Sekarang sudah masuk hari yang ke 16 umat Islam di Malaysia berpuasa. Semoga puasa yang kita telah lakukan itu tidak ada cacat cela dan diterima Allah SWT, insyaAllah.
Berbicara fasal puasa ini kita tidak dapat elak untuk bercakap fasal menahan lapar. Maka perkara yang berkaitan 'lapar' ini rasanya banyak membentuk suasana berpuasa dan cara kita melepaskan kelaparan.
Cuba kita renung dan fikirkan hal-hal berikut dan kaitannya dengan lapar. Oleh kerana kesemua hal-hal itu berkait dengan lapar atau kesan dari sebab lapar, saya hanya sentuh pasar ramadhan saja.
i) Pasar Ramadhan
ii) Promosi berbuka puasa di hotel dan restoran
iii) Menu berbuka puasa
iv) Moreh selepas solat terawih.
Waktu bulan Ramadhan, bilangan peniaga makanan Melayu (Islam) bertambah. Di mana saja, pasar ramadhan menghidangkan berbagai jenis makanan dan minuman. Berwarna warni. Sungguh menarik dan mengiurkan. Ada yang menelan air liur banyak kali.
Lalu dibelinya.
Tapi satu jenis makanan rasanya tidak cukup. Satu jenis air pun tidak cukup. Tambah lagi. Semua makanan yang nampak dimata teringin sangat untuk dirasa dimasa berbuka nanti. Mungkin tidak cukup, kata dihati.
Waktu berbuka amat ditunggu-tunggu. Apabila saja azan berkumandang diudara maka bersegeralah kita berbuka.
Kita bersegera berbuka kerana itu yang sebaiknya. Alhamdulillah.
Maka kita makanlah makanan yang terhidang dihadapan mata, sama ada makanan sediaan sendiri atau yang dibeli dipasaran ramadhan atau ditempat lain.
Kita makan dan terus makan. Terlalu lama dan terlalu banyak. Kita kekenyangan dan keletihan. Masih lagi ada makanan yang berlebihan. Tapi kita tidak mampu lagi untuk memakannya. Makanan yang telahnkita makan itu tidak pula mencergaskan pergerakan kita. Sebaliknya kita jadi keletihan. Perasaan malas mula menguasai diri.
Akhirnya kita solat Maghrib pada hujung-hujung waktu.
Jadi kalau kita berpuasa hanya untuk menahan lapar saja rasanya kita akan kalah dalam berperang dengan nafsu lapar itu apabila kita dihidangkan dengan makanan dan minuman pasar ramadhan, promosi berbuka puasa di hotel dan restoran dan hidangan makan selepas terawih atau moreh.
Dan dalam otak kepala kita sentiasa memikirkan apakah menu hari ini untuk berbuka puasa. Sebab kita sentiasa memikirkan bahawa pada berbuka puasa nanti kita tidak ada makanan untuk menghilangkan lapar. Untuk itu kita perlu sediakan berbagai jenis makanan dan minuman.
Jadi berbuka puasa itu bukanlah untuk menghilangkan lapar.
Kalau kita rajin cubalah buat catatan perbelanjaan pada bulan puasa kemudian bandingkan perbelanjaan dalam bulan yang lain. Saya rasa sebahagian besar dari kita berbelanja lebih tinggi dalam bulan puasa berbanding dalam bulan yang lain khususnya yang berkaitan dengan makanan. Jika itu yang berlaku maka itu adalah tanda bahawa kita berpuasa hanya untuk mengenyangkan perut kerana lapar.
Good sharing. Ada contact number kontraktor HJ itu?? Rumah saya ada masalah ini bro.
BalasPadam