Theflowersellingboy

Jumaat, 11 September 2015

Oh Si Baju Kuning.Kau Buat Kepala Saya Pening..Oh Si Baju Merah Kau Buat Saya Sangat Marah




Oh Si Baju Kuning, Kau buat kepala saya pening
Oh  Si Baju Merah, Kau buat saya sangat marah
 
Wahai sang kuning apa kamu buat pada 29 dan 30 Ogos lepas? 
 
Saya dengar cerita saja, sebab saya tidak masuk dalam lautan kuning kamu ....kamu semua buat macam-macam tuntutan.
 
No.1 kamu tuntut pilihanraya bersih, no.2 kerajaan bersih, no.3 selamatkan ekonomi, no 4.hak membantah, no.5 Najib letak jawatan dan no.6 bebaskan Anwar Ibrahim.
 
Ya, semua tuntutaan itu masuk dalam akal kepala saya sebagai tuntutan yang waras, boleh dan perlu disokong.
 
Tapi fasal apa ada dua tiga orang dari kamu pijak gambar  Najib dan Hadi? Fasal apa? Itu kerja orang tak waras lah. Faham tak...tak waras ertinya gila!
 
Hei buat kacau saja dua tiga orang tu....pening kepala saya dibuatnya. 
 
Biarlah orang lain tidak waras...jangan ikut macam mereka. Kalau mereka hentak kepala pada atap genting, pukul badan depan belakang pakai kayu, buat apa tiru kerja bodoh tu. Saya tahulah kamu sikuning tak buat macam tu, tapi pijak gambar...siapapun punya gambar adalah kerja bodoh , tak ada sesen gunanya.
 
Sekarang kau tengok.... perbuatan bodoh kau itu sangat disukai oleh si baju merah. Baju merah  kata Cina DAP yang buat mahu hina Melayu.
 
Saya tahu, semua Cina sama-sama berhimpun. Ada Cina MCA, Cina Gerakan ada, Cina yang tak ada parti pun ada. Melayu Islam pun ramai....Melayu UMNO macam Tun Mahathir dan geng ada, Melayu PAS pun ada...apa nama ustaz tu....saya dah lupa ...oh ya ustaz Idris ada, Melayu PKR sudah tentu ada.
 
Ketua kamu kata bilangan yang hadir mencapai ke angka 500,000 orang. Tahniah lah! Tapi jika mahu buat lagi, buang perangai buruk pijak gambar orang, ok..janji?

Saya tak kisah baju merah dan geng tak percaya jumlah itu. Yang saya kesah dan mau tengok si baju merah akan kumpul 1juta....oii ramai tu berbanding dengan kamu 500,000 orang. Malu kamu dibuatnya.
 
Wahai sang kuning, saya dapat berita ramai juga orang kamu yang kena tangkap fasal pakai baju kuning yang ada tulis BERSIH 4. Itulah fasal apa kau pakai baju kuning seperti itu yang telah diwartakan haram oleh KDN. Berani lawan arus, kamu tanggung lah. Saya tak mahu masuk campur...tak mahu pening kepala.
 
Ramai juga yang telah kena panggil untuk disiasat...sebab perhimpunan BERSIH 4 itu diistiharkan haram. Itupun saya tak mahu masuk campur. 
 
Sekarang saya nak cakap dengan si baju merah. 
 
Fasal apa kamu nak berhimpun si merah. Buang masa saja....lagipun jumlah yang kamu nak bawa 1 juta...oiiii banyaknya tu....penuh sesak KL nanti. Kamu buat susah peniaga saja....peniaga besar susah,  peniaga kecil yang kononnya kau pejuangkan pun akan jadi susah ..tak dapat berniaga. Rugilah mereka...susahlah mereka. Nanti mereka saman kamu kerana rugi tak dapat berniaga, jangan salahkan mereka.
 
Kamu nak berhimpun untuk mempertahankan maruah Melayu? Biar betul baju merah. Saya pun Melayu. Ramai lagi Melayu. Melayu yang mana maruahnya sudah diperlekehkan? Jawab baju merah.
 
Semua Melayu, kata kamu? 
 
Sebab, gambar Melayu kena pijak? 
 
Itu saja?
 
Saya amat marah jika Melayu diperlekeh dan dihina di Tanah Tumpah Darah mereka. Saya ingat semua Melayu, termasuk kamu baju merah bersetuju dengan pendirian seperti itu. 
 
Tapi saya rasa kau baju merah mahu berhimpun kerana baju kuning berhimpun . Itu saja. 
 
Sebab itu sebelum baju kuning berhimpun dengan berbagai tuntutan, kamu si baju merah cuba menunjukkan kamu juga boleh berhimpun...bukan saja berhimpun , kamu juga tunjuk bahawa kamu anak jantan pantang dicabar...kamu tunjukkan kehebatan hantuk kepala dan pukul badan.
 
Baju kuning tidak pernah mencabar kamu untuk tunjukkan kehebatan fizikal. Baju kuning nak buat tuntutan: Pilihanraya Bersih, Kerajaan Bersih, Selamatkan Ekonomi, Hak Membantah, Meminta PM undur dan Bebas Anwar Ibrahim.
 
Jadi adakah semua tuntutan itu mencabar dan memperlekeh maruah Melayu?
 
Pilihanraya bersih...bukankah satu matlamat yang baik. Apa kamu suka kerajaan yang tidak bersih? Jika begitu, kamu baju merah, mahu menjatuhkan maruah Melayu. 
 
Orang Melayu mahukan kerajaan yang bersih. Melayu yang tidak ada parti..mahukan kerajaan bersih. Melayu UMNO pun nak kan kerajaan Bersih, Melayu PAS pun sama, Melayu PKR , mati-matian nakkan kerajaan bersih sehingga pemimpinnya Anwar Ibrahim sanggup berkorban memerangai kerajaan yang rasuah. 
 
Orang Cina, India, Kadazan Iban dan rakyat Malaysia yang lain juga mahukan kerajaan yang bersih. Jadi apa masalah kamu?
 
Jadi apa alasan kamu baju merah tentang maruah Melayu ni? Kamu nak Melayu yang rasuah? Melayu yang menipu? Melayu yang cakap tak serupa bikin? Melayu yang menggadaikan tanah milik Melayu? 
 
Oleh itu wahai baju merah, berfikirlah secara tenang dan waras. Jangan suka hantukkan kepala...nanti otak dalam kepala tidak boleh berfikir secara waras. 
 
Kamu boleh berhimpun. Saya sokong , itu hak kamu. Tapi kamu berhimpun mestilah ada matlamat yang baik, bukan kerana si kuning berhimpun. 
 
Kamu berhimpun kerana ada orang cina...kamu kata cina DAP pijak gambar Najib dan Hadi? Cetek sungguh fikiran kamu. Terlalu kecil isu itu. Buat malu Melayu saja.
 
Orang Cina Dap yang kau kata pijak gambar Najib dan Hadi itu memanglah biadap.... aku setuju. Tapi takkan lah sebab yang kecil itu sampai kamu mahu berhimpun satu juta. Malulah beb.  

Wahai baju merah....kamu mesti ingat ramai juga baju kuning dah kena tangkap dek polis sebab pakai baju kuning yang diwartakan haram. Perhimpunan kamupun , polis kata haram. Nanti kamu juga akan ditangkap oleh polis. 
 
Baju merah, jangan bagi malu pada Melayu. Melayu yang tak ada parti macam saya ni sangat marah. Melayu UMNO macam Tun Mahathir dan geng, Tan Sri Mahyuddin dan geng, dan ramai lagi akan marah. Melayu dari parti lain sudah tentu akan marah kerana kamu baju merah melakukan perkara yang menjatuhkan maruah Melayu.
 
Sudahlah, cukuplah dengan baju kuning yang peningkan kepala saya. Kamu pula nak buat saya jadi amat marah.
 
Baju kuning, buat kepala saya pening!
Baju merah buat saya sangat marah!
  
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan