Hari Sabtu lepas 17.12.11 berpindah ke Putra Jaya mengikut anak. Terlalu letih mengemas rumah, menyapu habuk dan membersih lantai dan dinding serta tolong menyusun barang. Oleh kerana berhabuk dan tidak memakai mask maka ianya relah memberi kesan kepada pernafasan, penyakit asthma mula menyerang tetapi tidaklah serious. Jadi hanya bermula hari ini Selasa 20.12.11 telah sedikit pulih dari keletihan dan sudah agak lega bernafas. Bolehlah tinjau-tinjau blog untuk dikemaskini.
Di kondo Saujana Aster di Precint 11 Jalan H7 , kami tinggal di tingkat 12. Hanya kami saja ditingkat tersebut. Unit yang lain nampaknya belum ada penghuni. Kami juga mendapat maklumat dari Putra Jaya Holding hanya enam keluarga saja telah memasuki kondo ini.
Kemudahan yang disediakan antara lain ialah pengawal keselamatan dan kolam renang serta taman permainan anak-anak. Tempat letak kereta tidak ada masalah kerana masih banyak yang kosong. Namun sebaran maklumat masih belum kelihatan. Mungkin belum ditubuhkan sebuah Badan Pengurusan untuk menguruskan kondo ini. Mungkin masih lagi di bawah Putra Jaya Holding.
Bangunan ini nampaknya masih dalam tempoh kecacatan kerana terdapat pekerja-pekerja kontrektor melakukan kerja-kerja pembaikan. Kami juga telah ditanya apakah kecacatan yang perlu diperbaikki. Yang bertanya itu ialah pekerja dari Bangla bersama dengan seorang pekerja Melayu yang bertindak sebagai pencatat. Pekerja Bangla itu kelihatan memberi arahan kepada pekerja Melayu itu untuk tidak menerima butiran kecacatan yang kami laporkan iaitu terdapat sedikit masalah kepada pemanas air (water heater) disebabkan tiada arus letrik dibahagian itu. Saya pun hairan kenapa perkara seperti ini tidak dianggap sebagai kecacatan. Maka mereka berdua meninggalkan rumah kami dan kami tidaklah dapat menggunakan air panas untuk mandi.

Keesokan harinya pula iaitu pada 18.12.11 sekali lagi pekerja Bangla yang sama datang bersama dengan seorang pekerja lain, Bangla juga, mahu memeriksa masalah yang kami telah beritahu semalam. Maka saya pun bertanya mengapa aduan semalam tidak diterima. Kedua-duanya hanya mampu bercakap dalam beberapa patah perkataan Melayu dan tidak juga boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris maka tanpa mahu menambahkan kecelaruan saya membenarkan mereka masuk untuk memeriksa arus letrik dikawasan pemanas air. Setelah diperiksa maka saya dimaklumkan masalahnya ialah berkaitan dengan pendawaiaan (wiring). Bukan tanggongjawab pihaknya.
Ada dua perkara yang timbul. Pertama, saya pun tidak berapa pasti akan apa yang diberitahu kerana beliau tunjuk wayar, maka saya kata wiringlah.
Kedua, mengapakah pekerja yang tidak tahu berbahasa Melayu diambil bekerja. Saya agak gaji mereka ini sudah tentu murah. Tapi keadaan seperti ini boleh menimbulkan bahaya kerana apa yang diberitahu mungkin pekerja itu tidak faham.
Selain dari masalah pekerja Bangla kami juga berhadapan dengan bunyi bising kerja-kerja tambahan dan ubahsuaia. Di tingkat 13 , betul-betul diatas rumah kami kerja-kerja 'drilling' dan 'grinding' sereta berbagai bunyi ketukan telah menghasilkan bunyi dan bising dan boleh mengganggu anak-anak kecil untuk tidur. Dalam hal kami ialah cucu saya yang baru 8 bulan. Beliau tidak dapat tidur dengan baik kerana sentiasa diganggu oleh bunyi bising.

Sewa rumah yang dikenakan terlalu tinggi. Walaupun ada pihak yang menghujah bahawa itulah harga pasaran di Putra Jaya tetapi jika dibenarkan sewa ini tanpa kawalan dan semata-mata membenarkan 'market forces' saya percaya ia boleh mendera kepada penjawat awam yang bergaji kecil. Mereka tidak akan dapat memberi kerja dengan terbaik. Kesannya akan dirasa oleh orang awam, rakyat. Yang menyewa rumah ini telah mempunyai harta/rumah yang banyak. Saya percaya mereka ini hidup mengaut keuntungan atas kesusahan orang lain. Jadi mengapa kejaan tidak berbuat sesuatu misalnya mengadakan satu undang-undang kawalan sewa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan