Theflowersellingboy

Rabu, 28 Ogos 2019

BERMULA


BERMULA......

Apa itu BERMULA? 

Sudah lama tidak muncul di alam maya. Banyak rehat. Tapi bukan tidak sihat. Alhamdulillah, masih dikurniakan Allah kesihatan tubuh badan dan akal fikiran. Ertinya masih dapat mengurus diri sendiri dan masih mantap berfikir. Maaf kadang-kadang terlupa juga, tapi tidak nyanyuk.

Beberapa minggu yang berlalu, kami sekeluarga, melainkan seorang anak lelaki yang bertugas di Kaghastan, telah berkumpul di sebuah rumah rehat yang dipanggil villa, meraikan Hari Keluarga. 

Biasanya cucu cucu dibawa ke pantai, bermain pasir dan mandi mandian di laut. Tapi kali ini acara tersebut diganti dengan main dikolam renang. Acara lain ialah makan-makan.

Satu acara baru telah diperkenalkan yang saya naamakan sebagai BERMULA.

BERMULA adalah singkatan kepada Membina Keluarga Berilmu dan Berakhlak Mulia.

Program ini melibatkan semua anggota keluarga, tanpa kecuali , dari usia muda sehingga lanjut usia macam saya. Syaratnya ahli keluarga itu boleh  bergerak, bersuara dan berkomunikasi dengan apa saja cara termasuk bahasa badan (body language). Yang penting boleh respon.

Saya adalah Peneraju Program ini. Ertinya terlibat dari segi falsafah, tujuan dan pengisian.

Program ini merangkumi seluruh bentuk dan aspek kehidupan.

Falsafah Program ini ialah bagi melahirkan keluarga yang dibena atas asas asas kekuatan ilmu dan berakhlak mulia. 

Untuk tujuan itu, tekanan diberikan kepada mengenal diri sendiri dan tali hubungan sesama ahli keluarga. 

Saya adalah ketua keluarga. Saya juga suami kepada seoramng isteri. Saya bapa anak-anak. Saya juga adalah datuk kepada cucu cucu.

Oleh  itu cucu saya panggil saya datuk atau Tokpa. Anak dan menantu saya panggil saya Papa. Isteri saya pula panggil saya abang. Jelas bukan, panggilan jalinan hubungan ini.

Saya telah menyediakan beberapa soalan. Misalnya soalan untuk cucu cucu, antaranya;

A dan B adalah dua orang adik beradik perempuan. C adalah suami kepada A dan mempunyai seorang anak. Manakala D pula berkahwin dengan B dan mempunyai seorang anak juga.

Soalan:
i) Apa hubungan atau pertalian diantara anak A dan B. 
ii) Siapakah A kepada anak D.
dan banyak lagi.

Paling menggembirakan soalan soalan dapat dijawab dengan betul. Masing masing diberi hadiah RM 5.00.

Soalan kepada anak dan menantu pula adalah setaraf dengan kedudukan mereka dari segi i;mu dan pekerjaan. Saya mulakan dengan soalan berbentuk pengurusan, pimpinan dan politik.  Alhamdulillah, semuanya mengambil bahagian dengan aktif.

Cukup setakat ini saja. Dan akan disambung pada paparan akan datang.
      


Tiada ulasan:

Catat Ulasan