Theflowersellingboy

Selasa, 3 September 2019

Fikir-fikirkanllah.....




Fikir-fikirkanlah......

Itu harapan saya kepada semua rakyat Malaysia terutama pemain politik , baik yang mahu menyerah kuasa atau yang mahu memilikki kuasa.

"Tidakkah kamu mahu berfikir?" Firman Allah yang sentiasa menyeru untuk kita berfikir.

Sesungguhnya Rukun Politik Ketiga yang menjadi pegangan sebahagian besar kita iaitu 'cara menghalalkan matlamat', lebih membawa keburukan dari kebaikan.

Walaupun pegangan ini sentiasa menjadi kutukan, ianya terus diamalkan termasuk mereka yang mengutuk semata-mata mahu berkuasa atau mengekalkan kuasa. Maka digunakan berbagai alasan dan hujah bagi menjastifikasikan amalan kotor itu sehingga ada yang tergamak menggunakan hujah demi bangsa , agama dan  Raja.

Dihebuh dan diwarwarkanlah bahawa bangsa itu dalam bahaya. Agama dalam bahaya. Institusi Raja dalam bahaya. 

Malang sekali hujah ini diterima bulat-bulat oleh sebahagian besar pentaksub tanpa membuat semakan dan penelitian dengan menggunakan akal yang waras.

Bertambah malang lagi apabila ada pihak yang bertentangan, membangkitkan perkara yang telah sama dipersetujui semasa negara mencapai kemerdekaan. Perkara tentang tulisan jawi pun mahu ditentang.

Apakah terlalu besar sangat pengurbanan, kalau itu mahu dikatakan pengurbanan bagi menerima tulisan jawi.

Ingat akan pantun Melayu ini, jika tidak tahu atau  sudah tiada dalam ingatan sekarang kerana ditelan rasa kesombongan dan tidak mengenang budi, saya turunkan dibawah ini:

Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji diatas peti
Hutang emas boleh dibayar 
Hutang budi dibawa mati

Ingatlah budi orang semasa kita mahu belas ikhsan!

Tapi, apa yang berlaku sekarang ialah banyak pihak yang telah sesat jalan. Mereka mesti balik ke pangkal jalan. Ingat semula dimana kita bermula, asal usul kita. Siapa kita sebenarnya. Apakah yang telah kita bersetuju bersama sebelum kita membentuk satu pasukan untuk memula dan meneruskan perjalanan kearah pembinaan negara yang sejahtera dan rakyat yang bersatu padu.

JANGAN LUPA KEPADA PEGURBANAN . IANYA TERLALU BESAR BERBANDING DENGAN ISU ISU REMEH SEPERTI TULISAN JAWI dan ZAKIR NAIK.

Harap faham maksud pengurbanan. Siapa yang berkurban.

Jadilah manusia yang merasa terhutang budi. 

Bukan mengungkit, tapi untuk meyedarkan perkara yang telah dipersetujui bersama.

Kepada satu pihak yang lain, usahlah memainkan isu agama, bangsa/kaum dan institusi Raja bagi menyemarakkan rasa kebencian.

Malang sekali pemain politik kita amat suka perkara perkara yang menaikkan emosi kebencian antara kaum untuk mendapat sokongan kaum masing masing.

Matlamat mereka ialah untuk mendapat sokongan mereka yang taksub. Mereka percaya itulah cara terbaik untuk mendapatkan sokongan. Kerosakan negara, bukan jadi pertimbangan. Mereka orang tidak mahu berfikir.

Amat malang sekali jika Rukun Politik 'cara menghalalkan matlamat'  menjadi pegangan kita rakyat Malaysia.

TOLAK TIGA RUKUN POLITIK ini. Keluar dari kotak politik ini. Dan berhijrah kepada rukun politik  yang boleh mensejahterakan negara dan rakyat.

............bersambung.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan