang diperlukan/diminta oleh orang yang telah selalu berbudi kepadanya.
4. Dalam keadaan seperti diatas ini, kalau diambil kes seorang perempuan yang telah terlalu banyak menerima budi dari seorang lelaki, dan jika lelaki ini pandai pujuk dan rayu, kebarangkalian bagi perempuan ini terjebak dalam 'perangkap budi yang perlu dibalas ini', adalah besar sekali. Yang paling malang sekali budi itu dibalas/terpaksa dibalas dalam bentuk apa yang dikatakan sebagai 'tergadai body'.
5. Oleh itu bersederhanalah dalam berbudi dan menerima budi. Yang terbaik sekali jangan menaruh harapan untuk budi dibalas. Kalau tidak mampu berbuat demikian lebih baik jangan berbudi kerana ia boleh menyusahkan orang yang menerima budi.
6. Selain dari budi yang boleh menyebabkan tergadai 'body', ada juga budi yang selalu diungkit-ungkit yang perlu dibalas. Budi ini adalah budi orang politik. Budi ini secara terang lagi jelas diminta untuk dibalas. Balasannya adalah dalam bentuk undi dalam sesuatu pemilihan/pilihanraya. Mereka yang telah dibantu, ditolong bahkan yang telah dipermudahkan dalam sesuatu urusan diseru dan diminta untuk mengundi/memilih mereka sebagai cara mengenang budi.
7. Contoh. Pada akhir-akhir ini Kerajaan Persekutuan (BN) telah banyak mengeluarkan berbagai bantuan dan pertolongan . Satu daripadanya ialah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diberikan kepada rakyat berpendapatan kurang dari RM 3,000 sebulan bagi merengan beban saraan yang ditanggong. Secara asasnya ini adalah merupakan satu langkah yang baik dalam keadaan hidup yang berhadapan dengan kos barangan dan perkhidmatan yang sentiasa meningkat.
8. Ada juga bantuan dalam bentuk memberi baucer bayaran kepada pelajar-pelajar untuk membeli buku. Alhamdulillah, ini juga satu langkah yang baik.
9. Satu lagi bentuk skim bagi merengankan beban rakyat khususnya penjawat awam yang berjumlah 1.3 juta orang ialah melaksanakan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang memberi kenaikan gaji kepada anggota perkhidmatan awam. Namun SBPA terpaksa dibatalkan pelaksanaannya disaat akhir apabila pihak Kesatuan Sekerja Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menyatakan rasa tidak puas hati dengan SBPA itu sendiri yang antara lain boleh melebarkan lagi jurang pendapatan diantara golongan pekerja rendah dengan golongan yang berkedudukan tinggi.
10. Mendengar dan memahami 'denyut nadi' golongan penjawat awam bawahan itu maka Kerajaan telah membatalkan SBPA dan diganti dengan kaedah penyelarasan berasaskan Sistem Saraan Malaysia (SSM) dengan memberi kenaikan dari 7 hingga 13 peratus, disamping janji Kerajaan untuk menubuhkan satu Suruhanjaya untuk mengkaji saraan penjawat awam itu. Ini pun satu langkah yang baik.
11. Segala macam bentuk bantuan yang dilaksanakan termasuk kenaikan saraan penjawat awam adalah merupakan langkah-langkah yang baik kerana dapat merengankan beban rakyat, demi kebahagian dan kesejahteraan rakyat.
12. Maknanya apa yang dilakukan oleh kerajaan untuk kebahagiaan dan kesejahteraan rakyat itu adalah satu budi. Budi harus dibalas. Rakyat harus membalas budi kerajaan itu.
13. Balasan rakyat kepada Kerajaan adalah dalam bentuk terus memberikan kepercayaan/amanah agar kuasa yang ada dikekalkan dengan memberikan undi dalam pilihanraya yang dijangka menghampiri ini. Jika sebahagian besar rakyat berbuat demikian maka kerajaan boleh terus menabur budi pada masa hadapan.
14. Tapi adakah sebenarnya kerajaan itu berbudi? Dalam hubungan orang perseorangan, budi yang terbaik adalah yang tidak mengharapkan balasan, yang tidak diungkit-ungkit. Memberikan bantuan/pertolongan secara ikhlas. Kalau tidak ikhlas jangan berbudi. Manakala dalam hubungan Kerajaan dengan rakyat pula sebenarnya soal budi tidak timbul sama sekali kerana kerajaan bertanggongjawab untuk melaksanakan amanah yang telah diberikan oleh rakyat untuk mengurus negara dalam sebuah sistem demokrasi.
15. Maknanya ungkit-mengungkit akan segala projek/skim bantuan, pertolongan dan segala bentuk usaha bertujuan merengankan beban rakyat adalah satu perbuatan yang tidak menepati tanggongjawab kerajaan yang menerima amanah rakyat itu. Atau kata-kata yang menghasilkan ayat 'lu tolong gua, gua tolong lu', adalah menyimpang dari semangat dan tanggongjawab sebenar kerajaan dipilih. Amat malang sekali kata-kata itu dimasyhurkan dan dijadikan asas untuk mendapat/mengekalkan kuasa. Itu bukan kerajaan yang beramanah.
16. Jadi adakah ini bermaksud kerajaan yang telah memberi berbagai bantuan dan pertolongan demi kesejahteraan rakyat itu adalah sebuah kerajaan yang tidak baik? Dan jika sedang berkuasa, dan ingin mahu mengekalkan kuasa melalui pilihanraya yang akan datang nanti, adakah wajar rakyat menolaknya?
17. Secara amnya kerajaan seperti itu adalah sebuah kerajaan yang baik. Dan jika mahu mengekalkan kuasa, rakyat wajar menyokongnya.
18. Tetapi, cara, kaedah, gaya, pendekatan, kesungguhan dan keikhlasan kerajaan dalam melaksanakan bantuan, pertolongan dan berbagai usaha untuk rakyat itu perlu juga dilihat dan diteliti dengan adil dan saksama. Adakah semua itu atas dasar menjalankan amanah atau ada kepentingan/tujuan selain dari itu.
19. Soalan yang di kemukakan itu terlalu mudah iaitu adakah kerajaan itu menjalankan amanah? Mencari jawapan tidak semudah bertanya kerana jawapan itu mesti berasaskan bukti yang nyata, fakta dan angka serta kenyataan yang jelas. Mestilah adil dan saksama. Namun jika pihak kerajaan tidak mempunyai kesungguhan untuk menjelas dan membersihkan diri dari berbagai dakwaan salah laku dan pecah amanah maka rakyat mempunyai hak untuk meragui kejujuran kerajaan dalam melaksanakan berbagai pertolongan, bantuan, kemudahan dalam berbagai program/skim dan projek. Apatah lagi jika kecenderungan kerajaan untuk melindungi salah laku dalam urustadbir negara terserlah sekali.
20. Ambil saja kes-kes berkaitan dengan pengurusan wang/hasil negara seperti berikut:
20.1 Dakwaan kerugian wang negara sebanyak RM1.8 bilion.
20.2 Pengaliran wang haram ke luar negara. Menurut Global Financial Integrity (GFI) pada tahun 2009 aliran wang haram Malaysia ke luar negara adalah sebanyak USD 903 bilion menjadikan Malaysia negara 20 paling atas dari jumlah 157 buah negara.
20.3 Kerugian yang di tanggong oleh syarikat penerbangan MAS melalui salah urus dan penyelesaian diluar mahkamah.
20.4 Komisyen/rasuah dalam pembelian kapal selam Scorpeon yang melibatkan RM500 juta.
20.5 Kes pinjaman mudah kerajaan RM250 juta untuk projek NFC yang disalahgunakan.
20.6 Berbagai projek yang melibatkan kenaikan kos berlipatganda dari kos asal yang tidak masuk akal.
20.7 Pemberian projek yang didakwa tidak telus misalnya projek pembinaan lebuhraya Kidex RM2.2 bilion.
21. Sehingga sekarang dakwaan-dakwaan diatas tidak mendapat jawapan/penyelesaian yang sewajarnya dari kerajaan. Malah bekas PM yang begitu lama berkuasa memberi alasan yang membawa maksud bahawa bukan beliau saja membawa kerugian kepada negara, pemimpin lain pun melakukan perkara yang sama bahkan lebih teruk lagi.
22. Jawapan seperti diatas dengan jelas mengesahkan bahawa pimpinan negara telah menyebabkan kerugian wang negara. Lebih sahih lagi apabila PM sekarang ini memohon maaf dari rakyat diatas kesalahan yang telah dilakukan.
23. Itulah jawapan atau cara penyelesaian yang diberikan kepada rakyat atas dakwaan-dakwaan salah laku dan tidak beramanah itu.
24. Perbuatan tidak beramanah bukan saja setakat wang/hasil negara saja. Ia juga meliputi hal-hal berkaitan penguatkuasaan undang-undang dan kehakiman. Terdapat campur tangan untuk menjaga kepentingan yang berkuasa.
25. Selagi kerajaan tidak dapat memberi jawapan dan menyelesaikan dakwaan salah laku dan pecah amanah itu, maka pertolongan, bantuan, dan berbagai usaha yang telah, sedang dan akan diberikan kepada rakyat adalah tidak sebenarnya menunjukkan kesungguhan kerajaan bagi membela rakyat. Sebab jika wang itu diurus tadbir dengan penuh amanah, maknanya negara tidak kehilangan dan kerugian wang disebabkan perbuatan rasuah misalnya, sudah tentu wang itu boleh digunakan bagi faedah rakyat untuk mengecapi kehidupan yang makmur dan sejahtera.
26. Jadi adakah wajar rakyat membalas budi kepada kerajaan dengan memberi undi pada pilihanraya yang akan datang ini atas dasar bantuan yang telah diterima? Bagaimana dengan kerugian wang negara itu? Bagaimana dengan campur tangan kerajaan dalam berbagai institusi yang menyebabkan berlaku tidak adil kepada setengah pihak?
27. Maknanya bantuan dan pertolongan kerajaan itu tidak ikhlas. Sedikit diberikan kepada rakyat, banyak pula yang diambil. Itupun tidak mengapa. Tapi diambil dengan cara yang tidak sah, cara yang salah.
28. Kalau begitu gayanya maka tidak wajar rakyat terasa terhutang budi kepada kerajaan. Rakyat tidak perlu memberi undi kepada mereka yang tidak pegang amanah secara sempurna.
29. Oleh itu rakyat jangan terasa terhutang budi, nanti tergadai undi. Setakat tergadai 'body' seperti cerita awal diatas, masih lagi boleh bertahan, tidaklah rugi dan bahaya sangat. Tapi kalau tergadai undi ianya amat rugi dan paling bahaya sekali. Sebab kita menyerahkan kuasa kepada mereka yang tidak beramanah. Rosak negara, rosak juga kita.
30. Berfikirlah dengan tenang semasa memberi undi nanti demi kehidupan yang makmur dan sejahtera. Lupakan soal membalas budi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan