Sudah tiga hari Dia menjadi tetamu kepada Amin seorang anak muda yang berjiwa besar. Bercita-cita untuk menjadi PM.
Amin tinggal di sebuah bandar dengan menyewa sebuah rumah teres satu tingkat yang mempunyai tiga bilik. Amin duduk di bilik utama dan sebuah bilik lagi digunakan sebagai bilik operasinya dimana segala kelengkapan dan peralatan operasinya di tempatkan. Sebuah bilik lagi dijadikan bilik tetamu.
Amin mempunyai ramai kenalan. Kawan-kawan Amin lebih selesa menumpang tidur dirumah Amin dari menginap di hotel jika mereka ada urusan dibandar itu. Dan itu yang memang menjadi harapan Amin kerana bermacam perkara mereka boleh perkatakan. Bermacam maklumat dapat mereka menfaatkan bersama.
Terdapat dua set tv. Satu dibik operasi dan satu lagi di bilik tetamu. Amin tidak mahu menempatkan tv diruang tamu. Ruang tamu baginya adalah untuk berbual mesra dengan tetamu dan bukan untuk menonton tv. Menonton tv adalah didalam bilik.
Dibilik tetamu Dia sedang menonton berita dari sebuah saluran tv. Seperti biasa setiap kali Dia menonton tv atau apa saja perbincangan atau forum Dia akan merakamkan program tersebut. Kemudian Dia akan menonton sekali-dua rakaman yang telah dibuat sebelum membuat beberapa catatan dalam sebuah buku khas. Dia akan menulis atas tajuk yang tertentu berdasarkan maklumat yang diperolehi dari rakaman yang telah dibuat. Itulah kerjanya walaupun bertamu dirumah orang.
Amin mengetuk pintu bilik tetamu yang tidak tertutup itu sebagai isyarat mohon izin untuk masuk. Amin dipersilakan masuk. Amin duduk bersila diatas lantai parquet disebelah kawannya itu. Mereka sama-sama menonton berita. Tidak ada siapa yang bersuara memulakan sebarang hal untuk bahan perbualan.
Inilah kali pertama selepas lebih 10 tahun Amin menonton berita di tv. Berita tv tidak pernah memberahikan seleranya untuk menonton malah menimbulkan banyak rasa kebencian dan menyampah. Amin hanya tonton program-program sukan, rencana seperti Animal Planet dan program kartun . Katanya ini lebih berfaedah dari mendengar berita yang penuh dengan kebohongan, fitnah dan penipuan. Tapi kali ini Amin tidak boleh mengelak diri. Amin kena tonton bersama sebab sudah berada dalam bilik bersama tetamu. Tidak molek Amin berpaling muka dan keluar. Tetamu mesti dihormati.
Tamat saja berita Amin mengajak kawannya itu untuk keluar makan malam di sebuah gerai yang berdekatan. Amin tidak masak dirumah . Amin memilih makan dikedai saja. Tidak penat.
Mereka berjalan ke gerai yang letaknya lebih kurang 500 meter dari rumah Amin.
"Dia saja yang boleh jadi PM", kawan Amin memecah kesunyian dalam perjalanan itu. Amin faham kepada siapa kata-kata itu ditujukan. Amin telah muak mendengar kata-kata seperti itu. Tapi tidak melalui berita tv. Melalui media internet dari laman yang tidak sealiran dengan saluran tv itu dan yang bersekongkol dengannya. Amin merasa hairan juga mengapa kawannya itu marah sangat dengan berita seperti itu kerana kawannya itu begitu fokus menonton berita tadi seolah-olah tiada apa yang tidak kena. Bahkan merakamkan berita yang ditonton. Amin tidak mahu bersuara. Lebih suka mengambil posisi dengar dulu.
"Orang lain dikatakan gila kuasa. Tujuan berpolitik hanya untuk jadi PM. Abis dia yang telah bertahun-tahun jadi PM tak gila kuasa. Dia saja yang layak jadi PM". Kawannya meneruskan nafsu amarahnya.
"Sebab itu saya tak pernah tonton berita tv. Banyak kelentong, bohong, tipu dan suka menjatuhkan maruah orang. Dia saja yang baik. Dia saja yang hebat. Dia saja yang tidak gila kuasa. Dia saja yang layak jadi PM. Orang lain dia kata gila kuasa". Amin mula masuk campur kerana pada bacaannya kawannya ini adalah sealiran dengannya.
Namun kawannya itu memberi pandangan yang berbeza tentang menonton tv itu. Adalah satu kerugian yang amat besar jika berita dari tv atau dari media yang sealiran dengannya tidak dimenfaatkan. Berita itu mesti dilihat , ditonton atau dibaca. Sebaik mungkin berita atau program dalam tv itu dirakam supaya dapat diulang tonton.
"Tapi bukankah tidak baik kita menonton dan mendengar sesuatu yang tidak betul". Amin memandang muka kawannya itu yang terus memandang kehadapan.
"Benar. Tapi kita mahukan cerita yang tepat. Bukan dari penceritaan pihak lain kerana perolahannya mungkin tergelincir dari yang sebenar. Apatah lagi jika ada emosi kebencian. Berita yang tidak tepat, tidak memberi guna kepada kita dari apa sudut sekalipun".
Mereka telah menghampiri gerai makan. Terdapat 6 pintu kesemuanya. Ramai juga pelanggan yang sedang menikmati makan malam. Amin dan kawannya pergi ke gerai no. 3. Mereka memesan mee sup sebaik saja ditanya oleh pelayan gerai.
"Saya pun hairan kenapa dia kata begitu sedangkan dia begitu lama jadi PM. PM hanya monopoli dia saja ke. Kumpulan dia saja ke. Yang lain kalau bercita-cita jadi PM, puak dia kata gila kuasa". Amin menyambung cerita. Kawannya memberi isyarat supaya suara Amin sedikit diperlahankan supaya tidak didengar mereka yang berdekatan. Amin mengangguk faham. "Saya juga nak jadi PM". Sambung Amin dengan nada yang serious.
Kawan Amin tidak memberi reaksi yang berbeza. Cerita Amin yang hendak jadi PM itu bukan satu yang luar biasa. Semua orang boleh mempunyai cita-cita itu. InsyaAllah jika menang bertanding dalam pilihanraya dan mendapat sokongan majoriti ahli-ahli dewan rakyat, Amin boleh jadi PM. Itu yang di peruntukkan dalam Perlembagaan. Tidak ada di mana-mana peruntukan Perlembagaan mengatakan hanya kelompok atau ahli parti tertentu saja yang boleh jadi PM.
"Kamu mesti kerja kuat untuk menang. Mesti dapat menyakinkan majoriti mereka yang menang untuk menyokong kamu", kawan Amin memberikan keyakinan.
"Sebenarnya saya telah buka bilik operasi dirumah saya. Macam-macam telah saya atur termasuk manifesto pilihanraya saya", Amin semakin yakin bahawa cita-citanya untuk jadi PM akan tercapai tidak lama lagi.
Cikgu Amin yang mengajar Bahasa Melayu bangun dari kerusi setelah habis membaca karangan dari salah seorang anak muridnya. Cikgu Amin memandang ke arah anak-anak muridnya . Kesemua anak-anak muridnya sedang membaca buku seperti yang telah diarahkan pada awal kelas tadi bagi membolehkan dia membaca karangan yang telah disediakan oleh murid-muridnya atas tajuk "Cita-cita Saya".
Matanya mencari seorang murid yang bernama Amin, kebetulan yang sama dengan namanya. Sudah jumpa.
"Kamu Amin, apa yang kamu tulis. Saya kata buat karangan mengenai Cita-cita. Bukan buat cerpen", Amin tersentak apabila namanya disebut dengan nada yang agak tinggi. "Berdiri kamu apabila cikgu bercakap", perintah Cikgu Amin sedikit rasa marah meresap dalam dadanya.
"Saya tulis tentang cita-cita saya hendak jadi PM. Tak salahkan cikgu saya ada cita-cita nak jadi PM". Semua murid-murid ketawa apabila mendengar Amin mengatakan cita-cita nak jadi PM. Kemarahan cikgu Amin mula meningkat. Beliau meninggi suara minta semua murid diam.
"Memang tidak salah ada cita-cita seperti itu. Tapi saya suruh buat karangan biasa dan bukan cerpen. Siap dengan dailog sekali. Tak betul tu. Salah", Cikgu Amin merendahkan sedikit suara supaya Amin dapat faham apa yang dimaksudkan karangan itu.
"Maaf cikgu, itulah yang saya karang dalam had perkataan yang cikgu tetapkan. Pendek saja. Karangan bagi cerita pendek". Sekali lagi murid-murid ketawa walaupun telah diminta diam sebelumnya. Terlalu anih bagi mereka akan cita-cita Amin itu hendak jadi PM. Pada mereka yang boleh jadi PM ialah yang telah berusia tua seperti Cikgu Amin. Cikgu Amin pun tidak dapat menahan perasaan. Dia tersenyum dan ketawa kecil saja diikuti dengan gelengan kepala.
"Kalau kamu tak jadi PM, saya jadi pun tak apa. Kan ke nama kita sama. Itu juga cita-cita saya", bisik cikgu Amin yang mula melebarkan senyuman.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan