Theflowersellingboy

Sabtu, 31 Ogos 2019

MENIPU BOLEHKAN?




Saya mengakhiri paparan saya semalam dengan pertanyaan:

MENIPU BOLEH KAN?

Boleh saja, bisa ajer pak. 

Menipu bukan satu hal yang luar biasa atau diluar norma sebuah kehidupan yang memegang dan setia kepada Rukun Politik Pertama (RP 1) yang dinyatakan terdahulu bahawa 'politik itu adalah seni serba boleh'. Jangan dihujah dengan ukuran moral, dosa dan pahala. Ianya tidak laku.

Dengan demikian, mengapa  pemain politik negara- yang mahu ambil kuasa dan yang mahu memberi kuasa bagi mengurustadbir kekayaan negara,  masih perlu berada dalam kongkongan  kotak politik seni serba boleh itu? 

SEGERA KELUAR dari Kotak Politik itu. Itu adalah jalan selamat untuk semua.

Seterusnya, keluar juga dari kepatuhan RP Kedua iaitu 'dalam politik tiada kawan dan musuh yang kekal'.

Bagus, semua pihak perlu berkawan, berbaik-baik. Yang berseteru mesti menautkan rasa kasih sayang dan berbaik-baik. Tiada permusuhan yang berterusan. Tiada pengecualian.

Namun, RP ini juga memperteguhkan permusuhan kerana kawan itu tidak berkekalan. Hari ini musuh, esok jadi kawan. Dan esok jadi musuh pula kerana sifatnya yang tidak berkekalan.

Soalan: Adakah watak-watak seperti ini perlu menjadi pemain politik apatah lagi mereka yang mahu diberi kuasa untuk menguruskan kekayaan negara? 

Jawapannya adalah 'Jangan sesekali negara diserahkan kepada watak watak seperti itu' . 

Sewaktu berkawan semuanya cantik dan baik. Setelah bermusuh yang dulu dikatakan baik sudah jadi hodoh dan jijik. Dulu kawan yang berpelukan. Bila bermusuh, tengok bayang pun sudah menyampah.

Jika watak itu antara yang bercinta, yang tidak melibatkan politik mencari dan mendapat kuasa, ianya tidak memberi kesan dan akibat yang boleh meletakkan negara dalam bahaya. 

Oleh itu keluarlah dari pemikiran kotak politik yang berpandukan pegangan bahawa 'kawan dan musuh tidak kekal'.

Bagaimana pula dengan RP Ketiga? Bahawa matlamat menghalalkan cara? 

Mahu diteruskan?

Fikir fikirkan......kerana tipu daya, adu domba , fitnah memfitnah boleh juga termasuk dalam skim dan perencanan politik seperti itu.

...........bersambung pada paparan esok...... 





Tiada ulasan:

Catat Ulasan