Paparan atas tajuk Papa Mama: Anak Saya seperti diatas, adalah sambungan dari paparan dengan tajuk Abah Emak : Saya, dan Papa Mama : Anak Saya.
Mereka yang telah membaca paparan terdahulu akan lebih mudah menghubungkan cerita yang lepas dengan cerita dalam paparan ini. Rasa-rasanya ia mungkin akan lebih menyegarkan ingatan. Dan kepada yang baru terjumpa atau secara kebetulan terjenguk blog kecil ini, sebaik saja menatap tajuk diatas atau selepas habis membaca cerita ini, molek gamaknya meninjau pula cerita yang terdahulu agar hujung dan pangkal akan bersambung. Sekiranya tidak, anda hanya dapat yang hujung saja, cerita pangkal entah ke mana.

Baiklah saya mula menyambung.
Apabila telah ada tanda bahawa saya dan isteri akan bertukar status sosial, maka bersepakatlah kami untuk menentukan apakah panggilhormat yang boleh menggembira dan meningkatkan kedudukan kami, dan sebagai pengikat kasih sayang diantara jiwa raga, hati nurani kami dengan jiwa raga , hati nurani anak-anak. Maka saya memilih papa, dan isteri memilih mama sebagai panggilan dan sapaan untuk membina dan menyuburkan rasa hormat dan kasih sayang diantara kami dan anak-anak. Justeru apabila setiap anak kecil kami telah menunjukkan kemampuan untuk menyebut patah-patah kata, papa dan mama adalah patah kata-patah kata yang kami ulangtubi perdengarkan kepada anak-anak itu dengan harapan mereka dapat menyebut dan mengulangi . Alhamdulillah ianya menjadi kenyataan, ianya kekal sehingga kehari ini.
Papa, mama :Anak saya.
Mereka , dari yang sulung hingga si bungsu enam kesemuanya, memulakan kehidupan didunia nyata ini tidaklah seperti saya. Sebaik saja mereka dilahirkan, tidak sampai 24 jam mata mereka mula dibuka, cegelang (mata dibuka luas) sungguh. Sebaliknya mata saya masih lagi tertutup sehingga beberapa hari dilahirkan. Begitu juga adik beradik yang lain. Itu yang emak ceritakan.
Itu saja yang diberitahu. Mereka tidak pernah merasakan penting untuk mencari sebab musabab jadi begitu (lambat buka mata). Mereka tidak punya fikiran 'inquisitive'. Mereka terima seadanya. Yang perlu abah fikirkan bagaimana mahu cari wang, tambah wang untuk kos saraan yang bertambah apabila bertambahnya orang baru. Upah belum tentu bertambah. Kesian, pening kepala abah. Emak seperti biasa saja, turut risau, mengukir muka sedih.
Jadi apa perlu otak abah jadi 'inquisitive', mahu tahu sebab musabab mata anaknya nya masih lagi tertutup. Ianya bukan keutamaan. Yang penting perut anak-anak dan isteri perlu diisi.
Sebaliknya saya ingin tahu mengapa jadi begitu. Mengapa berlaku dua fenomina yang berbeza bagi satu keadaan yang sama.
Saya tidak membuat apa apa kajian yang saintifik akan dua fenomena yang berbeza tentang anak kecil yang baru lahir. Tapi saya suka buat tekaan sendiri menurut rasa hati.
Terjadinya begitu adalah disebabkan oleh deria mata anak yang sensitif terhadap cahaya. Tetapi respons berbeza kerana cahaya yang diterima berbeza.
Saya mendapat sinaran dari cahaya pelita. Malap saja. Kawasan liputan cahaya pelita juga terlalu kecil. Jadi ianya tidak menarik kepada mata anak-anak ketika itu. Kalau dibukapun kawasan yang boleh dilihat terlalu kecil dan terhad. Apatah lagi jika angin menghembus mematikan nyalaan pelita itu. Persekitaran anak menjadi gelap gelita. Makanya apa perlu dibuka mata segera. Lebih baik tutup saja.
Anak-anak saya dapat sinaran cahaya neon dari bekalan arus letrik. Cahayanya terang benderang tidak malap seperti pelita. Tidak juga padam apabila ditiup angin. Kawasan liputan cahaya luas sekali, sejauh mata memandang. Sudah tentu mata anak-anak saya jadi cegelang.
Abah emak, panggilan saya untuk menggantungkan harapan, harapan kepada suatu perjalanan dibawah sinar lampu pelita yang malap, yang kadang-kadang padam apabila kehabisan minyak, tidak ada daya tahan untuk menerima hembusan angin, padamlah
pelita itu, bergelaplah sehingga minyak dapat dibekal semula.
Anak-anak saya sungguh manja mengungkapkan panggilan papa mama, kerana disitulah pergantungan harapan mereka. Mereka bermula dengan penuh sokongan untuk membina keyakinan meneruskan kehidupan bahawa cahaya ada disini, bermula sesaat melihat dunia. Makanya bersegeralah mata anak-anak itu menjadi terbuka kerana tertarik dengan sinaran cahaya menerangi keindahan dunia yang baru saja menyapa.
Tapi bukankah saya dan anak-anak dibawah sinaran suria yang sama? Benar. Cuma mendung banyak menghiasi awan dilangit mengiringi perjalanan abah emak membesarkan kami.
Papa mama panggilan kasih sayang dari anak-anak saya.
Saya dan adik beradik yang lain dilahirkan dirumah. Disambut oleh bidan kampong yang memotong tali pusat kami.
Anak-anak saya pula, tiga daripadanya dilahirkan dihospital. Dua di hospital kerajaan dan satu dihospital swasta. Tiga lagi dilahirkan dirumah. Tiga lelaki dan tiga perempuan. Tiga rambut lurus, tiga rambut kerinting. Tak kisahlah ,yang penting mereka panggil papa mama. Itulah anak saya.
Dari mula lahir mereka sudah biasa dengan kereta untuk bergerak kemana-mana, jauh mahu pun dekat. Misalnya semasa baru lahir dihospital untuk balik kerumah, balik kampong, makan diluar, berpiknik dan makan angin domestik, menziarahi kawan dan berbagai-bagai lagi program/aktiviti jauh dan dekat. Bermula dengan kereta Datsun 1200 buatan Jepun, kereta Fiat 132 berkuasa kuda 1800 , volvo 240 dan mercedez.
Mereka itu anak papa mama. Mereka tinggal dirumah besar, berhawa dingin. Anak abah emak, sudah cukup selesa tinggal dirumah berlantai dan berdinding buluh. Sudah tentu berlindung dari panas dan hujan dibawah payungan atap rumbia yang bocor-bocor. Rumah tertegak diatas kekuatan kayu-kayu hutan.
Saya anak abah emak. Basikal buruk pun sudah seronok.
Anak ketiga mencipta sejarah. Dia dilahirkan secara normal, dirumah pula. Disambut oleh seorang bidan kampong yang penuh yakin akan kadaq dan kadar. Antara kata-katanya, "Allah maha kuasa. Doa saja mohon selamat" , yang disokong oleh nenek kepada isteri yang tinggal serumah.
Sebenarnya doktor kedua-dua hospital kerajaan dan swasta telah menasihatkan supaya kelahiran dibuat secara pembedahan kerana risiko melahirkan secara normal adalah tinggi. Abang-abangnya (yang pertama dan kedua) lahir secara pembedahan kerana rongga kelahiran tidak membuka dan kecil berbanding dengan anak yang ada dalam rahim mamanya. Maka kata doktor untuk isteri dan anak selamat, pembedahan adalah caranya, tiada pilihan lain.
Penjelasan doktor seperti itu menyebabkan saya serba salah dan rasa bersalah. Pertama, jika anak ketiga dilahirkan secara pembedahan, doktor menasihatkan supaya rahim peranakan isteri diikat. Tidak boleh melakukan pembedahan lebih dari tiga kali, risikonyo tinggi, boleh mati. Maknanya saya akan ada tiga orang anak saja. Abah emak saya ada empat belas orang.
Saya mahukan anak paling kurang lima orang. Doktor kata risiko tinggi untuk anak keempat. Serba salah dibuatnya. Hendakkan tambahan anak risiko pula. Tapi hasrat, impian, harapan dan apa yang saya mahu lebih dari itu. Isteri pula tersangat dukacita kerana tidak mampu mempunyai anak lebih dari itu.
Nasihat doktor itu membuatkan saya mengalah. Isteri turut saja. Yang penting isteri selamat dan anak selamat. Mungkin itu yang ditakdirkan.
Tunggu sejenak! Kerisauan saya dan isteri dibaca oleh nenek dengan tenang. Dia pakai ilmu logik yang paling mudah. "Dulu orang beranak juga. Lagi banyak. Beranak dirumah. Selamat. Tuhan ada. Doa saja, selamatlah". Nenek ini memang penuh yakin dengan pertolongan Allah . Syaratnya kita perlu berdoa, menyerahkan ketentuan kepada Allah.
Saya masih lagi risau walaupun sedikit kekuatan telah mula meresapi dalam perasaan mendengarkan suara keyakinan nenek tadi.
'Bukankah saya sendiri dilahirkan dirumah' , bisikan hati yang cuba membina keyakinan dari benih keyakinan nenek tadi .
Saya teringat emak pernah beritahu saya bahawa sayalah yang paling susah untuk dilahirkan. 'Menyabung nyawa, separuh nak mati' katanya. Kepala saya terlalu besar, terlalu sukar bagi menyusur keluar melalui rongga kelahiran.Tapi emak melahirkan saya dengan selamat, saya pun selamat. Yang menyambutnya bidan kampong saja yang tiada latihan kesihatan dan perubatan. Tiada diploma atau ijazah MBBS. Cuma banyak pengalaman dan terlalu yakin bahawa semua ketentuan datang dari Allah.
Abang saya dan adik beradik yang lain juga, dilahirkan dirumah. Empatbelas orang dilahirkan dirumah dan disambut oleh bidan kampong. Alhamdulillah selamat. Dua orang yang terlebih awal meninggalkan dunia, cuma pergi setelah besar dan bukan semasa kelahiran.
Graf keyakinan saya semakin meningkat tapi ianya masih belum cukup untuk saya jadikan asas untuk buat keputusan supaya isteri melahirkan anak ketiga dirumah, melalui proses kelahiran biasa, normal. Tidak pergi ke hospital seperti yang dinasihatkan oleh doktor, dari hospital kerajaan mahupun swasta. Malah temujanji telahpun ditetapkan untuk menjalani kelahiran secara pembedahan.
Saya perlu bertanyakan tuan punya diri iaitu isteri saya yang akan melalui situasi yang amat merisaukan saya. Apatah lagi dia.
Isteri seperti biasa memberi jawapan menerima saja apa yang saya putuskan. Jawapan seperti ini tidak membantu menenangkan fikiran saya kerana beban membuatkan keputusan diserahkan kepada saya sepenuhnya.
Perasaan serba salah mula menguasai saya kerana saya mula merasakan bahawa ini semua berpunca dari diri saya. Mungkin anak-anak saya mewarisi saya ketika dilahirkan dulu yang emak kata 'separuh nyawa' itu.
Dari perasaan serba salah saya memasuki fasa kedua iaitu rasa bersalah. Saya rasa bersalah kerana menyebabkan isteri dalam keadaan bahaya. Ini semua berpunca dari diri saya. Mungkin anak-anak saya mewarisi saya ketika dilahirkan emak dulu. Emak terpaksa menyabung nyawa 'separuh mati' ketika melahirkan saya. Susah sangat nak keluar, 'kepala terlalu besar'. Nasib baik dah besar tak besar kepala.
Saya perlukan seseorang untuk menambahkan keyakinan yang telah ditanamkan oleh nenek tadi, bahawa isteri saya tidak perlu ke hospital menjalani pembedahan. Dia akan selamat melahirkan anak di rumah, disambut oleh bidan kampong yang berpengalaman yang di impot dari Pekan, Pahang. Meriam namanya. (Telah pun meninggal dunia. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas ruhnya. Terima kasih diatas kesudian membantu kami).
Maka berceritalah saya dengan seorang kawan sejawatan akan kerisauan saya itu. Kawan ini juga serupa fikirannya dengan nenek. 'Berserah kepada Allah. Beranak dirumah'. Kawan itu pun mencadangkan agar saya berjumpa seseorang yang dikenali, agak tua juga, untuk mendapat air selusuh bagi memudahkan kelancaran anak dari rahim ibu melalui rongga kelahiran. Bukan itu saja, kawan saya telah bersalaman dengan saya, 'menurunkan ijazah' yang ada pada beliau kepada saya dengan bacaan Surah Al-Syarh atau lebih dikenali ayat Alam Nasyrah. Saya diminta mengamalkan ayat itu termasuklah membaca pada air untuk diberikan minuman kepada isteri yang hendak melahirkan anak itu. InsyaAllah, katanya akan dimakbulkan doa kita.
Saya melakukan apa yang dinasihatkan oleh kawan itu. Keyakinan saya telah bulat bahawa isteri saya akan melahirkan anak ketiga kami dirumah. Berserah saja kepada ketentuan Allah. Tapi sayaratnya kita perlu berusaha, yakin dan berserah kepada Allah.
Saya telah berusaha mendapatkan air selusuh. Saya telah berdoa untuk keselamatan isteri dan anak. Nenek terlalu yakin dan mahu cucunya melahirkan anak dirumah. Bidan pula tiada keraguan untuk menyambut anak ketiga kami dirumah.
'Beranak dirumah sajalah', kata-kata pasti yang saya sampaikan kepada isteri. Isteri terima saja tanpa keraguan dan kerisauan. Ini menambahkan lagi kekuatan pada emosi saya.
Alhamdulillah selamat. Saya dikurniakan seorang puteri. Begitulah seterusnya anak-anak yang lain. Semuanya dilahirkan di rumah kecuali yang bongsu kerana bidan Meriam sudah pergi, meninggalkan kami. Bidan kampong yang lain juga susah dicari. Orang tua yang membekalkan air selusuh juga telah pergi. Orang seperti ini juga susah untuk dicari. Usia isteripun telah meningkat maka rasanya melahirkan anak dihospital lebih sesuai kerana hospital mempunyai banyak kemudahan bagi membantu kelahiran anak bongsu ini. Itupun saya lakukan setelah mendapat jaminan dari klinik (swasta) bahawa isteri akan melahirkan anak secara normal.
Saya juga menerima ketentuan Allah apabila dua putera lelaki , yang pertama dan kedua telah lebih awal meninggalkan kami. Cara pergi yang tragis sekali, melibatkan kemalangan kenderaan. Satu yang saya pandu dan yang lagi satu menjadi pembonceng motorsikal. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas ruh kedua-dua mereka.
Ertinya jika saya mengambil keputusan untuk isteri menjalani pembedahan dihospital semasa melahirkan anak ketiga dulu, dan atas nasihat doktor rahim kelahiran isteri diikat maka saya hanya mempunyai satu saja anak.
Tapi Allah mentakdirkan saya untuk membuat keputusan agar isteri melahirkan anak dirumah, memberi peluang kepada saya dan isteri untuk mengambil tanggungjawab menjadikan mereka insan yang berguna. Kami telah melakukan sebaik mungkin.
Anak papa mama adalah berbeza dari anak abah dan emak. Anak papa mama tidak ramai, empat saja. Mereka membesar dibawah sinaran cahaya yang terang. Mereka sudah biasa dengan sebutan kereta yang selalunya kami papa mama ulang sebut sebagai 'car'. Mereka sudah selesa dengan kedinginan, dari putaran kipas dan alat pendingin udara. Kesekolah dihantar dengan kenderaan. Balik dari sekolah dijemput kerana cahaya matahari terlalu panas, berpeluh badan. Lagipun cara itulah yang papa mama fikir lebih selamat.
Makan minum, pakaian dan alat permainan bukan menjadi masalah untuk buat pilihan. Papa mama tidak akan kecewakan apa saja permintaan. Waktu cuti sekolah, waktu cuti hujung minggu ke mana saya rasa dihati untuk meluaskan pandangan, ayuh kita pergi.
Bukan satu yang luar biasa jika papa mama dapat panggilan talipon. 'Ada belanja pengajian yang perlu dibuat'. Papa mama dengan segera, menuju ke bank buat pindahan jumlah yang diperlukan. Buat kad kredit 'supplement' untuk memudahkan pembiayaan. Panggilan untuk ke 'U' untuk menjemput pulang cuti semester sudah menjadi rutin. Dulu saya 'hitch hiking saja' dari sekolah ke rumah. Panggilan talipon kerana kurang sihat terlantar dihospital dinegara orang, papa mama tiada berlengah terbanglah mereka. Tidur bersama anak diwad hospital. Yang hendak mengembara ambil kesempatan sementara berada dinegara orang, papa mama cepat-cepat beri bantuan.
Pendek kata anak papa mama sentiasa disinari cahaya yang terang dalam perjalanan mereka setakat ini. Sama seperti semasa mereka dilahirkan yang disuluhi sinar yang terang benderang sehingga menarik mata untuk memandang.
Tapi perlu diinsafi bahawa cahaya yang terang benderang itu hanya akan lebih bermakna jika anak-anak faham bahawa yang menjadi terang itu disebabkan adanya kegelapan. Maknanya yang gelap perlu kita terangkan kerana cahaya amat diperlukan dipersekitaran yang gelap.
Yang susah kita perlu bantu walaupun sekecil mana bantuan yang termampu. Banyak bersedekah adalah satu cara menerangi kegelapan. Tidak susah untuk mencari mereka yang memerlukan bantuan.
Sekarang anak-anak papa mama sudah besar panjang. Dua telah berkeluarga dan mempunyai kerjaya yang baik juga. Seorang jurutera , seorang doktor. Sudah dikurniakan juga cahaya mata. Yang seorang lelaki saja itu juga telah bekerja, baik juga kerjanya. Menjadi seorang UT Man dalam bidang NDT (Non Destructive Testing). Masih bujang lagi. Yang bongsu masih berjuang dalam pengajian, insyaAllah dua tahun lebih lagi akan tamat.
Begitulah secebis cerita yang mahu dikongsi sama. Apa pun panggilan yang dipilih untuk mengikatkan rasa kasih sayang dan rasa hormat , sama ada abah emak, ayah ibu, daddy mummy, abah ummi, atau papa mama atau apa saja pilihan yang dirasa sesuai dan serasi, hubungan diantara kedua orang tua dengan anak-anak adalah satu hubungan yang mesti di jaga kemurniaannya. Maknanya anak tidak sedetikpun merasa tidak selamat dibawah naungan papa mama. Papa mama tidak sedetik merasakan hilang dari hati nurani anak-anaknya.
Tapi jika berlaku sebaliknya, bagaimanakah dapat kita jadi bangga menjadi papa mama. Bagaimana kita sebagai anak menjadi anak yang soleh/soleha.
Sayanglah anak kasihlah papa mama.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan