Theflowersellingboy

Selasa, 10 September 2019

MALAYSIA SEBUAH BAHTERA




Umpamakan Malaysia sebuah Bahtera yang sedang belayar menuju ke satu DESTINASI.....

Nakhodanya adalah kita. Anak kapalnya kita. Kita membawa Jalur Gemilang.  Kita telah sampai garis 62 dan sedang meninggalkan garis itu!


SELAMAT BELAYAR BAHTERAKU

INGAT....

Lautan itu fitrahnya BERGELORA. 

Kita semua, Nakhoda dan anak-anak kapal mempunyai tanggungjawab bagi menentukan gelora lautan itu dapat kita hadapi bersama, membelahi, membuat laluan meneruskan perjalanan.

Nakhoda ada peranannya dan anak-anak kapal ada peranannya. Tanggungjawab yang utama dan pertama ialah tiada tangan tangan yang begitu gatal untuk membocorkan bahtera itu. Betapa hebatpun nakhoda mengemudikan bahtera, jika tangan tangan gatal itu berterusan membocorkan bahtera itu, air lautan akan memasuki bahtera itu......maka akhirnya tenggelamlah bahtera itu bersama isi kandungannya. 

Tiada lagi kibaran Jalur Gemilang . 

Berakhirlah impian pembinaan  sebuah Tamaddun Bangsa.

Begitulah imiginasi saya, sebuah Malaysia yang aman damai.

Tapi perkembangan di negara kita, kelihatan tidak cenderung ke arah itu. 

Mengapa jadi begitu? Paparan pada 5 September telah memberikan jawapan. 

Sebab itu negara memerlukan cara berpolitik yang lebih sihat dengan mengambil kira sejarah negara sebelum mencapai kemerdekaan dan kesepakatan antara orang Melayu , iaitu penduduk asal dengan bukan Melayu, orang yang mendatang, membentuk negara merdeka.

Saya ingatkan lagi sekali "Jangan diungkit bangkitkan lagi sejarah dan hal yang telah dsepakati".

Rukun Politik yang sihat  hanya akan dapat bercambah dan diamalkan apabila rakyat sedar dan insaf bahawa:

i) Sebelum merdeka warga asal Tanah Melayu ialah orang Melayu
ii) Orang bukan Melayu adalah orang yang mendatang dibawa masuk oleh penjajah , dan menjadi sebahagian dari kawan kongsi dalam mendapatkan kemerdekaan. 
iii) Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi negara yang mesti dipatuhi oleh semua pihak.

Saya mengharapkan tiada diantara kita akan  berkata, " Senang cakap dari amal".

Saya bersetuju jika ada yang berkata begitu. 

Namun saya amat mengharapkan agar kita sama-sama membentuk satu sikap kearah menzahirkan politik yang tidak membakar emosi kebencian hanya kerana kita berbeza dari segi agama, bangsa/kaum, kelas, wilayah dan warna kulit.

Kita meraikan kepelbagaian dan jadikan kepelbagaian sebagai aset yang  boleh memperkukuhkan kekuatan dan perpaduan diantara kita.

Antara sikap dan tindakan kita yang amat penting yang dapat memperkukuhkan kita sebagai satu bangsa yang bersatu ialah:

i) Kongsilah kekayaan negara. Tiada mana mana pihak yang membolot dan membelot kekayaan  negara.

i) Hormatilah dan laksanakanlah apa yang telah dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan .

iii) Hapuskan sikap perkauman diantara kita.

Jadikan 3 perkara diatas sebagai asas untuk membena SOP (Standard Oerating Procedure) bagi membina Rukun Politik yang sihat keatas pembinanaan sebuah negara bangsa dan rakyatnya yang bersatu.

Hanya sanya saya amat risau apabila ada diantara kita akan menuding jari dengan pertanyaan:

"Siapa yang memulakan"?

Jika pertanyaan itu berterusan dengan diracuni emosi kebencian, apapun rukun politik yang kita amalkan, tidak akan berjaya.

..............................................bersambung......











 








  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan