Theflowersellingboy

Jumaat, 2 Disember 2016

MELAYU MUDAH LUPA: Apa Sifirnya




Wahai saudara sebangsaku ,

Mahathir kata Melayu mudah lupa
semasa itu dia berkuasa
semua ahli UMNO dan ada juga melayu bukan UMNO
angguk kepala
bersetuju macam nak gila
bahkan minta melayu yang tidak bersetuju
wajib percaya

Semasa Mahathir berpuisi lara
ada yang menangis sedan sedu mengenang
apakah nasib bangsaku ini
yang mudah lupa

Apa yang melayu lupa?

Melayu tidak lupa  mahathir
  22 tahun kuasa diberi
Melayu tidak lupa memberi undi 
  pada UMNO tetap  undiku
  sebab itu melayu kekal berkuasa

Beritahu apa yang Melayu lupa?

Saudara pula berpuisi lara
Macam mahathir juga
Tentang melayu yang juga lupa

Apa yang melayu lupa, wahai saudara?

Melayu Mudah Lupa kata Mahathir
Melayu Mudah Lupa saudara menjerit


Bukankah mahathir mendayu diatas pentas
Saudara juga menjerit dipentas yang sama
Jadi apa yang melayu mudah lupa

Saudara, apa bukti yang melayu itu mudah lupa? 

Seperti mahathir , saudara juga tidak beri bukti
Seronok dan syok sendiri 
Jelas melayu belum nyanyok lagi

Saudara menyatakan sesuatu yang tidak benar
  keatas watak bangsa kita yang mahu dijadikan Tuan
  saudara tidak patut kata begitu
  malu Melayu dibuatnya

Macam mana Melayu mampu jadi Tuan dalam kenyanyokan?
Sudah tentu itu yang ditanya Cina
Cina DAP lah, Cina mana lagi


Namun usah saudara bersedih
Usah gundah gulana mencari bukti
Buktinya ada dan tersedia didepan mata
dari dulu sehingga kini
mungkin berterusan di masa muka


Ya, melayu mudah lupa
Ya, melayu sudah nyanyuk


Melayu mudah lupa hanya bila ada KUASA


Tanyalah pada Mahathir
Tanyalah pada diri saudara sendiri


Bila waktu puisi mahathir itu didendang sayang
Menjadi sebutan dan ulangan 
Bila? 


Jeritan saudara, memberi jawapan
kerana ketika ini saudara dan kawan-kawan saudara
laju bertanya siapa itu mahathir


Puisi  Melayu Mudah Lupa menjadi ejekan
kerana siapa mahathir jika mahu melawan 
siapa saudara jika menikam


KUASA membuatkan melayu mudah lupa
lupa menegakkan kebenaran:tanyalah mahathir mengapa bersalaman dengan Anwar
lupa dibawah sana ramai yang menderita: tanyalah rakyat marhain
lupa amanah sumpah jawatan 'wallahi, wabillahi, watallahi : tanya perdana menteri, diri saudara dan kawan pimpinan sebaris saudara.

Itulah sifir Melayu Mudah Lupa.



 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan