1. Dalam perjalanan ke sebuah pasar raya kelihatan pekerja Majlis Bandaraya melakukan kerja-keja pencantasan pokok tanaman dan bunga disepanjang jalan utama. Kelihatan Bandaraya Melaka terutamanya di sepanjang jalan utamnya mempamirkan suatu lanskap yang cantik , menarik dan bersih. Tidak keterlaluan lebih bersih dari Bandar Raya Kuala Lumpur. Amat susah untuk melihat sampah dan buangan yang lain bersepah-sepah dan bertaburan diatas jalan atau ditepi-tepi bahu jalan. Saya percaya tahap kesedaran rakyat Melaka dari segi memelihara persekitaran yang cantik, menarik dan bersih telah semakin meningkat tinggi. Tahniah kepda rakyat Melaka.
2. Tetapi agak malang juga apabila terdapat juga manusia yang tidak bertanggongjawab yang membuang sampah diatas jalan raya seperti tin minuman , kotak rokok dan kupasan kulit buah-buahan seperti limau dan rambutan. Melihat dari pendaftaran kereta, dan tanpa maklumat yang terperinci mereka itu orang luar Melaka yang datang melawat atau melancung di negeri ini. Kalau benar begitu orang itu telah membawa imej yang tidak baik bagi negerinya. Secara kebetulan pula saya memang telah ke negeri berkenaan dimana tahap kebersihan masih terlalu rendah. Banyak yang kotor dari yang bersih.
3. Saya juga mengharapkan pihak Bandaraya Melaka memberikan lagi pendedahan kepada pekerja-pekerja yang terlibat dengan kebersihan dan kecantikan persekitaran ini melalui lawatan ke negara-negara yang mempunyai penjagaan persekitaran yang cantik dan bersih misal di Singapura atau di Eropah misalnya di Austria. Ianya juga satu insentif kepada mereka. Mereka akan lebih faham dan menghargai akan makna kecantikan, keindahan dan kebersihan yang selalu diminta oleh orang atasan jika mereka juga diberi peluang untuk melawat sambil belajar di luar negara seperti yang sentiasa dinikmati oleh orang atasan.
4. Semoga seluruh Malaysia akan bertambah cantik, indah dan bersih. Kita semua bertanggongjawab bukan hanya pihak berkuasa saja. Buanglah tabiat menghisap rokok dan membuang puntung dan kotak rokok diatas jalan raya. Biar kita tahu malu pada diri sendiri, pada anak-anak sendiri, pada orang yang terdekat dengan kita bukan kepada orang lain atau pelancung dari negara lain. Kerana kita tahu apa yang kita buat walaupun pelancung tidak ada di depan mata.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan