Theflowersellingboy

Khamis, 29 Ogos 2019

RAKYAT MESTI BERILMU< MENGAMALKAN ILMU DAN BERAKHLAK MULIA: NEGARA SELAMAT




Semalam saya menceritakan fasal Hari Keluarga yang bertemakan Membina Peribadi Berilmu dan Berakhlak Mulia, singkatannya BERMULA.

Saya percaya, bahawa segala-galanya adalah bermula pada diri sendiri. Untuk berjaya dalam kehidupan, peribadi itulah penggerak dan penentunya, sudah tentu Allah yang menguasai segala-galanya. Tetapi Allah memberikan setiap peribadi itu akal fikiran, dan peribadi itu sendiri yang bertanggungjawab untuk membuat pilihan yang terbaik. 

Ertinya perlu berusaha dan bekerja kuat untuk mencapai kejayaan. Selepas usaha dan kerja kuat, segalanya terserah pada Allah. Berdoalah untuk mendapat perkenanNya. 

Peribadi yang membentuk keluarga itu, jika dibena atas asas ilmu dan akhlak yang mulia akan menjadi aset yang amat berguna kepada masyarakat, bangsa, negara dan agama.

Lihat pada diri sendiri kerana disitu ada berbagai jawapan. Terserlah akan segala kekurangan, kelemahan dan kelebihan. Jika kelemahan dan kekurangan yang kelihatan pada peribadi yang lain, tudinglah jari itu segera pada diri sendiri kerana ianya satu ubat yang mujarrab untuk menghapuskan buruk sangka terhadap peribadi lain.

Jika ada kelebihan pada diri, lihatlah pada kelebihan peribadi yang lain kerana ianya menyerlahkan kekurangan pada diri untuk dijadikan motivasi bagi meningkatkan lagi kelebihan yang sedia ada.

Asas kepada penilaian diri itu ialah penguasaan ilmu. Tanpa ilmu ianya amat sukar untuk membuat penilaian diri. Tanpa ilmu kebarangkalian untuk tergelincir dalam penilaian diri terbuka luas sekali. Namun, ilmu bukan untuk dipendam. Ilmu untuk diamalkan.

Ilmu akan dapat membezakan baik dan buruk; benar dan salah; hak dan batil; adil dan zalim.

Fitrah manusia ialah untuk memilih yang benar, mengenepikan yang salah; memperjuangkan yang hak dan menentang dan mengenyahsingkirkan yang  batil dan menegakkan yang adil dan menghukum yang zalim.

Adakah sebagai seorang insan kita sedia dizalimi? Sudah tentu jawapannya tidak. 

Jika diri tidak suka dizalimi maka diri yang lain juga tidak mahu dizalimi. 

Dengan ilmulah diri boleh membentuk akhlak yang mulia sehingga ianya berkembang kepada peringkat keluarga, bangsa negara dan agama.

Dan kita boleh hiduk dalam suasana berbaik sangka an bekerjasama, penuh dengan kasih sayamg

Namun amat malang sekali, saat dan detik di negara kita pada hari ini dipenuhi dengan pemarakan kebencian. Benci antara peribadi, benci sesama keluarga, benci berlainan keturunan dan agama HANYA SEMATA MATA UNTUK KEMENANGAN POLITIK. TIDAK LAIN DARI ITU. 

Jangan salahkan orang politik SAHAJA. Kerja orang politik ialah mendapatkan KUASA untuk MENTADBIR URUS NEGARA. Satu TUGAS YANG AMAT MULIA.

Tapi, 

SALAH ORANG POLITIK IALAH MEMPERMAINKAN EMOSI RAKYAT DENGAN MEMBANGKITKAN KEBENCIAN, MEMBESAR BESARKAN PERBEZAAN DEMI  KUASA, BUKAN DEMI KHIDMAT DAN TADBIR URUS NEGARA DEMI KESEJAHTERAAN RAKYAT.

BANYAK POLITIKING DENGAN MENGENEPIKAN KESAN AKIBAT YANG BURUK KEPADA NEGARA DAN RAKYAT,  BAIK YANG BERKUASA DAN YANG KALAH. TIADA SESAAT PUN YANG TIDAK DIMANIPULASI DEMI MENGUASAI EMOSI RAKYAT KEARAH KEBENCIAN DAN PERMUSUHAN,

OLEH ITU RAKYAT JANGAN TERLALU EMOSI, MEMBELI JUALAN ORANG POLITIK ITU.

Untuk Rakyat berbuat penialain yang betul dan saksama RAKYAT mesti ada ilmu dan berakhlak mulia.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan