Theflowersellingboy

Khamis, 9 April 2020

Covid: AGI IDUP AGI NGELABAN



Sambil mendengar, saya menulis. 

Mendengar sidang media yang dilakukan oleh Ketua Pengarah Kesihatan  tentang perkembangan dari masa ke semasa tentang covid 19. 

Usah Berkumpul Seperti Ini Pada Musim Covid

Anjurkan Aktiviti Macam Cucu Saya Pada Musim Covid


Tahniah kepada Ketua Pengarah dan semua anggota perubatan dan kesihatan khususnya mereka di barisan hadapan yang terlibat dalam usaha melawan virus covid 19 ini. Semoga usaha dan pengurbanan mereka diberi pertolongan Allah dan mendapat balasan baik dari Allah. Amin.

Apa yang kita boleh bantu. Patuh pada arahan atau perintah kawalan pergerakan dan jarak hubungan sosial (social distancing) dan menderma kepada tabung bantuan dan menjadi sukarelawan menyampaikan bantuan.

Sedikit ingatan kepada penyampai bantuan. Berlaku adil dan tidak pilih bulu. Pengalaman saya sebagai penjawat awam, penyelewangan menyampaikan bantuan memang berlaku. Minta maaf, sebahagiannya dilakukan oleh mereka yang mempunyai kecenderungan politik . Jangan berlaku zalim! 

Ada dua perkara yang menarik perhatian saya dalam sidang media itu. Pertama semangat kental Ketua Pengarah Kesihatan dan cara pendekatan yang digunakan ketika ini yang lebih berfokus (zoomed in). 

"Kita belum menang tapi kita belum kalah". Ucapan yang membawa bersama semangat kental yang membawa dua mesej tersirat yang penting. 

Pertama,  kita mesti berterusan berusaha dengan menggunakan segala sumber dan kekuatan yang ada bagi melawan covid ini sampai berjaya, dengan izin Allah .

Kedua, kita tidak akan menyerah diri mengaku kalah. Itu insan yang mudah berputus asa. Allah tidak bersama dengan insan yang mudah putus harap .  Allah anugerahkan otak untuk kita berfikir dengan mengulangi pertanyaan kepada manusia, "tidakkah kamu mahu berfikir?" 

"Lawan Tetap Lawan. Lawan Sampai Menang". 
"Agi Idup Agi Ngelaban".

Tiada kaitan dengan mana mana parti politik dan kaum. Hanya untuk menaikkan semangat berjuang melawan covid 19.

Pendekatan 'zoomed in', adalah pendekatan berfokus kepada sesuatu kawasan atau spot misalnya bagi satu kampong, mukim dan daerah beerbanding pendekatan menyeluryuh bagi sesuatu negeri atau wilayah. Kejayaan atau kegagalan dinilai di spot yang menjadi fokus. Syabas!




Tiada ulasan:

Catat Ulasan