Theflowersellingboy

Jumaat, 30 Ogos 2019

KELUAR DARI KOTAK: TINGGALKAN TEMPURUNG YANG MENGURUNG.



Suhu Malaysia semakin panas. Entah berapa celcius tahap kepanasannya. Pada tahap menggelegak? Jabatan metrology tidak mampu mengukurnya.

Ironinya, dalam keadaan suhu yang panas, kita masih lagi berkurung dalam rumah. Tidak ada ikhtiar untuk mencari air, mencari perigi, sungai atau tasik, ke laut atau paling kurang ke air pancutan untuk menyejukkan pandangan mata. Tidak, kita masih berkurung di rumah, masih dalam kotak yang sama. Dibawah kurungan tempurung yang mengongkong.

Mati keringlah kamu wahai rakyat Malaysia!

Realitinya, kita hidup dalam kotak politik yang sama. Sebab itu kita kepanasan sekarang.

Politik kita dikepungi dengan tiga Rukun Politik (RP): 

RP Pertama- Politik itu adalah seni serba boleh.

RP Kedua- Tiada musuh dan kawan yang berkekalan.

RP Ketiga- Cara menghalalkan matlamat.

Malang sekali kerana pemain politik kita, sama ada yang mahu milik kuasa atau yang memberikan kuasa, percaya dan patuh pada 3 RP . 

Tidak keterlaluan untuk menyatakan bahawa tahap kepercayaan, kepatuhan dan penerimaan  sebahagian besar pemain politik tanah air   terhadap 3 RP ini pada banyak keadaan mengatasi Rukun Iman (RIm) dan Rukun Islam (RIs).

Sebab itu melanggar Rim dan  RIs adalah diterima sebagai biasa. Tidak kepada RP. Menolak 3 RP seperti diatas  dicap sebagai bertindak di luar dari norma politik.  

Inilah RP yang dipegang dari DULU dan KINI. Nampak gaya ianya akan kekal BERTERUSAN dalam kotak politik negara MELAINKAN pemain politik ada keberanian untuk keluar dari bawah kongkongan tempurung yang mengepung.

PEMAIN POLITIK MESTI BERANI KELUAR DARI KOTAK POLITIK YANG MENGONGKONG.

Cakap cakap fasal REFORMASI POLITIK hanya boleh memberi makna jika KOTAK POLITIK yang menjadi kediaman empok ketika ini ditinggalkan kosong. Ia mesti dilakukan segera sebelum PRU 15.

Jika terus merangkul kotak politik yang ada, selamanya negara akan sentiasa berada dalam suhu politik yang panas dan tidak menentu.

Ertinya, untuk PRU 15, RP politik mesti diubah. Tidak ada lagi kepercayaan atau kepatuhan  atau penerimaan bahawa politik itu  seni serba boleh kerana RP seperti ini memberikan  lesen yang besar untuk menghalalkan salah laku dan berbagai kedurjanaan.
APA AKU NAK BUAT, SUKA HATI AKULAH. BUKAN KAH POLITIK ITU SENI SERBA BOLEH. 

MENIPU BOLEH KAN?


/................................bersambung pada paparan esok......................




Tiada ulasan:

Catat Ulasan