Di negara kita Malaysia, sebagai warga negara kita mempunyai hak tertentu seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Hak itu juga membawa bersama dengan tanggongjawab kita kepada negara.
Tanggongjawab kepada negara ini jangan pula difahami sebagai bertanggongjawab kepada Parti yang telah diberi mandat menubuhkan Kerajaan untuk menguruskan khazanah negara melalui sistem pilihanraya dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi. Siapa atau parti mana saja yang telah berjaya membentuk Kerajaan yang sah melalui pilihanraya akan menguruskan negara dalam kerangka PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN sebagai undang-undang tertinggi di Malaysia.
Negara tidak boleh diuruskan diluar dari yang dibenarkan oleh Perlembagaan itu. Ini bermakna apa saja undang-undang dan peraturan-peraturan tambahan dan yang lain yang hendak diperkenalkan bagi memudah dan melicin perjalanan pentadbiran demi kesejahteraan rakyat tidak boleh tergelincir atau bercanggah dengan peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan.
Satu dari hak kita ialah untuk memilih Kerajaan bagi diberi amanah menguruskan negara kerana tidak mungkin setiap dari kita rakyat Malaysia diberi tanggongjawab untuk menguruskan negara. Ianya sesuatu yang tidak praktikal malah menimbulkan keadaan haru biru.
Oleh itu hak kita itu iaitu hak menguruskan negara perlu kita serahkan kepada pihak/orang lain dengan harapan hak yang telah kita berikan itu dapat digunakan sebaiknya demi kesejahteraan kita bersama. Dan mereka yang melakukan peranan itu, sebagai balasan, diberikan keistimewaan-keistimewaan tertentu yang secara amnya melebihi dari apa yang diperolehi oleh sebahagian besar rakyat sesuai dengan tugas dan kedudukan mereka.
Dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia ini cara penyerahan hak itu dilakukan dalam sebuah sistem yang di panggil sebagai pilihanraya. Namun tidak semua rakyat Malaysia diberikan peluang untuk menyerahkan hak mereka melalui pilihanraya. Hanya mereka yang layak yang telah ditentukan oleh peruntukan Perlembagaan Persekutuan adalah layak untuk berbuat demikian.
Mereka ini terdiri dari warga negara yang telah mencapai umur 21 tahun keatas kerana kemungkinan pada tahap usia ini mereka dikatakan telah 'matang' dan boleh membuat keputusan yang terbaik serta rasional demi kebaikan diri dan negara. Namun mencapai tahap umur seperti itu tidaklah secara otomatik seseorang warga negara itu boleh terlibat dalam proses pemilihan dalam pilihanraya. Ada proses-proses tertentu yang perlu dipatuhi antaranya ialah mendaftar sebagai seorang pemilih dengan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang telah diamanahkan untuk mengurus dan mengaturkan sesuatu pemilihan menurut undang-undang yang telah ditetapkan. SPR juga akan membuat keputusan senarai-senarai pemilih yang telah berdaftar untuk digunakan dalam sesuatu pilihanraya.

Bermakna walaupun seseorang itu telah mencapai umur 21 tahun dan baru saja mendaftar sebagai pemilih ada kemungkinan orang itu belum layak untuk terlibat menjadi pemilih jika nama beliau tidak termasuk dalam senarai yang digunapakai SPR yang berdasarkan suatu tempoh tertentu yang tidak merangkumi tempoh orang itu mendaftar sebagai pemilih. Selain dari itu undang-undang juga menentukan mereka yang hilang kelayakan menjadi pemilih walaupun telah berusia 21 tahun antaranya mereka yang tidak siuman dan terlibat dalam jenayah yang dipenjarakan.
Dengan yang demikian mereka yang belum mencapai usia 21 tahun selain 4 kategori yang telah ditentukan undang-undang yang hilang kelayakan menjadi pemilih nampaknya tidak berpeluang untuk terlibat sama dalam pemilihan pihak/orang yang perlu diberi tanggongjawab untuk mengurus negara. Maka ianya kelihatan sebagai tidak memberi hak yang sama sebagai warga negara terutama kepada mereka yang telah memasuki umur yang dianggap matang juga pada usia 18 tahun keatas. Maka mereka yang berusia 21 tahun keatas yang layak untuk memilih adalah juga bertanggongjawab keatas mereka dari golongan seperti ini. Maka pilihan yang dibuat nanti kesannya juga mesti difikirkan kepada mereka dalam golongan ini.
Pemahaman akan hak dan tanggongjawab sebagai warga negara khususnya dalam menjadi pemilih dalam proses pembentukan sebuah kerajaan adalah amat penting sekali supaya pelaksanaan hak dan penerimaan tanggongjawab itu dapat diuruskan sebaik mungkin demi kesejahteraan kita semua. Jika kita masih kabur atau jahil akan hak dan tanggongjawab kita sebagai warga negara maka kesannya sungguh buruk sekali kerana berkemungkinan besar kekaburan kita atau kejahilan kita itu akan disalahgunakan oleh pihak-pihak yang berkepentingan yang mahu berkuasa meneraju negara menggunakan berbagai cara dan kaedah untuk mempengaruhi kita memilih mereka. Dan salah guna kuasa itu diteruskan semasa berkuasa dan semasa bersiap sedia untuk terus mengekalkan kuasa.
Maka tidak hairanlah dari semenjak dulu sehingga kini cara dan kaedah yang menimbulkan rasa takut dan kebimbangan sentiasa dijadikan bahan bagi mempengaruhi rakyat menyebelahi dan menyokong mereka untuk membentuk kerajaan dan seterusnya menguruskan khazanah negara. Atas nama kesatuan, perpaduan dan keselamatan bangsa dan negara; atas nama taat setia kepada negara menjadi rakyat yang patriotik; atas nama menjaga kepentingan agama dan institusi raja dan atas nama demi kesejahteraan rakyat melalui pelaksanaan berbagai projek pembangunan maka modal-modal politik ini menjadi sesuatu yang amat meyakinkan rakyat dalam membuat pilihan. Kesemua modal-modal politik itu tidak salah digunakan. Cuma yang tidak wajar digunakan ialah mewujudkan rasa dan suasana kebimbangan dikalangan rakyat apatah lagi kita berbeza dari segi keturunan, agama dan budaya.
Maka jika kita dipengaruhi atas dasar takut dan bimbang itu lalu memilih mereka yang bersenjatakan modal seperti itu, sudah tentu pilihan kita untuk menyerahkan hak menguruskan negara adalah keliru dan merugikan sekali. Kerana sebenarnya kita mengekalkan dan menebalkan rasa kecurigaan dan syak was sangka dikalangan sesama rakyat yang berbilang bangsa dan agama. Kesannya amat buruk sekali dari segi pembangunan dan kesejahteraan sebuah negara, dalam jangka panjang.
Jika ada pihak yang bersaing dalam pilihanraya itu menggunakan modal membawa pembangunan dan kemajuan negara demi kesejahteraan rakyat, ianya sesuatu yang amat baik. Tetapi kita wajar faham bahawa itulah yang sewajarnya dilakukan oleh orang yang mahu diserahkan amanah untuk menguruskan negara. Ini bermakna sesiapa saja yang mahu diberi amanah untuk mengurus harta negara mempunyai tugas dan tanggongjawab untuk menyenangkan rakyat. Apa faedahnya mereka gunakan harta negara kalau bukan untuk tujuan menyenangkan rakyat.
Maknanya kita tidak perlu berasa terhutang budi jika yang menggunakan modal pembangunan itu telah atau/dan sedang diberi amanah untuk berbuat demikian walaupun mereka telah juga menunjukkan rekod berbuat demikian, sebahagian darinya. Maksudnya kita tidak semestinya mengundi mereka berasaskan rasa terhutang budi akan pembangunan yang dibawa.
Maknanya lagi bahawa membawa pembangunan dan kemajuan demi kesejahteraan rakyat bukan isunya. Itu adalah tugas dan tanggongjawab hakiki mereka. Siapa saja atau apa saja parti yang telah diberi kepercayaan untuk menguruskan negara adalah wajib melakukan tugas dan tanggongjawab itu.
Dengan demikian memahami perlembagaan negara iaitu Perlembagaan Persekutuan adalah perkara yang kritikal dan penting sebelum kita berperanan sebagai pemilih. Ini bererti kefahaman akan peruntukan dalam perlembagaan ini perlu disebarluaskan kepada semua warga negara khususnya mereka yang akan melakukan pemilihan.
Jika perlembagaan telah difahami maka ianya memudahkan kita untuk menilai dan menimbang akan isu-isu yang di ketengahkan oleh pihak-pihak yang berkempen untuk mempengaruhi kita supaya memilih mereka. Maka kita tidak mudah terpengaruh dengan isu-isu yang menimbulkan kebimbangan antara kaum mahu pun agama.
Memahami perlembagaan dapat memberi kita peluang untuk menilai perkara-perkara berkaitan dengan salah guna kuasa dan penyelewangan dalam pengurusan khazanah negara dengan lebih adil dan saksama. Misalnya terdapat tiga elemen/komponen penting dalam pentadbiran negara Malaysia yang mempunyai bidang kuasa tertentu dan berasinagn iaitu Eksekutif (kerajaan), Parlimen (penggubal undang-undang) dan Kehakiman. Berdasarkan prinsip pengasingan kuasa tiada mana pihak boleh mempengaruhi dan menguasai pihak yang lain.
Dengan memahami perkara sedemikian maka kita dapat menilai sama ada telah berlaku campur tangan kuasa diantara komponen-komponen itu khususnya campur tangan pihak Eksekutif ke atas pihak yang lain. Jika ada berlaku sedemikian maka adalah tidak wajar kita memilih kerajaan yang suka dan sentiasa melakukan campur tangan dalam bidang kuasa pihak lain.
Kerajaan yang suka berbuat seperti itu telah tergelincir dari peranan dan tanggongjawab sebenar untuk menguruskan negara. Kerajaan seperti itu adalah kerajaan yang salah guna kuasa. Apabila berlaku sedemikian maka dalam hal-hal yang berkaitan dengan menguruskan harta negara sudah tentu kecenderungan untuk menyalahgunakan kuasa menjadi satu kegemaran dan amalan. Kesannya ialah penyelewangan harta termasuk wang negara yang telah kita amanahkan kepada mereka. Hak mengundi kita dalam pilihanraya yang telah kita berikan yang membolehkan mereka membentuk kerajaan telah mereka permain dan sia-siakan. Mereka tidak amanah demi kepentingan diri dan kumpulan mereka saja.
Benar mereka berjanji membawa pembangunan dan kemajuan. Benar juga mereka telah melakukan. Tetapi jika kita memahami perlembagaan hal seperti itu bukan satu isu. Isunya ialah bagaimana cara dan kaedah pembangunan dan kemajuan itu dibawa dan dilaksanakan. Kalau dengan cara kita dapat satu mereka dapat seribu, ianya adalah menipu. Semua orang benci kena tipu.
Maka jika kaedah itu menjadi amalan dan berterusan ianya tidak membawa faedah kepada rakyat terbanyak. Rasuah dan penyelewangan sudah menjadi rutin harian.
Oleh itu memahami Perlembagaan Persekutuan memberikan kita keyakinan dalam menilai dan menimbang orang/pihak mana yang perlu kita beri undi dalam pilihanraya yang akan datang ini. Justeru kita mesti mendapat maklumat dari berbagai sumber untuk membantu kita dalam menilai kerajaan yang sedia ada dan pesaingnya dalam menentukan ke mana undi kita (hak kita) perlu kita berikan. Lihatlah apa yang telah berlaku , sedang berlaku dan buat jangkaan apa yang akan berlaku dengan penuh adil dan saksama.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan