Beberapa hari yang lepas , bersama isteri , anak dan menantu, saya membawa cucu (Naqib) ke sebuah pusat jagaan anak-anak bagi melihat sendiri keadaan pusat itu kerana kami bercadang untuk menyerahkan Naqib dibawah jagaan pusat itu semasa kedua ibubapa Naqib bekerja..Kami merasakan sudah sampai masanya untuk menyerahkan Naqib yang baru memasuki usia satu tahun ke pusat jagaan anak-anak. Naqib berada dalam jagaan kami suami isteri semenjak ia dilahirkan, sembilan bulan dirumah kami di Melaka dan tiga bulan dirumah ibubapa Naqib di Precint 11 Putra Jaya.
Jika semuanya beres, maksud saya jika pusat itu dapat menerima Naqib maka saya dan isteri akan menghantar Naqib ke pusat itu, dan dalam tempoh sebulan atau dau bulan jika tiada masalah yang berat maka kami akan balik ke rumah kami semula di Melaka yang telah lama tiada penghuni. Namun dalam hati, rasa berat juga untuk meninggalkan Naqib di bawah jagaan orang lain atau mana-mana pusat jagaan. Sebab kami dan ibubapa Naqib saja yang faham akan 'kerenah' Naqib, misalnya cara memujuknya untuk makan dan minum, untuk menidurkan dan untuk memberhentikannya dari menangis.
Saya panggil Naqib sebagai cucu yang 'syada-syada' atau dalam perkataan biasa 'cucu yang mengada-ngada'. Syada-syada bukanlah membawa konotasi yang negatif . Syada-syada adalah sebutan pelat dari perkataan mengada-ngada yang membawa bersama perasaan kasih sayang dan kemanjaan dengan penuh belaian. Tidak mungkin ini dapat dilakukan oleh pengasuh atau penjaga pusat berkenaan.
Namun anak kecil ini perlu dilatih dari kecil lagi untuk berdikari dan untuk pandai bergaul dengan anak-anak kecil yang lain tanpa sentiasa kehadiran kami. Dia yang akan membesar dan menghadapi masa depan yang panjang. Maka Naqib mestilah disediakan dengan satu persekitaran yang dapat membina personalitinya supaya mempunyai daya tahan fizikal dan minda yang wajar dan kuat. Perasaan kami tidak penting kerana ia tidak akan membantu Naqib untuk menghadapi kehidupan seterusnya.
Maka Naqib mesti diserahkan ke pusat jagaan anak-anak kecil kerana kedua ibubapanya bekerja, kerana kami suami isteri perlu menghabiskan masa tua selayak orang tua walaupun dalam hati terlalu berat untuk melepaskan Naqib, kerana demi kepentingan anak kecil itu, kerana itulah pilihan yang ada bagi ibubapa yang bekerja. Hanya sanya kami mengharapkan dan berdoa supaya segala-galanya akan berjalan dengan baik. Ertinya Naqib dan anak-anak dipusat jagaan itu akan mendapat perlindungan dan jagaan yang terbaik dengan penuh kasih sayang. Dan pusat jagaan itu juga akan bertambah maju dan makmur serta dilindungi dan diberkati Allah SWT.
Harapan dan doa ibubapa agar anak yang diserahkan jagaan itu berada seperti dibawah jagaannya walaupun ianya tidak mungkin dapat dilakukan sepenuhnya. Tapi itulah sepatutnya yang menjadi ideal bagi sebuah pusat jagaan anak-anak, disamping untuk mejalankan perniagaan untuk rezeki yang halal. Dengan hal yang demikian bagi sebuah pusat jagaan anak-anak itu untuk beroperasi, kelulusan dari pihak yang berkuasa adalah terlalu amat penting. Dengan adanya kelulusan ini maka sudah tentu aspek-aspek yang melayakkan pusat itu beroperasi telah disiasat, diperiksa uji dan disahkan sebagai layak (fit) untuk sebuah pusat jagaan anak-anak. Misalnya dari segi bangunan, kemudahan-kemudahan yang disediakan, alat permainan , kebersihan, tenaga pengasuh/penjaga dari segi kemahiran dan latihan serta bilangan iaitu nisbah diantara penjaga dan anak, pengurusan dan pentadbiran dan waktu serta tempoh jagaan.
Hal yang dinyatakan diatas iaitu mendapat kelulusan dari pihak berkuasa adalah terlalu asas dan penting. Cuma saya tidak pasti sama ada syarat-syarat kelulusan yang diaplikasi ketika ini tidak mengambil kira apa yang dinyatakan diatas, iaitu terlalu longgar tanpa melihat aspek keselamatan, kebersihan, kemahiran jagaan, kecekapan menguruskan keperluan-keperluan/keadaan kecemasan dan sebagainya. Sesungguhnya anak-anak kecil itu bergantung sepenuhnya kepada pengasuh-pengasuh dan mereka yang menguruskan pusat itu.
Mereka tidak mampu untuk menguruskan diri mereka bersendirian. Misalnya mereka akan menghisap susu dari botol/atau makan sehingga tercekik jika dibiarkan bersendirian. Berita mengenainya telah biasa kita dengar. Apatah lagi kalau berlaku kebakaran. Semoga Allah melindungi musibah ini.
Selain dari itu soal bayaran yang dikenakan juga wajarlah dilihat supaya ia tidak membebankan ibubapa dan tidak juga menyulitkan pusat jagaan itu memberi penjagaan yang terbaik. Tetapi rata-rata yang diketahui dibandar-bandar besar , bayarannya terlalu mahal, membebankan.
Maka sudah sewajarnya Kerajaan mengambil perhatian yang serious tentang keperluan pusat jagaan anak-anak ini seperti mana kerajaan memberi perhatian kepada anak-anak di pusat-pusat pengajian rendah , menengah dan tinggi. Salah satu aspeknya ialah merengankan kos bayaran. Mereka ini adalah asas kepada pembentukan dan pembinaan modal insan yang boleh memberi sumbangan kepada kesejahteraan negara pada masa hadapan. Jika mereka ini terbiar, jika pembentukan sahsiah semasa kecil sudah pincang dan tergelincir maka mana mungkin negara mampu mewujudkan modal insan yang berguna. Melaburlah diperingkat awal ini untuk meraih dividen pada masa hadapan. Negara tidak akan rugi.
Berbalik kepada pusat jagaan yang kami buat tinjauan, bayaran yang dikenakan bagi seorang anak ialah RM370 seorang. Bayaran itu tidaklah mahal. Seorang pengasuh bertanggungjawab menjaga 5 orang anak. Pusat ini nampaknya mendapat sambutan dari ibubapa sehinggakan ianya tidak mampu menerima tambahan seorang lagi anak jagaan iaitu Naqib. Maka terlepaslah peluang untuk Naqib bersama dengan kanak-kanak lain dipusat ini.
Namun satu hal yang diperhatikan, kebersihan di pusat ini perlu di perbaikki kerana bau busuk di tandas menyerbak keluar sehingga ditempat kami berbincang iaitu di hadapan bilik untuk anak-anak- yang berumur setahun. Kelihatan juga anak-anak yang berumur lebih dari setahun yang telah mampu ke tandas, pergi ke tandas bersendirian dan membuka dan meletakkan seluar dijalanan masuk ke tandas yang berbau itu . Yang nyata tidak wajar, ialah anak-anak itu tidak memakai selipar memasuki tandas yang berbau itu. Saya fikir tandas itu tidak dibersihkan dengan sempurna.
Jadi saya berasa lega juga kerana pusat itu sudah penuh kerana Naqib tidak perlu berada dipusat jagaan yang tidak mementingkan kebersihan. Cuma pada hari itu tuan punya pusat tidak ada, jadi kerisauan saya ini tidak dapat saya panjangkan kepada beliau demi kesihatan anak-anak kecil di pusat itu. Ada kemungkina bayaran sebanyak RM370 itu tidak memberi kemampuan kepada pusat jagaan itu untuk melakukan kerja pembersihan. Jika begitu saya rasa ianya satu sikap yang tidak wajar. Kebersihan adalah penting kerana itulah diantara perkara-perkara yang perlu kita terapkan kepada anak-anak.
Naqib masih lagi dibawah jagaan saya dan isteri. Ibubapa Naqib masih bergiat mencari. Semoga dapat bertemu yang dicari dan yang boleh dipercayai.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan