Lebih kurang jam 1 petang mendapat talipon dari Lukman yang berada di Pasir Gudang Johor memaklumkan bahawa dia mendapat berita dari kawannya memaklumkan sahabat saya Tuan Hj.Ahmad Khusairi suami kepada Cikgu Fatimah telah meninggal dunia. Saya dan isteri spontan mengucapkan "Inna lillah wa inna ilahirrajiun" Sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepadanya kita di kembalikan.
Saya suami isteri mendoakan semoga roh aruah dimasukkan dikalangan orang-orang yang di redhai dan diampunkan dosa-dosanya. Al Fatihah dari kami berdua.
Setelah beliau menjalani pembedahan pintasan jantung tiga tahun yang lepas kami hanya berjumpa dua kali saja. Sekali di IJN dan sekali lagi di sebuah pasar raya. Perjumpaan di IJN tidaklah berapa lama tapi sempat juga berbual dan bertanya khabar. Tapi perjumpaan dipasar raya hanya sempat tersenyum dan anggok-menganggok dari jauh dan tidak sempat bersalaman. Selepas itu kami suami isteri tidak menemui aruah dan keluarga walau pun rumah kami jaraknya tidak lah jauh sangat lebih kurang 4 kilo saja. Sebenarnya kami telah bercadang ke rumahnya di hari raya tapi entah macam mana tidak juga terlaksana.
Dengan pemergiannya maka telah bertambah kuranglah kawan-kawan pesara saya. Kawan-kawan yang masih bekerja biasanya terlalu sibuk dan tidak mudah untuk berjumpa.
Saya dan isteri mengucapkan takziah kepada keluarga Cikgu Fatimah semoga bersabar dan sentiasa mendoakan aruah dicucuri rahmat. InshaAllah kami akan ke Melaka dan ke rumah dalam beberapa hari lagi . Sekali lagi al Fatihah untuk aruah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan