Setelah kami ahli keluarga yang mabuk laut itu sampai di hotel kami mengambil kereta untuk keluar makan malam. Semua kami amat lapar terutama mereka yang muntah-muntah. Jadi lebih cepat ketemu kedai makan lebih baik. Itulah yang diharapkan oleh kami semua.
Kenderaan terlalu banyak. Di bahu-bahu jalan tiada ruang kosong, telah sedia ada deretan kenderaan. Jadi kami tidak dapat ruang untuk meletakkan kenderaan berhampiran dengan kedai makan yang kami telah kenalpasti. Lalu kami memasuki tempat letak kenderaan sebuah kompleks perniagaan yang agak jauh dari kedai makan itu.
Terpaksalah kami berjalan kaki ke kedai tesebut.
Di kedai tersebut telah ada bilangan pelanggan. Tapi tidaklah ramai.Kami membuat pesanan makanan.
Pelayan kedai memaklumkan bahawa Langkawi ketiadaan bekalan air akibat dari banjir yang berlaku beberapa hari sebelum ketibaan kami. Mengikut ceritanya ada paip yang pecah.
Oleh itu bagi bekalan air di kedainya, air terpaksa diangkut dari tempat lain yang agak jauh juga.
Maklumat ketiadaan air ini meresahkan sedikit perasaan saya. Bersihkah pinggan dan peralatan makanan? Bersihkan basuhan bahan-bahan makanan? Bersihkah itu dan ini? Dan macam-macam persoalan berkaitan dengan kebersihan yang melunturkan selera makan saya.
Saya beranggapan bahawa tidak mungkin pekedai ini dapat mengangkut air yang terlalu banyak dari tempat lain. Saya juga percaya air yang ada tidak mencukupi untuk membersih peralatan makanan dan bahan-bahan makanan seperti sayur-sayuran. Mungkin pinggan mangkuk, sudu dan garpu yang telah diguna hanya dilap dengan kain saja.
Jadi semakin saya fikir masalah air semakin mengurangkan selera makan saya.Bagaimanapun pesanan tetap dibuat juga. Saya pesan mee goreng dan ianya tidak lama untuk berada dihadapan saya.
Dalam keadaan selera yang menurun itu saya paksa diri untuk makan mee goreng itu. Nasib baik pada kunyahan awal, rasa mee goreng itu boleh tahan juga. Saya terus memakannya sehingga habis. Lapar telah mengalahkan keraguan kebersihan makanan yang disediakan itu. Mereka yang lain makan juga. Tapi tidak berselera. Bukan kerana meragui kebersihan makanan itu tapi masih lagi belum pulih dari mabuk laut.
Di hotel ahli keluarga yang meneruskan cruising tadi telah sedia ada. Mereka menceritakan keseronokan makan diatas kapal.
Di bilik hotel kami dapati tiada air. Maka kami hubungi pihak hotel dan diberitahu bekalan air hanya disediakan di sebuah bilik di sebuah chalet khas. Kegunaan air secara bergilir diantara penghuni hotel.
Sesungguhnya keadaan ini merosakkan percutian kami ini. Cuba bayangkan kegunaan air: untuk mandi, untuk buang air besar dan kecil, untuk bersih mulut dan gosok gigi dan macm-macam lagi. Bagi saya, soal mandi boleh di lupakan. Tapi bagaimana dengan gosok gigi, kencing dan berak? Susah, susah dan amat mengecewakan. Rosak percutian kami.
Pihak hotel membekalkan air mineral dan air biasa. Bekalan air mineral adalah terhad, 4 botol kecil sekali permohonan. Tapi kami meminta diberikan lebih lagi. Maka ditambah 2 saja. Mana nak cukup.
Yang paling tidak menyenangkan ialah tentang air biasa yang dibekalkan. Warnanya kekuningan seperti air tanah. Entah dari mana diambilnya , saya tidak pula bertanya. Air itu tidak boleh digunakan untuk basuh anggota badan. Dan juga tidak boleh digunakan bagi membersihkan kencing dan berak. Gatal jika digunakan. Lalu air itu digunakan untuk menyimbah air kecing yang telah haring baring didalam bilik air. Sedih , amat menyedihkan.
Yang menghairankan kenapa pihak hotel tidak memberitahu akan berlaku keputusan air. Dan kenapa tidak diambil tindakan catuan.
Mengikut cerita seorang dari pekerja hotel, ini adalah kali pertama berlaku ketiadaan air dihotel. Dan katanya lagi bekalan air dari tanah besar terhalang disebabkan kerosakan loji di Langkawi akibat banjir. Seorang pekerja yang lain mempunyai lain cerita pula. Baginya ketiadaan air di Langkawi adalah sesuatu yang biasa. Saya tidak tahu yang mana satu cerita yang betul.
Sesungguhnya ketiadaan air telah mengurangkan rasa keseronokan kami untuk melakukan lawatan pada esok harinya. Macam mana dengan berak dan kencing, dimana ? Macam mana nak mandi besok? Cari masjid lah kita esok. Dan macam-macam lagi yang kami fikir dan risaukan.
Rosaklah rancangan lawatan kami hari esok!
Itulah yang merisaukan kami untuk menghadapi esok harinya. Kami segera tidur dalam kerisauan ketiadan air. Saya tidak lena tidur. Yang lain lena kot?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan