Theflowersellingboy

Ahad, 13 September 2015

You Bedul......Saya Tidak Pernah Mencuri Duit Orang




Saya tidak pernah mencuri duit orang....duit orang, orang tu la punya...pasal apa saya nak curi.
Betul juga kata si Bedul tu...mana boleh curi duit orang ....kerana kita juga tidak suka orang curi duit kita. 
Sikit atau banyak...itu hak masing-masing. Si Bedul pun bukan pelahap sangat. Dia ada banyak duit...poketnya penuh dengan duit. Jadi buat apa dia mahu curi duit orang....buat memberatkan poket dia saja. Gaji lima tahun lepas pun tak habis pakai.
Mulut jangan celupar, hati mesti baik.
Bedul, itu bukan nama dalam kad pengenalan bagi seorang jejaka yang segak. Nama yang telah diberikan oleh kedua ibubapanya bukan Bedul. Nama itu panjang.  Ada nama peribadi, nama keturunan dan nama tempat asal usul.
Bedul itu adalah panggilan popular dari kawan-kawan sepermainan sebab lebih mudah disebut dan tidak panjang. Kadang-kadang kawan-kawan panggil dia Dol saja. Ada kawan-kawan yang nakal-nakal panggil dia Samdul.

Tapi Bedul tidak marah. Baginya yang penting dia banyak kawan-kawan. Apa ada pada nama?

Bedul paling popular di kampongnya. Sudah lah kacak anak orang kaya pula. 
Walaupun dia anak orang kaya,  dia tidak mahu bergantung rezeki pada kedua ibubapa. Dia bekerja mencari rezeki sendiri. Berdikari adalah motto hidupnya.
Dia tidak boros. Tidak ada kereta mahupun motorsikal walaupun dia mampu memilikinya. Pakaiannya bukan dari jenama yang mahal.
Dengan cara hidup yang berjimat cermat dan tidak boros itu, Bedul dapat menyimpan lima puluh peratus dari gaji bulanan pada setiap bulan. Tapi dia juga berangan-angan untuk memilikki kereta mewah dan sporty seperti porche dan pakaian dari jenama terkenal. Ah, buat ketika ini lupakan saja.
Pada suatu hari Bedul menyemak buku akaun banknya untuk mengetahui jumlah wang yang tersimpan. Wah, bukan main banyak simpanan yang ada, lima ratus ribu lebih. Bedul tersenyum.

Kereta mewah dan pakaian berjenama? Sekarang sudah sampai masanya.

Bedul membawa kereta porche yang baru sehari dibeli untuk berjumpa dengan kawan-kawan di padang bola sepak. Dia pakai pakaian baru yang berjenama mahal.
Kawan-kawan Bedul semacam tercengang melihat kereta Bedul . Apa lagi dengan pakaian Bedul. Wah ini bukan Bedul yang mereka kenal. Bedul yang tidak lagi pakai seluar jean yang berlubang di lutut, yang pakai baju singlet cap pagoda.
Bedul yang mereka lihat ketika ini, ada sebuah kereta sport. Sudah tentu mahal. Bedul yang menghampiri mereka adalah bedul yang berpakaian kemas, smart.
Bedul melemparkan senyuman, selepas memberi salam. Setiap tangan kawan-kawan yang ada diajak bersalam.
"Apa macam. Cantik tak?" Bedul menunjukkan ke keretanya yang di letak diruang petak kereta tidak jauh dari tempat kawan-kawannya.
"Sudah tentu cantik. Kau pakai hari ni pun hebat", puji Kasim seorang dari kawan yang selalu bergurau senda dengan Bedul.
"Ada gaya YB tak?"Gurau Bedul sambil membuat selangkah dua dihadapan kawan-kawannya.

Kawan-kawan Bedul, semuanya menganggukkan kepala dengan memberi isyarat ibu jari tangan kanan menunjuk keatas. Mereka semuanya suka.

Bedul memberi tahu kawan-kawanya bahawa dia berangan-angan hendak jadi Yang Berhormat agar dia sentiasa mempunyai kawan yang ramai, dan bukan kerana wang.

Tidak ada seorang pun kawan-kawan Bedul yang ambil berat dengan kata-kata Bedul untuk berangan-angan hendak jadi YB. Mereka anggap itu hanya kata-kata gurauan saja.

"Macam mana, ok tak aku jadi YB. Ada gaya?" Bedul mahu tahu pendapat dari kawan-kawannya.

"Ehh kau sekarang bukankah YB....you bedul kan?" Seorang kawan cuba bergurau. Kawan-kawan lain turut ketawa. Bedulpun ketawa sama.

"Aku serious ni", kata Bedul setelah semua reda dari ketawa.

"Kau nak jadi pencuri ke...curi duit orang?" Amin seorang kawan yang telah mula yakin bahawa Bedul sememangnya bercita-cita mahu jadi wakil rakyat. Dan Amin ini sentiasa mempunyai pandangan negatif terhadap orang politik terutama yang menjadi wakil rakyat.
"Oh no no no...saya tidak pernah curi duit orang...no no itu bukan tujuan saya nak jadi YB. Duit orang, orang tu lah yang punya, pasal apa saya nak curi. Orang lain saya tak tahu, not me", Bedul terus melangkah meninggalkan kawan-kawanya itu.
"Jadi YB mencuri duit orang ke?", Cara berfikir yang tak betul. Itu fikiran orang jahat. Mulut celupar .
Dia meluncur laju dengan kereta porche menuju ke bandar.
 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan