Theflowersellingboy

Isnin, 13 April 2020

Setelah PH Tumbang Mahathir Terus Berleter Fasal Anwar



Dengar Video Ini Dengan Zerokan Fikiran Anda Terlebih Dahulu. Kemudian Nilai Apa yang Tun Mahathir Tuturkan. Anda Perlu Mempunyai Maklumat Yang Sahih Tentang Mahathir dan Anwar, Sejarah Dua Insan Ini Dalam Hubungan Politik Antara Mereka.


Dua insan ini mewarnai politik  Malaysia. Ya, Mahathir yang telah dianugerah gelaran Tun atas jasa jasanya dan Anwar yang juga telah dianugerahkan gelaran Dato' Seri sebagai mengenangkan jasa dan khidmatnya. Oleh itu tidak adil untuk kita melihat aspek-aspek negatif sahaja terhadap kedua insan ini.

Tulisan ini mendahului pembicaraan dengan merakamkan bahawa Tun Dr. Mahathir telah banyak berjasa kepada negara.
kita.

Anwar juga telah memberi khidmat yang tidak kurang cemerlangnya yang pernah menjawat beberapa jawatan menteri kabinet termasuk Menteri Kewangan.

OK. Cukup. 

Penulisan ini agak panjang dan bersambung. Ianya memerlukan kesabaran untuk terus membaca sehingga akhir perkataan.

Saya perlu mengistiharkan bahawa saya bukan penganilisis politik yang tajam dan matang. Saya bukan ahli mana mana parti politik. Tetapi saya meminati hal hal politik terutamanya politik negara kerana politiklah yang menentukan arah tuju negara, yang mempengaruhi kehidupan setiap daripada kita.

Mana mungkin kita tidak ambil peduli fasal perkembangan politik negara. Mana mana individu yang mengatakan tidak berminat tentang politik atau tidak mahu terlibat atau ambil tahu tentang politik, individu itu mungkin tidak sedar bahawa yang kehidupan hariannya adalah kesan daripada urustadbir yang diterajui oleh orang politik sehingga dianya meninggal dunia.

OK. Cukup intro saya itu sebelum anda terus membaca tulisan saya seterusnya mengenai Mahthir dan Anwar. Saya akan menghadkan perbicaraan dalam hal berkaitan taat setia dalam hubungan orang politik. 

Mungkin ianya lebih jelas dan mudah menarik perhatian pembaca jika saya tukarkan 'TAAT SETIA' itu kepada hal yang berlawanan dengan sifat  itu walaupun berat bagi saya untuk menggunakan perkataan yang berlawanan itu iaitu 'PENGKHIANATAN'.

Kisah hubungan diantara Mahathir dan Anwar adalah kisah taat setia atau pengkhianatan dalam politik. 

Siapa taat dan siapa pengkhianat?

Tidak ada ketaatan dalam politik atau dalam menjalani kehidupan berpolitik.  Bukankah manusia mempunyai berbagai ragam dan fikiran. Mempunyai pendapat dan kecenderungan yang berbeza. Mana mungkin perbezaan dan kepelbagaian ini boleh mengekalkan keharmurnian tanpa konflik dalam berbagai perkara dan kepentingan, Mana mungkin ketaatan antara sesama insan itu boleh kekal sedangkan dengan Allah pun kita selalu kecundang.   

Apatah lagi jika perbezaan itu melibatkan pemilikan atau perebutan kuasa. Kuasa yang menjadikan seseorang atau sesuatu kumpulan itu menguasai kekayaan sesebuah negara. The wealth of the nation dalam genggaman. 

Ingat bahawa pemilikan atau perebutan kuasa politik itu sentiasa didahului dengan nafsu. Mereka yang tiada nafsu untuk berkuasa, lupakanlah angan angan untuk jadi orang politik. Mesti ada tamak dan haloba untuk kekal dalam politik. Maka asas pengkhianatan telah dibina dan terus dibiina , bercamabah, jangkit menjangkiti sama juga dengan covid 19 yang amat bahaya.

Cukup untuk hari ini...akan bersambung.








Sabtu, 11 April 2020

Covid dan Bunga Kemboja


BUNGA KEMBOJA YANG SAYA SAPA SETIAP PAGI
COVID 19 YANG MAHU KITA HINDARI
NUN diatas adalah bunga Kemboja
Dibawahnya adalah Covid Amat Bahaya
Harapan kita Agar Merah Kemboja
Menewaskan Covid Menghilang SEGERA
Dengan IZIN ALLAH
AMIN



...ini kuntum kuntum bunga kemboja
terikat dalam satu rungkai
merah warnanya

Setiap pagi 

Saya tidak pernah gagal menyapa
....dengan mata
.....dengan hati 

Apa khabar wahai kemboja
Saya terus bertanya 
....sudahkah covid menghilang pergi
....atau masih ada disini
kerana
MCO disambung dua minggu lagi
kerana 
cucu saya suruh tanya
...bosan keluhnya
....bosan tidak pakai selipar kerana tak boleh santai diluar rumah
...ada yang menjeler lidah tanda protes
...ada yang tidak banyak cakap, cuma senyum saja
....ada tanya soalan cepu mas pula
tak ada duit raya ker tahun ini?

Wasap account numberlah 
jawab saya
Mereka pun ketawa


....







Khamis, 9 April 2020

Covid: AGI IDUP AGI NGELABAN



Sambil mendengar, saya menulis. 

Mendengar sidang media yang dilakukan oleh Ketua Pengarah Kesihatan  tentang perkembangan dari masa ke semasa tentang covid 19. 

Usah Berkumpul Seperti Ini Pada Musim Covid

Anjurkan Aktiviti Macam Cucu Saya Pada Musim Covid


Tahniah kepada Ketua Pengarah dan semua anggota perubatan dan kesihatan khususnya mereka di barisan hadapan yang terlibat dalam usaha melawan virus covid 19 ini. Semoga usaha dan pengurbanan mereka diberi pertolongan Allah dan mendapat balasan baik dari Allah. Amin.

Apa yang kita boleh bantu. Patuh pada arahan atau perintah kawalan pergerakan dan jarak hubungan sosial (social distancing) dan menderma kepada tabung bantuan dan menjadi sukarelawan menyampaikan bantuan.

Sedikit ingatan kepada penyampai bantuan. Berlaku adil dan tidak pilih bulu. Pengalaman saya sebagai penjawat awam, penyelewangan menyampaikan bantuan memang berlaku. Minta maaf, sebahagiannya dilakukan oleh mereka yang mempunyai kecenderungan politik . Jangan berlaku zalim! 

Ada dua perkara yang menarik perhatian saya dalam sidang media itu. Pertama semangat kental Ketua Pengarah Kesihatan dan cara pendekatan yang digunakan ketika ini yang lebih berfokus (zoomed in). 

"Kita belum menang tapi kita belum kalah". Ucapan yang membawa bersama semangat kental yang membawa dua mesej tersirat yang penting. 

Pertama,  kita mesti berterusan berusaha dengan menggunakan segala sumber dan kekuatan yang ada bagi melawan covid ini sampai berjaya, dengan izin Allah .

Kedua, kita tidak akan menyerah diri mengaku kalah. Itu insan yang mudah berputus asa. Allah tidak bersama dengan insan yang mudah putus harap .  Allah anugerahkan otak untuk kita berfikir dengan mengulangi pertanyaan kepada manusia, "tidakkah kamu mahu berfikir?" 

"Lawan Tetap Lawan. Lawan Sampai Menang". 
"Agi Idup Agi Ngelaban".

Tiada kaitan dengan mana mana parti politik dan kaum. Hanya untuk menaikkan semangat berjuang melawan covid 19.

Pendekatan 'zoomed in', adalah pendekatan berfokus kepada sesuatu kawasan atau spot misalnya bagi satu kampong, mukim dan daerah beerbanding pendekatan menyeluryuh bagi sesuatu negeri atau wilayah. Kejayaan atau kegagalan dinilai di spot yang menjadi fokus. Syabas!