Theflowersellingboy

Sabtu, 3 Disember 2016

FEAR FACTOR THE SERIES: Sebuah Skrip Drama


FEAR FACTOR THE SERIES, sebuah skrip drama dalam pembikinan. Perlukan pelakun yang berkelayakan. Syarat-syarat kelayakan dinyatakan dibahagian terakhir paparan ini.

Biasa tonton Fear Factor? 

Adalah dirasakan perlu untuk anda mengetahui apa itu Fear Factor sebelum anda mencuba menjadi pelakun drama Fear Factor The Series. Tujuannya agar anda dapat melakunkan dengan sepenuh jiwa dan raga. Ini faktor penting dalam pemilihan sebagai pelakun.

Fear Factor menguji ketahanan mental dan fizikal. Jika anda seorang yang tiada ketahanan , jangan berangan-angan untuk masuk siri fear factor walaupun tawaran hadiahnya mengiurkan......US 50,000.00. Ketahanan anda hanya tidak sampai satu saat. Mungkin anda tidak mahu menyertainya sebaik saja anda mengetahui apa yang perlu anda lalui dalam siri fear factor itu.

Itu siri tv yang popular. Fear Factor Mat Salleh. Fear Factor The Series adalah Fear Factor MELAYU dibawah arahan satu badan yang bernaung dibawah wadah DEMI MELAYU.

Anda disuapkan dengan berbagai gambaran yang merunsingkan hati, membimbangkan bahkan ngeri dan menakutkan tentang masa depan. Emosi anda akan menjadi semarak.....marah, benci dan membangkitkan perasaan geram dan dendam sehingga anda mejerit, "Biar putih tulang jangan berputih mata", dan dijawab oleh kawan anda "Membujur lalu, melintang patah".

Boleh, dan sanggupkah anda melakunkannya? 

Anda  diberi tahu, dicanang, dipalu gong sekuat mungkin untuk dapat didengar dari hujung ke hujung kampong, solok ke solok, selatan utara timur dan barat, merentasi bukit bukau, gunung ganang dan lautan tentang masa depan yang gelap gelita yang bakal menimpa anda dan generasi anda. 

Anda dan generasi tidak selamat, hak keistimewaan anda sebagai anak peribumi termasuk bahasa dan agama  akan dilupus dan dihapus, merempat di negara tanah tumpah darahku.

Anda dan generasi anda akan pupus (extinct) seperti dinosur.  

Lenyaplah satu bangsa yang bernama Melayu. Maka anda telah mengecewakan harapan Hang Tuah yang berkata "Tidak Melayu Hilang Di Dunia".

Itulah fear factor anda sebagai orang Melayu. Anda perlu menjiwainya sebelum berangan-angan jadi pelakun.

Anda bimbang? Anda takut? 

Tidak cukup hanya merasa bimbang dan takut saja, anda perlu rasa marah dan bertindak agar masa depan anda dan generasi menjadi terang benderang walaupun anda sebenarnya sudah lama menderita bergelapan sehingga sekarang ini. Dan nampak gaya ianya berterusan dibawah wadah yang sama: DEMI MELAYU.

Drama ini perlu ditayangkan segera sebelum Mac 2017. Akan ditayang dan disiartunjuk di semua pawagam dan layar agar MELAYU dapat menjiwainya.

Apakah dan siapakah yang menjadi fear factor kepada anda? Anda mesti tahu ini. Jika tidak anda tidak dapat melakunkan dengan sepenuh jiwa dan raga.

Yaitu, bahawa telah dimasyhurkan dibawah wadah DEMI MELAYU, orang bukan Melayu, khususnya orang Cina dan lebih khusus lagi China DAP adalah fear factor anda dan generasi anda.

Tapi anda jangan ketawa dan senyum sinis apabila anda sedia tahu dan lihat orang cina berkelilingan bersama anda dan kawan-kawan, 'enjoy' macam nak gila.  Tidak ada langsung  faktor fear.

Sama ada semua Melayu percaya atau ketawa dengan mesej drama Fear Factor The Series ini , tidak penting. Yang penting anda telah melakunkannya. Lakunkan sebaiknya.

Syarat Menjadi Pelakun:
1. Tubuh badan yang sihat
2. Usia 21 tahun dan sudah berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihanraya
3. Berjaya menunjukkan watak yang boleh mempengaruhi audien terbanyak (satu odisyen perlu anda lalui)
4. Perlu melaungkan dengan sekuat mungkin DEMI MELAYU semasa sessi temu duga.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan