PTPTN memberi pinjaman kepada pelajar-pelajar untuk mendapatkan pendidikan tinggi sama ada di universiti/kolej awam mahupun swasta. PTPTN diuruskan oleh kerajaan. Maknanya kerajaan menyediakan pinjaman untuk mendapatkan pendidikan. Maknanya juga dari segi kerajaan pendidikan tinggi perlu dibayar, ianya bukan percuma walaupun pendidikan itu diberikan oleh institusi pendidikan awam. Jangan ditanya institusi pendidikan swasta, otomatik kena bayar. Malah PTPTN adalah baja yang tersangat mujarrab dalam menyubur dan membiakkan institusi pendidikan swasta ini.
Sengaja saya memulakan paparan seperti itu supaya semua pihak jelas akan duduk perkara yang bersangkutan dengan PTPTN.
Dengan demikian kita kena terima hakikat bahawa PTPTN memberi pinjaman dan tiada pendididikan tinggi percuma. Itu adalah pegangan kerajaan sekarang.
Jadi apabila meminjam maka wajib dibayar. Membayar balik sesuatu pinjaman ada asas moral dan agama.
Agama Islam, dan saya percaya agama dan kepercayaan yang lain juga meletakkan tanggongjawab membayar pinjaman. Jika tidak membayar maka dihukum berdosa dan dituntut diakhirat melainkan jika si pemberi hutang bersetuju untuk menghalalkannya. Orang yang tidak ada maruah saja yang tidak mahu bayar hutang.
Dan semua pihak mesti menerima prinsip bahawa bayar atas pinjaman ini mesti berlaku atas semua hutang/pinjaman. Bukan PTPTN saja.
Jadi perbincangan paparan saya adalah dalam rangka yang diperkatakan iaitu PTPTN adalah pemberi pinjaman pendidikan tinggi; setiap hutang wajib dibayar; dan tiada pendidikan tinggi percuma adalah pegangan kerajaan yang berkuasa ketika ini. Perbincangan ini juga bergerak atas landasan reaksi-reaksi dari berbagai pihak terhadap tuntutan dari para pelajar itu.
Hal pertama iaitu PTPTN adalah pemberi pinjam pendidikan tinggi yang diurus oleh kerajaan sudah sedia dimaklumi oleh semua pihak. Saya tidak mahu menyusurgalur ceritanya.
Semua hutang mesti dibayar, hal kedua. Saya percaya semua orang yang beragama dan mempunyai moral yang baik berpegang kepada prinsip ini termasuk mahasiswa yang berdemonstrasi meminta PTPTN dihapuskan.
Hal pertama dan kedua akan digaulkan bersama dengan hal ketiga iaitu bukan menjadi satu kepercayaan kerajaan sekarang ini untuk memberi pendidikan percuma.
Berbagai pihak memberi reaksi terhadap desakan mahasiswa ini. Secara amnya ada dua bentuk reaksi iaitu i) reaksi yang menyokong yang terdiri dari kalangan pelajar walaupun ada juga pelajar yang menyatakan tidak bersetuju dan ii) reaksi mahu mengekal dan meneruskan PTPTN dari pihak kerajaan termasuk sebahagian besar penyokong BN terutamanya UMNO.
Saya katakan bahawa pelajar termasuk ibubapa yang mendesak untuk menghapuskan PTPTN itu adalah mereka yang beragama dan mempunyai moral yang baik. Mereka warga yang bertanggungjawab. Mereka tahu setiap hutang mesti dibayar. Tetapi malangnya ada pihak atas kepentingan yang mereka sendiri tahu telah membuat satu gambaran yang amat jelek dan mengelirukan mengatakan pelajar dan ibubapa itu tidak mahu membayar hutang PTPTN.
Maka seperti biasa, hal-hal yang menyebelahi kerajaan akan disebarluas oleh media dibawah takluk kerajaan dengan memberi tokok tambah yang tidak bernilai (non value added) bertujuan mempengaruhi minda rakyat supaya percaya bahawa pelajar-pelajar itu mahu mengelak dari membayar pinjaman. Bagi saya itulah pembohongan yang nyata. Tapi sungguh menghairankan ada yang percaya. Dahsyat sungguh!
Mereka tidak tahu membezakan diantara berjuang untuk menghapuskan PTPTN dengan keengganan membayar pinjaman dari perbadanan itu. Ianya dua perkara yang berbeza.
Mahasiswa mahu PTPTN dihapuskan. Itu jelas. Perjuangan itu berasaskan kepada falsafah bahawa negara bertanggungjawab memberi pendidikan percuma. Soal membuat pinjaman sepatutnya tidak timbul dalam hal mendapat pendidikan di institusi pendidikan awam. Maknanya PTPTN atau yang sefungsi dengannya tidak relevan dalam hal pendidikan di institusi pendidikan awam.
Pendidikan adalah asas yang terlalu penting dan utama dalam pembinaan dan pembentukan warga yang berguna. Tidak ada maknanya kata-kata yang mewarwarkan kepentingan modal insan jika apa yang dilakukan kerajaan sekarang ini tidak langsung menunjukkan kedudukan seperti itu. Kerajaan tidak berpegang kepada pendidikan percuma.
Ada pula mulut yang celupar yang terdiri dari bekas pemimpin besar dan pemimpin yang berkuasa ketika ini menyatakan bahawa kalau tidak bersetuju dengan PTPTN maka kembalikan semula wang yang telah diterima. Ada perasan ke orang semacam ini?
Mereka yang mulut celupar dan tiada perasaan kasih sayang ini sudah banyak tergelincir dari persoalan asas yang diperjuangkan oleh mahasiswa iaitu pendidikan percuma.
Anak-anak muda ini dahagakan ilmu dan mahu membina diri untuk menjadi warga negara yang berguna namun tidak mempunyai keupayaan kewangan. Mereka orang miskin dan susah. Sebab itu mereka terpaksa meminjam kerana diatas kegagalan kerajaan menyediakan pendidikan percuma.
Oleh kerana pengalaman menzahirkan bahawa pinjaman itu membebankan maka menjadi tanggungjawab mereka memperjuangkan agar pemberi pinjaman ini (PTPTN) dihapuskan. Apatah lagi mereka percaya bahawa pendidikan percuma adalah tanggungjawab kerajaan yang telah diberi amanah mentadbirurus negara. Perjuangan mereka bukan atas kepentingan diri tapi untuk semua pelajar dan bakal-bakal pelajar diinstitusi pengajian awam.
Bagi orang miskin terutama dari kampong hutang adalah membebankan. Apabila tamat saja pendidikan, harapan diri dan keluarga terlalu tinggi. Pertama dapat kerja untuk menyara diri. Kedua membantu ibubapa dan adik beradik yang begitu ramai dalam berbagai keperluan.
Adakah tidak menjadi beban untuk membayar pinjaman pendidikan itu? Sudah tentu ianya satu beban kerana mereka mahu membayar. Sebab itu mereka desak supaya pendidikan diberi percuma.
Bagaimana pula mereka yang tidak dapat kerja? Sesungguhnya PTPTN membebankan.
Tidak ada soal tidak mahu membayar pinjaman.

Salahkah perjuangan mereka? Hinakah perjuangan mereka? Menderhakakah mereka kepada negara? Kenapa mereka dibuat sebegitu rupa, diserang dan dicedera dan dihina? Apakah penguasa yang menyalahgunakan harta negara itu lebih mulia dan tidak menjejaskan keupayaan kewangan negara? Hanya memberi pendidikan percuma boleh membebankan kewangan negara?
Persoalan-persoalan diatas adalah tercetus sebagai respons kepada berbagai tindakan berbentuk fizikal dan kata-kata serta ulasan dari para penguasa serta penyokong terhadap desakan mahasiswa ini.
Bersambung untuk jawapan/perbincangan keatas persoalan-persoalan itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan