1. Mereka mengatakan Anwar Ibrahim (AI) Ketua Pembangkang ketika ini tidak relevan. Tidak ada pengaruh. Sudah masuk dalam lipatan sejarah. Parti yang dipimpinnya iaitu PKR telah mereka gelar dengan berbagai-bagai gelaran antaranya Parti Kian Runtuh dan Parti Kian Rebah. Siapa mereka itu? Mereka ialah orang-orang politik.
2. Semua orang politik dan parti politik? Tidak dapat dipastikan. Tapi yang terlalu pasti ialah orang-orang ini mengatakan AI mempunyai moral yang rendah. Mereka kata Malaysia tidak akan membenarkan AI yang bermoral rendah itu menjadi Perdana Menteri Malaysia. Dan dengan itu perlu disingkirkan dari aktif dalam politik.
4. Bagaimana atau cara mana atau kaedah apa yang terbaik untuk menyingkirkannya? Begini ceritanya.
5. Mereka kata mereka ada bukti yang kukuh dan saksi yang boleh di percayai, yang kredibel yang mengesahkan AI ini bermoral rendah. Malah mereka ada menyediakan dan mengemukakan video yang disahkan kesahihannya oleh pakar sebagai bahan bukti. Semuanya telah disiasat dan nyata benar akan kata-kata mereka, menurut kepercayaan, kiblat dan cara mereka.
6. Mereka berani masuk gelanggang bicara. Maka sahlah kata-kata mereka bila AI dikatakan bersalah. AI masuk penjara. Mereka suka ketawa kerana AI tersingkir dari aktif dalam politik.
7. Agak lama juga AI dalam penjara, dia dilepaskan kerana pembicara yang paling tinggi mengatakan AI tidak bersalah. Mereka berhenti ketawa. Muka menjadi masam dahi berkedut semula. AI aktif semula dalam politik. Itu yang mereka tidak suka dan pening kepala.
8. Tetapi mereka kata mereka ada lagi bukti yang AI ini berakhlak rendah. Telah tersedia video lucah yang mereka kata pelaku babak lucah itu AI. Mereka telah tayang dan disaksikan oleh berbagai pihak termasuk kaki sebar. Kata mereka video ini adalah sahih dan pelaku itu 99% disahkan sebagai AI oleh pakar luar negara. Ingat pakar luar negara, bukan Jalan Chow Kit. Oleh itu mereka ugut AI dan isterinya supaya tidak aktif dalam politik. AI perlu disingkirkan.

9. Itu adalah serangan menggunakan bom bermoral rendah yang mereka harapkan kesannya seperti bom buatan Amerika yang termasuk dalam kategori 'Senjata Pemusnah Besar-besaran (Weapon of Mass Destruction), hancur lebur, berkecai mengalahkan C4.
10. Tapi si AI ini masih lagi duduk dan berdiri tegak. Pantas pula ke mana-mana walaupun dilaporkan ada masaalah sakit belakang. Mereka lagi bertambah pening. Kena cari hal. AI dibuntuti ke mana saja dengan berbagai cara. Tidak semestinya ikut belakang buntut AI sebab nanti dikatakan mereka juga mempunyai minat tentang liwat-meliwat sedangkan itu lah modal utama mereka untuk menyingkirkan AI. Buka mata luas-luas mengekori pergerakan AI. Pasang telinga lintah, telinga gajah atau telinga yang punya deria dan sesungut yang boleh menangkap suara AI di bumi, di laut dan di udara waemah di mana-mana saja.
11. Pada mereka itu kerja mudah. Sudahpun diperolehi. Ceritanya atau hal nya bukan yang baru . Ianya sesuatu yang diperbaharui, dikemaskini supaya hal yang dulu yang telah dikenakan kepada AI sebenarnya bukan dari bohongan mereka. Ini cerita benar. Kali ini panglima-panglima yang terlibat pun sama juga. Tapi kali ini ada panglima yang rasa gementar dalam serangan yang dibuat kerana bersungguh-sungguh nampak gaya dan caranya seolah-seolah jika serangan tidak berkesan juga, 'habislah dan matilah aku, keturunanku dan kawan-kawanku'.
13. Rupa-rupanya panglima-panglima ini mempunyai barisan-barisan penyerang utama terdiri daripada berbagai kategori juak dan pencacai dari berbagai seks dan keturunan. Ada yang dulunya akrab dengan AI, ada orang yang satu parti tapi sudah bercerai, ada kawan sedemonstrasi di zaman pelajar dulu dan ada pula yang baru muncul.

14. Cerita lama yang diperbaharui mereka ialah bahawa AI bersekongkol dengan Israel dan Amerika. Justeru itu dia seorang yang tidak menyokong perjuangan Palestin. Tidak menyokong Palestin bermakna tidak menyokong Islam. Tidak menyokong Islam bermakna tidak menyokong orang Melayu yang semuanya Islam mengikut tafsiran Perlembagaan Persekutuan. Dia anti Islam dan anti Melayu. Dia mementingkan keselamatan Israel. Sekali lagi dia perlu disingkirkan
15. Seperti biasa mereka kata mereka ada bukti. Temubual AI dengan akhbar AWSJ kata mereka, bahawa jelas AI tidak pedulikan keselamatan Palestin. Israel saja perlu dilindungi. Tidak kisahlah mereka juga terlalu akrab dengan Israel melalui hubungan surat menyurat memohon bantuan seperti yang diberitakan. Tidak kisahlah mereka juga menggunakan perkhidmatan syarikat yang ada hubungan dengan Israel. Tidak kisahlah mereka juga berbaik-baik dengan Amerika. Mereka semua boleh atas dasar Malaysia boleh. Sebab itu mereka boleh buat apa saja , berbohong, putar belit, rasuah merasuah dan semua yang senilai dengannya. Semuanya boleh dan bersih, kata mereka. AI, waspada kamu cakap fasal mahu tolong China susah, kamu anti Melayu. Anti Melayu bermakna anti Islam. AI mesti disingkirkan.
16. Satu lagi modal singkiran yang mereka gunakan terhadap AI ialah katanya AI mahu tubuh negara republik. Menubuh negara republik bermakna akan terhapuslah raja-raja Melayu. AI anti raja Melayu kata mereka. Apa yang mereka kata ini selari dengan perjuangan mereka demi agama, bangsa dan negara dari dulu, kini dan selama-lamanya. AI perlu disngkirkan.
17. Tetapi mereka sebenarnya sudah nyanyok bahawa merekalah perosak agama, bangsa dan negara (termasuk institusi raja). Saya tidak akan lupa cerita memburuk dan menghina raja-raja pada satu masa dulu.
18. Maka mereka sesungguhnya yakin bahawa modal putar belit tentang akhlak rendah, tentang akrab Israel dan musuh raja yang dikenakan kepada AI akan menjadi senjata berkesan menyingkir AI dari arena politik tanah air. Pemberitan, penceritan, pengkesahan dalam berbagai bentuk oleh berbagai juak dan pencacai dari berbagai taraf keilmuan dari yang tidak bersekolah sehinggalah yang ada gelaran professor begitu rancak, kerap diadakan dan diulang-ulang.
19. AI masih lagi boleh duduk dan berdiri. Rancak dan pantas kesana sini. Maka mereka itu bertambah sakit hati kerana jika AI gagal disingkirkan mereka akan sakit dan mati nanti.
20. Jadi apa yang mereka perlu buat. Senang saja, dengan menghebuhkan bahawa AI tidak lagi relevan. Sebab jika AI relevan (dalam hati yang penuh gusar mereka mengatakan begitu) , mereka akan tidak relevan. Yang paling jelas ialah yang seorang ini yang dikatakan tidak relevan itu, diserang bertubi-tubi oleh terlalu banyak panglima , yang telah bersara dan yang masih ada kuasa. Mereka mengajak sama ramai lagi juak dan pencacai . Hasilnya setakat ini mereka terlalu kecewa. Tapi masih lagi berkokok senyum.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan