M dan kawan kawan sekandang dengannya bertegang leher mengatakan dia terlalu sangat benci Israel.Mereka mengemukakan dalil dalil yang mereka kata sahih lagi jelas . Pertama Malaysia tidak ada dan tidak pernah mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel. Kedua Malaysia sentiasa bersama dengan rakyat Palestin dalam perjuangan menentang Israel.Dengan sebab itulah kata M dan sekutunya berbagai bantuan kemanusiaan telah diberikan kepada rakyat Palestin bahkan sehingga kini bantuan itu masih lagi diteruskan melalui badan bukan kerajaan seperti satu badan NGO yang di pengerusikan oleh M sendiri.
A dan kawan kawannya juga mengatakan bahawa mereka juga menyokong Palestin. Mana mana pihak yang mempunyai hubungan dengan Israel sama ada melalui perdagangan mahu pun mendapat perkhidmatan dari syarikat Israel seperti Apco adalah dianggap sebagai menyokong Israel.
M dan sekutunya mengatakan bahawaA menyokong Israel dan mengkhianati rakyat Palestin berikutan dari laporan sebuah akhbar terkenal luar negara. Mengikut fahaman M , A mementingkan keselamatan Israel.
A menafikan ianya bermaksud begitu dengan menjelaskan bahawa kenyataan akhbarnya telah diputarbelitkan.
Jadi kedua dua pihak M dan A masing masing mengatakan menyokong Palestin. Tapi saling tuduh menuduh dan menafikan tidak ada kaitan dengan Israel atau mempunyai hubungan dengan Israel. Maknanya kedua dua pihak itu menyokong Palestin dan menafi kaitan dengan Israel.
Biasanya apabila dua pihak bertelingkah diatas isu yang sama maka salah satu pihak itu adalah menyatakan yang benar dan pihak yang satu lagi berbohong. Tidak mungkin dua dua cakap benar
.Dalam hal ini saya lebih cenderung untuk mencadangkan supaya dua pihak yang berbalah ini mengadakan debat awam dan disiarkan secara langsong. Berhujahlah kamu diatas pentas yang sama dan kemukakan bukti bukti yang ada untuk didengar dan disemak dan diperiksa oleh rakyat Malaysia. Jangan pula jadikan alasan bahawa budaya berdebat atas pentas yang sama merupakan satu budaya asing yang tidak sesuai dengan masyarakat Malaysia. Atau masyarakat Malaysia masih belum matang.
Tapi buat sementara ini saya melihat perbalahan ini adalah semata mata mainan politik untuk kepentingan mendapat simpati rakyat yang sebahagian besar lebih menyokong persahabatan dengan Palestin. Maka mana mana pihak yang menyokong Palestin akan diberi undi dalam pilihanraya yang akan datang ini. Itu saja tujuannya.
Realiti tindak tanduk kedua dua pihak yang bertentangan ini tidak semestinya begitu. Jadi kita rakyat Malysia marilah mendesak supaya mereka bersemuka dan yakinkan kepada kita dalam satu perdebatan. Ada berani kah?
Jadi sebenarnya isu Israel-Palestin ini adalah perbalahan politik untuk memancing undi. Itu saja. Maka dengan itu saya simpulkan bahawa kedua duanya tidak bercakap benar. Saya akan hanya tukar pendirian apabila mereka bersemuka dan berdebat. Dan jika ada pihak yang tidak mahu berdebat saya anggap merekalah yang bercakap bohong.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan