InsyaAllah, pada hari Ahad ini kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri, Tapi tunggulah pengumuman rasmi yang akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Raja-raja Melayu.
Tahun ini seperti juga tahun-tahun yang berlalu kita di Malaysia telah memulakan puasa sehari terkemudian dari negara Arab Saudi dan Mesir.Ini bermakna mereka akan menyambut hari raya lebih awal dari kita di Malaysia. Bermakna juga tarikh 1 Syawal mereka mendahului tarikh 1 Syawal kita. Sepatutnya kita mendahului mereka sekurang-kurangnya 6 jam.
Tidak bolehkah kita umat Islam seluruh dunia merayakan aidilfiri pada tarikh 1 Syawal yang sama?
Saya tidak pasti saya bertanya satu soalan yang betul.
Dulu dalam ingatan saya, pada tahun-tahun 1960an dan awal 70an meyambut puasa dan raya dinegeri-negeri di Malaysia ini berbeza-beza. Ada negeri mendahului negeri yang lain sehinggakan ada setengah pihak menjadikan bahan gurauan. Misalnya jika negeri A memulakan berpuasa lebih awal dari negeri B maka dibuat gurauan bahawa kita berpuasalah di negeri B dan beraya di negeri A. Maknanya bilangan hari berpuasa menjadi kurang, dan cepat pula menyambut raya.
Ianya menjadi bahan gurauan, dan amat memalukan. Malu kepada agama lain. Ianya boleh menimbulkan kesulitan dari segi penguatkuasaan hukuman.
Selain dari itu ianya juga menyusahkan untuk membuat persiapan untuk perayaan dan perancangan percutian kerana tarikh berpuasa dan raya belum tentu lagi. Mungkin esok jadi berpuasa dan mungkin tidak jadi. Mungkin esok jadi raya dan mungkin tidak jadi.
Tapi sekarang telah berubah. Kita akan mendapat pengumuman rasmi dari pihak yang berkuasa dan kita berpuasa dan menyambut raya dihari yang sama.
Sempena menyambut hari raya tidak lama lagi, saya mengucapkan selamat hari raya kepada semua yang mengikuti blog kecil ini semoga amalan dalam puasa kita ini meninggalkan kesan yang baik dan diterima oleh Allah SWT. Mari juga kita sama-sama berdoa agar jika kita balik beraya ke tempat masing-masing atau dalam perjalanan merayakan hari kebesaran ini kita sentiasa dilindungi selamat di lindungi Allah SWT. Doa kita itu mestilah juga disertakan dengan perlakuan yang baik di jalan raya. Jangan potong memotong mahu berlumba kereta. Ianya mengundang bahaya.
Maaf jika ada yang tidak berkenan dihati.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan