Theflowersellingboy

Selasa, 8 Disember 2015

Wang Adalah Segala-galanya




Wang adalah segala-galanya. Atau wang adalah Raja (sangat berkuasa, apa yang dikehendakki boleh diperolehi).

Anda percaya kata-kata itu?

Sekurang-kurangnya saya pernah dengar sendiri ada orang-orang yang  pernah berkata 'Ada duit semua boleh cuit'. 
Maksudnya jika kita ada wang semua kita boleh buat. Buat baik boleh dan buat jahatpun boleh.

Kita boleh menyara kehidupan keluarga, membiayai persekolahan anak. Kita boleh mengerjakan haji di Mekah atau melancung. 

Kita boleh menganiaya atau menzalimi orang lain, membuatkan orang yang kita tidak suka jadi susah dan macam-maam lagi perkara yang tidak baik,

Kasih sayang juga boleh dibeli dengan wang. Wang boleh memisahkan pasangan suami isteri yang telah hidup  berbahgia bertahun-tahun. Wang  boleh merapatkan hubungan walaupun bukan dari ahli keluarga. Wang juga boleh merenggangkan hubungan walaupun dengan darah daging sendiri.

Begitulah magiknya wang. Begitulah hebatnya kuasa wang. Wang adalah segala-galanya.

Ada perkara yang tidak perlukan wang? Cukup saja dengan budi dan bahasa?

Bahkan budi pun perlukan wang. Bagaimana kita boleh berbudi tanpa wang. Adakah cukup dengan kata-kata manis dan tutur kata lemah lembut? 

Kata-kata manis dan tutur kata lembut yang mengaturkan kehidupan beradab dan sopan juga perlu dipelajari, teknik dan caranya, dan ianya memerlukan wang. Segala-galanya perlukan wang.

Mengapa kita bersopan santun? Sebab kita mahu orang suka dan tertarik pada kita. Mengapa kita mahu orang tertarik pada kita. Kita mahu orang sayang pada kita. 

Itu saja? Tidak ianya lebih dari itu. Ianya perlukan balasan. Balasan yang kita bpleh nampak iaitu wang.

Kalau kita seorang peniaga, sopan santun kita itu adalah bagi menarik orang membeli jualan kita. Dia mahukan wang kita. 

Kita sebagai pembeli bersopan juga dengan bahasa yang sopan dan merayu memohon diberi potongan harga. Kenapa kita buat begitu? Kerana wang.

Mereka yang tidak setuju bahawa wang bukan segala-galanya akan menggunakan perkataan ikhlas. Dia melakukan dengan ikhlas. Atau dia melakukan kerana Allah.

Memang tidak salah kata-kata itu dan memang ada orang melakukan dengan ikhlas bukan kerana wang. Tapi untuk mampu membantu atau menolong dia perlukan wang. Bagaimana boleh tolong kalau tiada wang.?

Ambil satu contoh , seorang guru agama. Beliau mahu memanjangkan ilmu yang dia ada kepada orang lain, dan itu saja tujuannya, kerana Allah. Lalu dia membuat  jadual untuk memberi kuliah di beberapa masjid dalam negerinya. Untuk memudahkan pekerjaannya diamemerlukan sebuah motorsikal.

Baik. Sudah tentu motorsikal itu perlu dibayar. Sudah tentu perlu membeli minyak apatah lagi pakaian diri.

Jadi wang tetap penting dalam kerja ikhlas guru agama itu tadi.

Macam mana sekarang? Boleh kita terima wang adalah segala-galanya.

Ramai yang percaya, termasuk saya. Bezanya saya percaya dalam kesegalaan wang itu ada batasan yang kita perlu pisahkan diantara kita dengan  kemampuan wang. Batasan itu ialah hukum Allah.

Jika tidak, iaitu hukum Allah tidak dijadikan batasan dan panduan, kita akan jadikan wang itu sebagai raja yang bermaharaja lela. 

Sebab itu, antaranya, wang masjid, wang untuk anak yatim, wang derma yang diamanahkan bagi sesuatu maksud tertentu yang kita diminta jadi penyimpaqnnya, dan segala-gala yang bukan hak kita, kita akan lakukan mengikut kehendak hawa nafsu kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan