1. Saya telah mendengar dan menonton sebuah video yang membincangkan tajuk: Rasuah Politik - Persepsi atau Realiti. Terdapat 4 ahli panel dari berbagai latarbelakang dan oreientasi iaitu seorang dari SPRM, dua orang dari organisasi politik yang berbeza dan seorang berorientasikan akademik. Perbincangan itu diikuti hadirin yang juga diberi peluang untuk menanyakan soalan kepada ahli panel.
2. Bagi saya terdapat tiga kesan dari perbincangan itu. Pertama, semua yang terlibat yang terdiri ahli panel, hadirin dan moderator menunjukkan emosi yang amat benci akan rasuah. Kedua, setiap ahli panel walaupun menunjukkan sikap membenci rasuah , saling 'serang menyerang' dengan nada sinis dan kenyataan langsung (direct) bagi memperkuatkan hujah dan pendapat masing-masing, dan menampilkan contoh personaliti dan kes tertentu dalam hujahan itu. Ketiga, ada juga para hadirin yang emosional dengan mengeluarkan suara sokongan dan tepukan yang kuat jika sesuatu hal itu sejalan dengan pemikirannya. Tapi memberi reaksi yang bertentangan jika tidak sejalan dengan pemikirannya.
3. Namun bagi saya kesan seperti itu adalah satu perkara yang tidak dapat dielakkan dalam sebuah perbincangan kerana perbincangan membawa kita kepada penampilan fakta dan idea yang berbeza. Dan perbezaan inilah yang boleh mencorakkan suasana dan emosi. Namun pada perbincangan itu moderator telah berjaya melakukan yang terbaik dari mula sehingga penamat. Tahniah.
4. Perbincangan dimulakan dengan setiap ahli panel diberi peluang untuk memberikan pengertian (definasi) apakah itu rasuah politik. Ada yang mengatakan rasuah politik tidak wujud. Ada yang bersetuju dengan kenyatan ini tapi berlapang dada untuk menerima kenyataan adanya rasuah politik, dan ada yang mengatakan rasuah politik memang wujud.
5. Definasi bagi sesuatu hal atau fenomina adalah penting tetapi ianya janganlah sampai boleh membataskan cakupan ruang lingkupnya. Oleh itu disamping memberikan pengertian bagi fenomina rasuah ini saya suka melihat rasuah dari segi tujuan perlakuan rasuah itu dan kesannya kepada diri, masyarakat dan negara.
6. Bagi saya sesiapa saja adalah berpotensi untuk terlibat dalam rasuah. Dalam kata lain terdapat berbagai jenis perlakuan rasuah dari berbagai golongan individu, kumpulan atau pun organisasi termasuklah yang bersangkutan dengan politik.
6. Bagi saya sesiapa saja adalah berpotensi untuk terlibat dalam rasuah. Dalam kata lain terdapat berbagai jenis perlakuan rasuah dari berbagai golongan individu, kumpulan atau pun organisasi termasuklah yang bersangkutan dengan politik.
7. Apa itu perlakuan rasuah? Secara amnya saya berpendapat perlakuan rasuah itu adalah perlakuan yang melibatkan penyalahgunaan kuasa dan kegelinciran mematuhi peraturan, undang-undang, tatacara, sistem prosedur dan etika tadbir urus yang telah ditetapkan termasuk memanipulasi kelemahan/kekurangannya bagi maksud mendapat faedah diri/kumpulan/organisasi. Perlakuan rasuah ini melibatkan pemberi dan penerima. Kedua-duanya adalah perasuah.
8. Tujuan perlakuan rasuah ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu bagi tujuan i) mendapat kuasa politik dan ii) tujuan selain dari itu. Ertinya ada rasuah politik dan ada rasuah bukan politik.
8. Tujuan perlakuan rasuah ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu bagi tujuan i) mendapat kuasa politik dan ii) tujuan selain dari itu. Ertinya ada rasuah politik dan ada rasuah bukan politik.
9. Rasuah Politik adalah perlakuan rasuah yang dilakukan/melibatkan orang politik secara individu/kumpulan atau pun organisasi bagi mendapat dan mengekalkan kuasa. Rasuah politik adalah rasuah membeli undi dengan apa cara sekali bagi mendapat kuasa/mengekalkan kuasa.
10. Rasuah bukan politik adalah perlakuan rasuah yang dilakukan oleh individu, kumpulan individu, atau organisasi bukan bertujuan untuk mendapat kuasa politik misalnya untuk melepas diri dari hukuman atas kesalahan yang dilakukan, mempercepatkan urusan/urusniaga, untuk hidup mewah dan bergaya diluar kemampuan dan sebagainya. Rasuah ini juga tidak mengecualikan orang politik.
10. Rasuah bukan politik adalah perlakuan rasuah yang dilakukan oleh individu, kumpulan individu, atau organisasi bukan bertujuan untuk mendapat kuasa politik misalnya untuk melepas diri dari hukuman atas kesalahan yang dilakukan, mempercepatkan urusan/urusniaga, untuk hidup mewah dan bergaya diluar kemampuan dan sebagainya. Rasuah ini juga tidak mengecualikan orang politik.
11. Rasuah orang politik adalah rasuah berfokuskan kuasa. Dan dari kuasa yang diperolehi akan digunakan untuk memewahkan kehidupan, untuk hidup lebih senang dan bergaya diluar kemampuan. Bukan saja mereka ini membeli undi untuk mendapat dan mengekalkan kuasa bahkan mereka juga boleh dibeli dengan balasan hidup mewah. Jika demikian kuasa mereka juga terjual sama. Lebih parah jika mereka diberi kuasa untuk mentadbirurus negara.
11. Kesan yang terlalu buruk dan membarah adalah rasuah yang melibatkan/dilakukan oleh individu, kumpulan atau organisasi yang mempunyai pengaruh, kedudukan dan kuasa politik kerana mereka inilah yang menentukan hala tuju negara sama ada sebagai kerajaan yang memerintah mahu pun pihak pembangkang. Rosak mereka rosaklah negara.
12. Dengan demikian perlakuan rasuah hendaklah dielakkan oleh semua pihak. Dan tanda-tanda kesedaran rakyat Malaysia akan keburukan perlakuan ini seperti reaksi yang telah ditunjukkan dalam suasana perbincangan rasuah seperti dalam tontonan video yang diperkatakan diatas adalah amat menyenangkan sekali. Harapan dan doa kita agar sikap dan sifat membenci perlakuan rasuah menjadi satu budaya rakyat Malaysia tidak kira mereka orang politik dan bukan politik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan