Bagi saya UMNO adalah satu parti politik yang baik, menepati perjuangannya demi Bangsa, Agama dan Negara. Tapi wajah dan sifat baik itu hanya terpamir pada suatu ketika dulu. Duluuuuuuuuuuu UMNO memang baik.
Kemudian UMNO telah di robek , kesannya bukan saja jadi kemek bahkan sudah menjadi lembek dan penyek dilenyek-lenyek. Parti ini sudah menerap dan mengamalkan sifat dan perlakuan keji dan jijik. Hilang segala santunnya, tiada segan , tiada silu, tiada kasih dan tiada belas tiada ikhsan. Yang penting mesti hidup ada kuasa. Berapa lama? Selama-lamanya. Bagaimana cara? Apa saja cara asal berkuasa.
Berbulu mata memandang akan kelaku dan perangai dari pemimpin dan pendukungnya. Tiada kehalusan dalam berbahasa, ikut sedap mulut menutur kata. Tiada kewarasan dan kematangan dalam tindakan, asal saja dapat terus berkuasa.
Kita pula yang Melayu bukan ahli UMNO ini, tersipu-sipu mengambil malu dik perilaku yang tidak semenggah tidak juga senonoh. Sebab, bukankah katanya UMNO itu menggambarkan Melayu? Wajah UMNO wajah Melayu. Budinya, bahasanya, adab tertibnya, santun menyantun, kata berlapik hias berbunga, semuanya sudah tercalar balar. Terlalu hodoh yang dipamirkan. Semuanya ini adalah kesan robekan keatas UMNO yang duluuuuuu.
Ya, UMNO yang ada ketika ini adalah UMNO yang telah di robek? Maknanya wajah UMNO yang ada ketika ini bukanlah sebenarnya bayangan wajah orang Melayu. Tiada kelembutan, tiada kehalusan dan tiada ketertiban, disemua peringkat, untuk meneruskan satu peradaban yang boleh kita banggakan.
Itu tentang berjuang demi 'Bangsa'. Habis kena robek, sudah tiada lagi pembinaan dan penerusan satu peradaban bangsa yang mempunyai jati diri. Bangsa semakin menjunam martabatnya , menjadi kaku, layu dan longlai tidak punya daya saing dan daya tahan.
Saya rasa memadai di senaraikan 4 contoh diantara terlalu banyak contoh perbuatan-perbuatan yang sungguh keji dan hina ini yang dilakukan oleh orang Melayu dan beragama Islam. Saya tidak pasti sama ada semua mereka itu ahli UMNO namun saya percaya mereka itu melakukan perbuatan yang tidak senonoh itu demi kepentingan UMNO mengekalkan kuasa. Oleh itu cuba kita renung banyak jenak dengan penuh ketenangan dan keinsafan akan beberapa perbuatan-perbuatan seperti disenaraikan ini:
i) tayangan video lucah untuk menjatuhkan maruah pesaing politik.
ii) aksi tarian punggung dikhalayak ramai.
iii) aksi duduk dan jilat.
iv) pemimpin menuturkan perkataan 'haram jadah' kepada orang yang dipimpin.
Bagaimana pula perjuangan UMNO, 'Demi Agama? Pun sama juga. Robek. Agama hanya hiasan bagi melindungi berbagai keburukan dan kejahatan.
Demi Negara? Hanya cukup saya menimbulkan tentang dakwaan warga asing diberikan taraf warga negara bagi turut terlibat sebagai pengundi dalam pilihanraya akan datang demi kemenangan dan pengekalan kuasa.
Jika dakwaan itu tidak benar maka wajar UMNO yang menerajui kerajaan ketika ini membersihkan nama dari dakwaan yang terlalu hina itu. Setakat sekarang belum ada tindakan kearah itu. Mungkin saya tiada maklumat.

Sesungguhnya terlalu sedih apa yang telah berlaku keatas UMNO sekarang. Bukan UMNO suatu ketika duluuuuuuuuu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan