UNTUK APA KITA BERKUASA
MENGKHIANATI AMANAH, MEMERINTAH LAGAK MAHARAJA, MENGARAH, MENITAH, MENGERAH, MAIN-MAIN LATAH MELATAH BEGINI BEGITU ESOK DISANA LUSA DISITU BOLEH SAJA IKUT SUKA KITA KERANA MENYIASAT MENDAKWA DAN MENGHUKUM KITA PUNYA,
MERAMPAS, MEROMPAK SIANG MALAM KERANA TERANG BENDERANG ATAU GELAP GELITA TIADA HAL BAGI KITA SEMUA BOLEH BELAKA,
MAKAN SUAP-SUAPAN SAMBIL MENUMBUK RUSUK KIRI DAN KANAN,
MEMBULI PALING MENYERONOKKAN SEBAB KITA INGIN SENTIASA KETAWA TERBAHAK-BAHAK SAMBIL BERKATA MAMPUSLAH DIA,
MENGANIAYA, MEMFITNAH MENAYANG CERITA LUCAH DAN MENGULANG TAYANG CERITA YANG SAMA,
MENODA, MEROGOL, MENYIKSA, MENDERA, MEMERAS UGUT LUDAH MELUDAH KERANA KITA PANGLIMA GAGAH PERKASA,
MEMUJA, MENGAMPU, MENCIUM TANGAN SAMBIL MENUNDUK KEPALA,
MENYUMBAT DIA DALAM PENJARA,
MEMPERDAYA, MEMPERKOSA, MENYEMARAK API KEBENCIAN, MENGHINA NABI, HUKUM ATAU APA DAN SIAPA SAJA,
MEREMBAT KHAZAHAH NEGARA, MENCEKIK, MENCUKAI KEHIDUPAN NAIKKAN HARGA,
MENUTUP MULUT APA PUN BICARA, MENIPU, MENYONGSANG BERITA, MENYEMBUNYI MAKLUMAT DAN FAKTA ATAS NAMA RAHSIA KESELAMATAN NEGARA,
MENYELEWENG, MEMBOHONGI, MENCIPTAREKA YANG TIADA SUPAYA ADANYA MENGUNTUNGKAN KITA,
MEMPERDAYA MEREKA YANG CUBA BERKATA BENAR,
MENYALAHGUNAKAN KUASA KERANA ITULAH SEBENARNYA KEHIDUPAN KITA, SEBAB ITU APALAH SALAHNYA MEMBUNUH JIKA KITA YANG BERKUASA.
NAMAKAN APA SAJA KERANA SELURUH RUANG DUNIA AKAN KITA ISI,
DAN JANGAN LUPA NEVER FORGET CASH COW AND CONDO KERANA IANYA JUGA BERSUMBERKAN KUASA KITA
OOOOOO BEGITU HEBAT KITA INI SEMENJAK DULUKALA APATAH LAGI MUTAHIR INI KERANA
OOOOOO YA KERANA KITA ADA KUASA DAN PERLU ADA DAN KEKAL SELAMA-LAMANNYA
BERSYUKUR KITA , DEMI KUASA KITA ADA BANGSA, AGAMA DAN NEGARA
NAH, MANA MEREKA YANG TERKINJA-KINJA MAHU AMBIL KUASA KITA: SUMBAT DALAM PENJARA PADAN MUKA
USAHLAH KAMU MENJALA DILAUT NESCAYA OMBAKNYA GANAS SEKALI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan