1. Pada pagi ini teringat akan beberapa perkataan lama yang kurang dan mungkin tidak digunakan lagi dalam percakapan atau dalam karya-karya tulisan. Mungkin juga sudah tidak difahami atau menjadi sesuatu yang janggal apabila didengar oleh mereka dari kalangan generasi yang baru.
2. Saya mulakan dengan perkataan pukul. Perkataan pukul ini ketika ini masih lagi digunakan atau boleh difahami apabila kita hendak menyatakan waktu misalnya 'pukul berapa' sekarang ini yang membawa maksud 'jam berapa'. Cuba kita minta anak muda untuk pukul talipon, apakah reaksinya. Saya percaya dia akan terpinga-pinga dan merasa hairan mengapa pula kita meminta beliau memukul talipon. Dia juga percaya tidak mungkin kita meminta dia untuk merosakkan talipon. 'Itu kerja gila' bisik hati kecilnya. Tetapi kalau kita kata tolong dail atau talipon nombor-nombor sekian-sekian maka dia tidak akan terpinga-pinga dan terus melakukan apa yang kita minta.
3. Begitu juga dengan pukul gambar bagi maksud mengambil gambar. Pukul rata atau 'average' dalam bahasa Inggeris mungkin juga tidak difahami berbanding dengan perkataan purata. Mereka mungkin tidak tahu bahawa perkataan purata itu berasal dari perkataan pukul dan rata yang disingkatkan menjadi purata.
4. Macam mana pula kalau kita meminta seseorang itu pergi berjumpa mata-mata dirumah pasong untuk membuat sesuatu laporan? Ada yang pening kepala agaknya terutama mereka yang malu untuk bertanya. Apa itu mata-mata dan apa itu rumah pasong. Sebaliknya jika digunakan perkataan polis yang bermaksud mata-mata dan balai polis yang bersamaan makna dengan rumah pasong sudah tentu mereka tidak pening kepala. Bagaimana pula dengan mata-mata gelap? Pun saya kira ada yang tidak tahu. Mata-mata gelap itu ialah polis cawangan khas yang lebih terkenal dengan 'special branch'.
5. Lawatan sambil belajar selalu juga dibuat oleh pihak sekolah pada masa dulu. Satu dari tempat yang tidak lupa dilawati ialah sekolah gambar. Sekolah gambar? Adakah tempat untuk mengambil gambar? Bukan. Sekolah gambar itu ialah muzium.
6. Perkataan seperti tetuang udara yang bermaksud radio sekarang ini tidak lagi digunakan. Perkataan yang berkaitan dengan mata pelajaran pun mengalami nasib yang sama. Dulu ada matapelajaran dipanggil sebagai ilmu kejadian yang bermaksud sains; ilnu hisab yang diganti dengan matematik; ilmu alam bermaksud geografi; dan tawarikh bermaksud sejarah.
7. Kalau kita sakit pergilah jumpa tabib di rumah sakit. Ayat sebegini dengan menggunakan perkataan tabib dan rumah sakit tidak akan terjumpa ketika ini kerana perkataan tabib telah diambilalih oleh doktor dan perkataan rumah sakit digantikan dengan hospital.
8. Mungkin juga kita akan lupa perkataan belanjawan pada suatu hari nanti kerana telah diambilalih oleh perkataan bajet. Dr. Mahathir telah memulakannya dalam pembentangan bajet (belanjawan) negara. Maka selepas itu setiap pembentangan belanjawan negara akan di panggil sebagai pembentangan bajet negara.
9. Sebenarnya ada banyak lagi contoh-contoh perkataan-perkataan yang telah dipinggirkan penggunaannya dan diganti dengan perkataan yang baru. Secara amnya perkataan-perkataan baru yang diperkenalkan itu adalah sebahagiannya dari bahasa Inggeris yang di Melayukan secara ejaan saja. Mungkin ianya memberi kesan yang baik kepada perkembangan bahasa Melayu dan mungkin juga ianya boleh melenyapkan perkataan Melayu yang telah digantikan itu.
10. Akhirnya kita mengharapkan agar keghairahan untuk menggantikan perkataan Melayu dengan perkataan Inggeris tidak akan memberi kesan yang buruk kepada bahasa Melayu itu sendiri dalam bentuk kehilangan perkataan demi perkataan dari masa ke semasa sedangkan ianya tidak mudah untuk menghasilkan sesuatu perkataan yang mempunyai makna dalam kehidupan masyarakat.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan