Kedudukan terkini, jika anda pasangan suami isteri yang bekerja dan mempunyai anak-anak kecil, pilihan yang terbaik bagi menjamin penjagaan dan pengasuhan terbaik untuk anak-anak anda itu ialah dengan salah seorang dari anda berhenti kerja.
Tapi jika anda masih lagi sayang akan kerjaya anda itu atas sebab-sebab tertentu misalnya telah melalui perit getir pembelajaran bagi mendapatkan sesuatu kelayakan atau bagi menghadapi kos sara hidup , mengambil pembantu rumah untuk menjaga dan mengasuh anak dirumah adalah satu pilihan yang tidak membantu anda, malah menambahkan lagi masalah. Jadi apa pilihan yang ada pada anda?
Pilihan yang ada pada anda adalah i) menghantar anak ke pusat jagaan anak-anak, ii) menghantar anak-anak ke rumah jiran/orang yang dikenali, dan iii) menghantar anak ke rumah ibubapa atau meminta ibubapa tinggal bersama.
Menghantar ke pusat jagaan anak-anak kosnya terlalu tinggi khususnya dibandaraya-bandaraya besar seperti Kuala Lumpur. Jika kedua-dua anda suami isteri mempunyai pendapatan yang tinggi, rasanya kos yang dikenakan mungkin tidak membebankan. Tapi secara amnya ia lebih banyak membebankan.
Mungkin boleh dihantar ke rumah jiran/orang yang dikenali. Bayaran tidaklah mahal. Difahamkan sebanyak RM250 sahaja bagi seorang anak. Cuma perkhidmatannya kadang-kadang tergendala atas sebab urusan peribadi jiran itu. Maka terpaksalah diambil cuti darurat jika dengan tiba-tiba anda diberitahu jiran/orang yang menjaga anak itu terpaksa menguruskan sesuatu yang diluar jangkaan.
Menghantar anak-anak ke kampong atau ke rumah ibubapa adalah satu lagi pilihan yang juga diambil oleh setengah pasangan suami isteri. Pilihan ini juga ada kesan yang kurang baik. Pertama dari segi hubungan kasih sayang dan kemesraan dengan anak-anak. Kedua kos berualang alik dihujung minggu/bulan untuk menemui anak-anak. Jika ibubapa datang duduk bersama maka terpaksalah ibubapa itu meninggalkan rumah dikampong. Maka terbengkalailah rumah orang tua itu disamping kemungkinan di ceroboh masuk oleh orang jahat.
Jadi ketiga-tiga pilihan diatas itu adalah pilihan yang dibuat oleh pasangan suami isteri saja dalam menguruskan kehidupan berdasarkan kemampuan mereka.
Dalam kata lain kerajaan tidak langsung melihat soal penjagaan dan pengasuhan anak ini sebagai satu tanggungjawab negara sedangkan anak-anak itu adalah satu aset negara yang terlalu tinggi nilainya.
Anak-anak itu adalah modal insan yang perlu diasuh, dikembang dan disuburkan untuk membentuk warga negara yang sihat walafiat, sihat fizikal, mental dan rohaninya , bakal mempunyai sahsiah yang baik, mempunyai potensi dan daya mampu serta keupayaan untuk menyumbang kepada kemajuan negara, bertangguingjawab dan berdisiplin dan taat setia kepada negara.
Tidak ada makna dengan kata-kata bahawa kita memberi keutamaan kepada pembinaan modal insan jika anak-anak kecil itu tidak diberikan kesempatan untuk diasuh, dikembang dan disuburkan dalam satu suasana yang terbaik. Suasana yang terbaik ini hanya dapat disediakan oleh kerajaan yang telah diberi amanah untuk mengurus negara. Dan satu perkara yang perlu diuruskan secara terbaik ialah dalam hal modal insan ini khususnya pada peringkat anak-anak kecil ini.
Jadi kerajaan mesti ada kepercayaan bahawa ini adalah tanggungjawab mutlaknya, tidak kurang dari itu.
Dengan pendekatan seperti itu maka kerajaan mestilah bertanggongjawab membiayai segala kos yang melibatkan pengasuhan dan penjagaan anak-anak kecil ini termasuklah pendidikan pra sekolah.
Satu polisi atau dasar negara yang jelas mesti ada tentang perkara ini. Dasar itu antara lain meliputi dan merangkumi perkara-perkara berikut:
i) Semua organisasi kerajaan perlu menyediakan tempat/ruang bagi tujuan sebuah pusat penjagaan anak-anak
ii) Semua organisasi swasta juga melakukan perkara yang sama untuk pekerja mereka. Jika organisasi itu terlalu kecil maka kaedah perkongsian dengan organisasi-organisasi yang lain atau kaedah-kaedah lain yang lebih sesuai dilaksanakan.
iii) Belanja menyediakan infrastruktur/belanja pembangunan seperti ruang bagi tempat penjagaan itu hendaklah ditanggong oleh majikan termasuk kerja-kerja ubahsuaian.
iii) Belanja mengurus seperti bayaran kepada pekerja pusat penjagaan hendaklah dibuat secara bersama diantara majikan dan pekerja atas nisbah sumbangan majikan melebihi dari sumbangan pekerja.
iv) Bagi tujuan iii), satu Kumpulan Wang diwujudkan bagi menerima sumbangan dan membiayai kos operasi pusat. Dan satu Arahan Amanah disediakan bagi menentukan cara bagaimana wang itu diurustadbir.
Cadangan diatas hanya secara am sahaja dan masih boleh diperincikan lagi. Ianya bertujuan untuk menjadikan tanggongjawab menyediakan tempat penjagaan anak-anak bagi pekerja sama ada kerajaan atau swasta adalah tanggongjawab majikan. Ia juga tidak melepaskan tanggungjawab ibubapa dari segi pembiayaan pusat tersebut. Ibubapa tetap memberi sumbangan keatas kos penjagaan anak-anak itu tetapi ianya tidak membebankan. Ianya juga boleh memberi ketenangan kepada ibubapa yang bekerja. Pekerja yang tenang , produktiviti akan menang.
Dengan adanya tempat yang disediakan untuk menjaga anak-anak ditempat kerja pada kos yang tidak membebankan, saya percaya bilangan mereka yang mahu mendirikan rumah tangga akan bertambah kerana telah ada jaminan tempat jagaan bagi anak-anak mereka. Dan bilangan pasangan untuk menambah bilangan anak-anak juga akan bertambah.
Impilikasi kos kepada kerajaan sudah tentu bertambah. Tapi faedah yang diperolehi adalah melebihi dari segi kos pada jangka masa panjang. Sebab kita mempunyai pekerja yang tidak risau dan runsing dalam hal mencari tempat jagaan anak-anak dan kita juga mewujud dan membina keupayaan modal insan dari peringkat awal lagi sebagai aset yang bermutu untuk kemajuan dan kesejahteraan negara pada masa depan.
Saya yakin sumber negara jika diurustadbir dengan baik mampu membiayai kos yang terlibat. Tidak membebankan negara. Apalah ada pada kos itu berbanding dengan kerugian wang negara yang berbilion-bilion ringgit disebabkan amalan salah urus, rasuah, pengaliran wang haram dan bermacam-macam perlakuan jenayah kewangan.
Kesimpulannya, kerajaan yang diberi amanah untuk mentadbirurus negara wajar mengambil tanggungjawab menyediakan tempat penjagaan anak-anak ini termasuk membiayai sebahagian dari kos operasi pusat tersebut. Cara ini adalah lebih bertanggungjawab berbanding dengan mengadakan perjanjian dengan negara luar untuk mendapatkan pembekalan pembantu rumah untuk menjaga anak-anak, yang menimbulkan berbagai kesan sosial dan penganiayaan kepada pembantu rumah dan juga kepada pihak yang mendapatkan perkhidmatannya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan