Abah Emak: Saya dan Papa Mama: Anak Saya. Pelik sungguh tajuk paparan kali ini. Menjadi pelik sekiranya anda berhenti membaca setakat tajuknya saja. Tapi jika meneruskan bacaan sampai habis pelik itu akan hilang dengan sendirinya. Sama ada anda merasa puas, seronok, meluat atau apa saja bentuk reaksi terhadap cerita atau hal atau isi kandungan yang dibawa oleh tajuk itu ianya hak dan pilihan masing-masing. Saya sekadar mahu berkongsi cerita saja.
Buat memulakan isi cerita, saya dan adik beradik yang lain telah diajar, saya tidak pasti pada usia berapa, mungkin semasa kami sudah mampu menyebut patah-patah kata, memanggil abah dan emak. Jadi saya panggil abah, saya panggil emak sehinggalah sekarang.
Sebermula abah saya mempunyai kelulusan akademik setakat darjah enam sekolah Melayu saja. Dulu orang belajar sekolah Melayu dipanggil juga kelulusan sekolah atap. Kelulusan akademik dari sekolah yang tidak ada standard berbanding dengan sekolah orang putih. Dan itu adalah satu hal yang benar, yang berpijak pada bumi yang nyata. Orang sekolah atap ini hanya layak menjadi petani atau nelayan atau yang seciri dengannya.
Semasa muda belia, abah dikhabarkan terlibat dalam profession membuat gula melaka/nira. Tugas beliau ialah memanjat pokok kelapa kerana itulah cara mulanya proses pembuatan gula itu. Proses seterusnya dan macam mana caranya saya tidak pula tahu dan tidak juga diberitahu oleh abah. Cuma emak saya dan orang sekampong beri tahu itulah profession abah semasa muda belia.
Emak saya pula ditamatkan persekolahan oleh datuk saya (emak saya panggil abah) setakat darjah empat sekolah atap saja. Dikhabarkan cerita emak saya ini otaknya terang dan boleh maju dalam pelajaran, sekurang-kurangnya boleh menjadi cikgu sekolah rendah. Tapi diberitakan bahawa datuk tidak mahu emak teruskan pelajaran kerana emak seorang perempuan. Anak perempuan wajar duduk di rumah, duduk didapur belajar memasak agar menjadi isteri yang baik.
Abah dan emak bernikah masing-masingnya pada usia 18 dan 16 tahun. Abah dari kalangan orang yang tiada kedudukan. Emak pula anak penghulu kampong. Dua darjat yang berbeza. Kalau sudah jodoh seperti kata bidalan ' asam dilaut, ikan didarat , dalam kuali bertemu jua'.
Jodoh abah dan emak berpanjangan sehinggalah abah meninggal dunia pada usia 73 tahun. Sakit tua. Abah dan emak mempunyai 14 anak hasil perkongsian rumah tangga mereka itu. Dua anak meninggal dunia semasa kecil, seorang lelaki dan seorang perempuan. Dua belas orang anak abah dan emak masih lagi mendiami dunia ini. Dari dua belas orang anak itu , sembilan lelaki dan tiga perempuan.
Bayangkan, bagaimana abah dan emak menguruskan anak-anaknya, terutama dari segi memberi makan, pakaian, tempat tinggal dan pelajaran. Tidak termasuk menguruskan perangai nakal anak-anak abah dan emak yang lelaki sembilan orang itu. Sebab itulah abah terlalu garang. Kalau diberi muka kepada kami, sudah tentu kami yang lelaki ini tidak menjadi orang. Alhamdulillah semua kami jadi insan.
Walaupun emak cuba tunjuk garang dan memanjang buat leteran, saya dan yang lain-lainya tetap menggunakan emak sebagai perantara diantara kami dengan abah terutama untuk mendapatkan sesuatu, misalnya wang yuran sekolah. Kecut perut saya untuk berbicara dengan abah, apatah lagi untuk berhujah.
Sepanjang hayat abah , abah telah terlibat dalam tiga profession yang berbeza sebagai sumber mencari rezeki. Mula-mula jadi pembuat gula melaka, kemudian menyertai pasukan keselamatan dan akhir sekali menjadi penorih getah. Sebahagian besar kos sara hidup kami sekeluarga adalah dibiayai dari pekerjaan sebagai anggota keselamatan dan penorih getah.
Bercakap fasal abah sebagai anggota keselamatan, sebahagian besar perkhidmatan abah di tempatkan di estet getah kepunyaan orang putih. Abah dan kawan-kawan dalam pasukan keselamatan yang dipanggil sebagai Special Constable atau SC bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan estet-estet getah itu (pekerja dan aset-aset yang lain) dari kacau ganggu kumpulan yang dipanggil sebagai kominis. Penempatan abah yang terakhir ialah di sebuah kampong yang bernama Kampong Lalang di ulu negeri Perak, daerah Grik.
Apabila darurat diistiharkan tamat pada tahun 1960, semua anggota keselamatan SC ini kenalah berhenti kerja kerana ancaman dari kominis telah tiada lagi. Maka abah pun pulanglah ke kampong asal dan mencari profession yang baru sebagai sumber rezeki bagi menyara hidup keluarga. Sebagai SC, abah tidak layak dapat pencen. Abah dan kawan-kawan sepasukan hanya layak menyabung nyawa saja demi negara dan demi estet orang putih. Upah terakhir yang diterima ialah tidak sampai RM200.00 sebulan. Kalau tidak silap renungan mata saya keatas slip upah abah, upahnya ialah seratus tujuh puluh satu ringgit. Kurang lebih begitulah. Ketika itu saya dan adik beradik sudah mencapai bilangan 6 orang.
Profession terakhir abah ialah menjadi penorih getah disebuah estet kepunyaan orang putih, satu persekitaran yang tidak asing kepada abah. Cuma status abah saja yang bertukar dari seorang yang menjaga keselamatan estet dari kacau ganggu kominis kepada seorang penorih getah. Hasil torihan dalam bentuk susu itu akan dibawa ke kilang yang dulunya satu daripada aset yang perlu diberi perlindungan.
Sebagai penorih getah, upah yang diterima adalah kurang lebih tujuh puluh ringgit sebulan. Bilangan anak abah semakin bertambah. Kos sara hidup pun bertambah. Misalnya kos makan minum, kos pakai memakai, dan kos memandaikan anak. Belum lagi termasuk kos membaikki atap rumbia yang bocor, mengganti lantai dan dinding buluh yang patah dan rosak yang sesekali terpaksa dikeluarkan.
Upah kerja 70 ringgit. Bayangkan. Tapi anak bertambah juga. Tambah lagi kos sara hidup.
Abah ada caranya dalam menjalankan tanggungjawab memberi nafkah sara hidup kepada keluarga. Caranya berhutang. Berhutang dengan sebuah kedai runcit milik seorang India Muslim. Ertinya saya dan keluarga makan dulu bayar kemudian. Bila dapat upah, abah akan bayar. Biasanya tidak semua yang dibayar. Yang dikatakan berbaki itu akan digunakan untuk membiayai perbelanjaan-perbelanjaan yang lain.
Maka lama kelamaan hutang abah dengan kedai runcit itu menimbun terkumpul. Tapi tidak pernah kedengaran tuan kedai itu marah-marah atau memberhentikan abah dari mendapat bekalan barang-barang keperluan dapur dari kedainya. Sungguh baik pakcik itu. Semoga Allah membalas yang baik untuknya. Rohnya mendapat keredhaan Allah. Amin.
Dalam keadaan sebegitu saya dan adik beradik masih lagi dapat meneruskan pelajaran. Hanya seorang saja dari kami iaitu abang saya yang hanya tamat pendidikan rendah sekolah Melayu darjah enam. Yang lain, alhamdulillah.
Bagaimana caranya? Saya tidak mahu berkongsi cerita. Cuma saya mahu nyatakan ianya tidak berlaku kepada Papa Mama: Anak Saya.
Saya dan adik beradik sesungguhnya terlalu bertuah mempunyai abah yang garang. Sungguh bertuah mempunyai emak yang berleter memanjang tapi penuh kasih sayang. Sebab itu saya tidak kekuk dan merasa jijik untuk mencuci kain lampin anak-anak yang kotor dengan najis, tidak juga kekuk untuk mengemas rumah dan mencuci pakaian. Sebab semuanya saya telah lakukan semasa kecil dulu. Mengandar air untuk memenuhkan tempayan, mencari kayu api, menjaga lembu dan kerbau, menapak kaki ayam kesekolah sejauh 6 kilo dan menjaja kuih muih dan buah-buahan tiada hal bagi saya.
Mengapa saya terlalu rajin? Sebab, kalau tidak buat semuanya itu , tanpa apa-apa amaran awal rotan naik dibelakang kena belasah. Yang tukang belasah ialah abah saya. Sakit? Ada tinggal kesan? Saya tidak mahu kongsi.
Kena rotan dulu saya marah ke ? Mana ada peluang hendak marah atau hendak buat aduan. Tiada teledera. Kami terima seadanya saja.
Sekarang dendam? Jauh sekali kerana saya dan adik beradik amat menyayangi aruah abah sebab kerana rotan dan garang abahlah yang menjadikan kami seorang insan.
Itulah sedikit cerita Abah Emak: Saya. Cerita yang saya sentiasa ingat selagi hayat dikandung badan. Bukan kerana fasal abah yang garang tapi kerana garang abahlah yang membuat saya hidup senang dan tenang. Adik beradik yang lain pun sama juga. Adakah formula abah itu relevan digunapakai waktu ini dalam hubungan mendidik anak-anak? Fikir sendirilah. Cukup sekadar saya berkongsi cerita.
Semoga aruah abah dimasukkan dikalangan orang-orang yang diredhai Allah. Semoga emak yang masih ada, dikurniakan kesihatan tubuh badan dan akal fikiran.
Paparan berikutnya nanti akan membawa kisah Papa Mama :Anak Saya. Ianya ada kelainan? Tunggu sehingga dipaparkan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan