Assalamualaikum wbth dan Salam Jumaat. Semoga semua sihat-sihat belaka. Amin.
Saya memilih untuk menghabiskan baki 14 hari ini antara lain melihat semula album-album lama yang boleh mengembalikan ingatan akan peristiwa-peristiwa yang telah berlaku dahulu sambil merenung wajah sendiri ketika itu . Dan tangan tidak gagal menggaru-garu kepala yang tidak gatal.
Antara album yang menjadi perhatian ialah album semasa bekerja dan semasa melanjutkan pelajaran di luar negara.
Album semasa bekerja ketika berusia dihujung-hujung 30an, lebih tepat 37 tahun. Bekerja di sebuah jabatan Kerajaan di negeri bawah bayu, di Sabah. Sebenarnya semasa diarahkan kesana , saya merasakan bahawa semacam ada satu hukuman dikenakan kepada saya dengan pertanyaan "Mengapa saya di hantar ke Sabah sedangkan ada jawatan di Kuala Lumpur". Itu adalah satu pertanyaan berdasarkan syak wasangka yang dipengaruhi cerita-cerita yang bukan-bukan bahawa sesiapa yang dihantar ke sana adalah orang buangan.
Sebenarnya tidak. Malah ianya satu peluang untuk menambahkan pengalaman sama ada dari segi kerja mahu pun pergaulan. Banyak perkara yang telah saya dapat pelajari. Satu perkara yang terkesan kepada saya ialah tentang pandangan dan sikap orang tempatan terhadap orang yang datang dari Semenanjung. Sebahagian besar menganggap orang Semenanjung ini adalah sombong-sombong belaka. Sama ada sebenarnya begitu atau ianya satu persepsi , itulah yang telah saya dapat simpulkan ketika itu.
Yang paling merisaukan apabila mereka memberikan panggilan orang luar ini sebagai orang Malaya. Apabila cap Malaya di gunakan ia membawa kepada satu konotasi bahawa mereka dijajah. Dan perasaan marah menguasai mereka.
Bagaimana saya menghadapi suasana seperti ini kerana hampir 98% staf jabatan saya adalah orang tempatan.
Tidak ada sesuatu yang istimewa yang saya telah lakukan. Buat kerja seperti biasa seolah-olah saya bekerja di Kula Lumpur. Cuma kalau ada yang berbeza ialah jika ada masa terluang saya mengunjungi rumah mereka semata-mata hendak merasai sendiri cara mereka menjalani kehidupan harian. Pada mulanya saya agak kaku juga tambahan pula mereka juga kelihatan 'tidak selesa' dengan kedatangan saya. Tapi lama kelamaan mereka dengan senang hati menerima saya. Maka hubungan bertambah mesra. Cap Malaya sudah hilang. Alhamdulillah.
Sebenarnya orang Sabah ke , Sarawak ke, Kelantan ke atau negeri-negeri yang lain memang mempunyai perasaan kenegerian dan lebih suka memilih untuk bergaul sesama sendiri. Cuma di Sabah ini , ketika itulah, mereka kurang seronok dengan orang Malaya. Tapi kalau kita dapat menunjukkan sikap bahawa kita bukanlah orang yang sombong saya percaya mereka boleh menjadi sahabat yang baik. Saya merasainya begitu sehingga hari ini.
Waktu itu rambut saya masih lebat dan hitam. Sekarang bukan saja kepala hampir licin tiada berambut wajah pun telah semakin banyak kedutan terutama didahi.
Oleh itu baki 14 hari ini nanti yang akan kita lalui, termasuk saya jika diizinkan Allah akan saya anggap sebagai mengurangkan lagi rambut di kepala dan menambah kedudutan dimuka. Begitulah pengajaran yang saya dapati dari melihat album yang lama.
Setengah bulan lagi kita akan meneruskan kehidupan , jika dizinkan Allah, dalam tempoh tahun 2011. Sesungguhnya masa begitu cepat berjalan sehingga kita hanya ada berbaki sabanyak 14 hari lagi bagi memasuki gerbang tahun baru 2012. Maka jika ada yang merancang untuk memuktamadkan sesuatu pada tahun 2011 tempoh 14 hari itu perlu digunakan sebaiknya.
Saya memilih untuk menghabiskan baki 14 hari ini antara lain melihat semula album-album lama yang boleh mengembalikan ingatan akan peristiwa-peristiwa yang telah berlaku dahulu sambil merenung wajah sendiri ketika itu . Dan tangan tidak gagal menggaru-garu kepala yang tidak gatal.
Antara album yang menjadi perhatian ialah album semasa bekerja dan semasa melanjutkan pelajaran di luar negara.
Album semasa bekerja ketika berusia dihujung-hujung 30an, lebih tepat 37 tahun. Bekerja di sebuah jabatan Kerajaan di negeri bawah bayu, di Sabah. Sebenarnya semasa diarahkan kesana , saya merasakan bahawa semacam ada satu hukuman dikenakan kepada saya dengan pertanyaan "Mengapa saya di hantar ke Sabah sedangkan ada jawatan di Kuala Lumpur". Itu adalah satu pertanyaan berdasarkan syak wasangka yang dipengaruhi cerita-cerita yang bukan-bukan bahawa sesiapa yang dihantar ke sana adalah orang buangan.
Sebenarnya tidak. Malah ianya satu peluang untuk menambahkan pengalaman sama ada dari segi kerja mahu pun pergaulan. Banyak perkara yang telah saya dapat pelajari. Satu perkara yang terkesan kepada saya ialah tentang pandangan dan sikap orang tempatan terhadap orang yang datang dari Semenanjung. Sebahagian besar menganggap orang Semenanjung ini adalah sombong-sombong belaka. Sama ada sebenarnya begitu atau ianya satu persepsi , itulah yang telah saya dapat simpulkan ketika itu.
Yang paling merisaukan apabila mereka memberikan panggilan orang luar ini sebagai orang Malaya. Apabila cap Malaya di gunakan ia membawa kepada satu konotasi bahawa mereka dijajah. Dan perasaan marah menguasai mereka.
Bagaimana saya menghadapi suasana seperti ini kerana hampir 98% staf jabatan saya adalah orang tempatan.
Tidak ada sesuatu yang istimewa yang saya telah lakukan. Buat kerja seperti biasa seolah-olah saya bekerja di Kula Lumpur. Cuma kalau ada yang berbeza ialah jika ada masa terluang saya mengunjungi rumah mereka semata-mata hendak merasai sendiri cara mereka menjalani kehidupan harian. Pada mulanya saya agak kaku juga tambahan pula mereka juga kelihatan 'tidak selesa' dengan kedatangan saya. Tapi lama kelamaan mereka dengan senang hati menerima saya. Maka hubungan bertambah mesra. Cap Malaya sudah hilang. Alhamdulillah.
Sebenarnya orang Sabah ke , Sarawak ke, Kelantan ke atau negeri-negeri yang lain memang mempunyai perasaan kenegerian dan lebih suka memilih untuk bergaul sesama sendiri. Cuma di Sabah ini , ketika itulah, mereka kurang seronok dengan orang Malaya. Tapi kalau kita dapat menunjukkan sikap bahawa kita bukanlah orang yang sombong saya percaya mereka boleh menjadi sahabat yang baik. Saya merasainya begitu sehingga hari ini.
Waktu itu rambut saya masih lebat dan hitam. Sekarang bukan saja kepala hampir licin tiada berambut wajah pun telah semakin banyak kedutan terutama didahi.
Oleh itu baki 14 hari ini nanti yang akan kita lalui, termasuk saya jika diizinkan Allah akan saya anggap sebagai mengurangkan lagi rambut di kepala dan menambah kedudutan dimuka. Begitulah pengajaran yang saya dapati dari melihat album yang lama.
Sekian. Jumpa lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan