Theflowersellingboy

Ahad, 20 September 2015

Perhimpunan Baju Merah




Sedikit renungan mengenai perhimpunan Baju Merah.

Apa itu maruah dan bagaimana mempertahankan maruah?

1. Menurut Baju Merah dan Persatuan Seni Silat Pesaka:

"Maruah itu terletak pada gambar pemimpin. Jika gambar pemimpin itu dipijak dan diinjak-injak ianya merupakan satu tindakan menjatuhkan maruah pemimpin, sekaligus menjatuhkan maruah bangsa Melayu kerana gambar pemimpin yang dipijak-pijak itu adalah berbangsa Melayu. Dan Melayu itu Islam maka ianya menghina pemimpin Islam dan agama Islam.

Dengan demikian satu perhimpunan mesti diadakan bagi mempertahankan maruah pemimpin itu, dan sekaligus mempertahankan maruah Melayu dan kesucian agama Islam. Melayu mesti bersatu, Islam mesti dipertahankan".
 
2. Maka berhimpunlah Baju Merah pada hari Malaysia 16 September 2015 diberbagai lokasi walaupun lokasi yang telah diberi kebenaran oleh tuan punya tempat ialah di Padang Merbok. Bilangan yang hadir terdiri dari 50,000, 100,000, 150,000, 200,000 dan 250,000 orang. Pilih saja angka yang anda suka, pilihan anda tidak siapa yang boleh katakan salah.

3. Wajah tempat himpunan bertukar menjadi merah, dan ada yang mengatakan lautan merah kerana mereka memakai baju berwarna merah. 

4. Perhimpunan Baju Merah tidak diistiharkan perhimpunan haram. Baju warna merah yang dipakai oleh peserta perhimpunan juga  tidak diistiharkan haram oleh Kementerian Dalam Negeri tidak seperti Baju Kuning yang dipakai oleh peserta BERSIH 4. Oleh itu tiada tangkapan.

5. Antara ayat-ayat yang digunakan sebagai pembelaan kepada maruah pemimpin yang gambarnya dipijak ialah Cina Babi sebab Cina makan babi.

6. Peserta perhimpunan juga meminta agar ruang niaga di Petaling Street yang ketika ini dikuasai orang Cina diberikan juga kepada mereka.

7. Menurut cara Baju Merah bahawa maruah pemimpin, maruah bangsa Melayu dan kesucian agama boleh dipertahankan dengan cara mengadakan perhimpunan memakai baju merah, mengeluarkan kata nista memburuk dan menyalahkan bangsa lain khususnya orang Cina dan meminta ruang niaga di Petaling Street.

8. Menurut baju merah juga Melayu boleh bersatu dengan cara melakukan tindakan-tindakan menyalahkan orang Cina.

9. Atas pengaruh perasaan yang terlalu marah, peserta perhimpunan bertindak mahu merempuh sekatan polis di Petaling Street sehingga memaksa FRU menembak meriam air bagi menghalang peserta memasuki kawasan larangan itu. Akibatnya beberapa orang peserta dan anggota polis mengalami kecederaan.

10. Namun begitu Pemimpin Baju Merah mengatakan perhimpuan berjalan dengan aman dan mendapat pujian dari Perdana Menteri.

11. Satu perkara yang  diakui oleh baju merah ialah bahawa mereka mengotorkan tempat mereka berhimpun termasuk tempat/jalan yang dilalui. Mereka sanggup membayar kerja-kerja pembersihan itu jika pihak berkuasa mengemukakan bil.

12. Perhimpunan Baju Merah ini tidak pula disokong oleh semua orang Melayu, tidak juga oleh semua orang Melayu ahli UMNO. Jadi macam mana Baju Merah boleh dakwa perhimpunan ini perhimpunan Melayu bersatu?

13. Mengapa maruah itu tidak dilihat dari sudut akhlak, perangai dan kelakuan pemimpin atau individu itu sendiri. Adakah individu atau pemimpin yang melakukan kemungkaran itu dikatakan mempunyai maruah atau harga diri yang mulia, dan perlu dipertahankan?











Tiada ulasan:

Catat Ulasan