Theflowersellingboy

Selasa, 22 September 2015

Terbentuklah Sebuah Wadah Politik Yang Diberi Nama Pakatan Harapan (PH)




1. Tahniah kepada Pakatan Harapan (PH) yang secara rasmi dibentuk pada hari ini Selasa 23 September 2015 yang terdiri daripada parti PKR, DAP dan AMANAH semoga menjadi wadah politik yang memperjuangkan kepentingan rakyat dan negara.
 
2. PH perlu mengambil pengajaran yang lepas bahawa sebarang perbezaan dan pergeseran diantara parti dalam sebuah pakatan mestilah dilakukan secara tertutup dengan sentiasa merujuk kepada kepentingan rakyat dan negara dalam menangani perbezaan itu.
 
3. Komunikasi yang kerap dan berterusan antara parti-parti dalam pakatan hendaklah yang bersifat cenderung kepada perundingan mencari persetujuan berbanding perbalahan untuk kemenangan mana-mana parti dalam Pakatan kerana Pakatan adalah wadah politik yang membawa Harapan demi rakyat dan negara.
 
4.  Harapan rakyat terlalu tinggi kepada satu wadah politik yang sentiasa prihatin kepada keperluan semua rakyat, dan rakyat dengan itu akan meletakkan amanah kepada wadah politik itu, maka dengan itu PH mesti ada kesungguhan dan keberanian untuk mendapat dan menerima amanah rakyat itu demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.
 
5. Pada hari pembentukan PH, pada 23 September 2015, PH telah menunjukkan kesungguhan dan langkah berani dengan mengistiharkan Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri, jika ditakdirkan PH menang pada PRU 14 nanti. Komitmen yang ditegaskan  oleh pimpinan PH akan melegakan rakyat kerana ianya boleh menjadi daya pengikat bagi rakyat untuk bersatu dan memilih dan memenangkan PH pada PRU 14 nanti.
 
6. Mohon kepada Allah semoga PH akan mendapat sokongan sebahagian besar rakyat untuk menggantikan BN yang telah banyak membawa kerosakan kepada negara dan kesusahan kepada rakyat. Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan