"Kebetulan kau datang", kata seorang kawan.
Apa maksud kata-kata itu?
Saya cuba memahami kata 'kebetulan' itu tanpa melihat maknanya dalam kamus. Ertinya mungkin pemahaman saya itu tidak tepat dan ada kemungkinan salah. Saya tidak mahu terkongkong atau terikat dengan difinasi mana-mana kamus.
Memang banyak hal yang berlaku secara kebetulan. Berlaku tanpa disangka-sangka, tanpa dirancang. Dalam hal kedatangan saya ke rumah kawan saya itu adalah satu kehadiran yang memang tidak diduga olehnya. Tapi nampaknya kata-kata itu semacam menyatakan satu harapan yang menjadi kenyataan yang tidak disangka-sangka.
Mungkin ada sesuatu yang perlu dibereskan oleh kawan itu tetapi dia seorang saja tidak atau kurang mampu untuk melakukannya. Misalnya dia berhajat untuk mengangkat satu barang yang berat yang memerlukan tenaga dua orang lelaki. Dalam masa memikirkan cara penyelesaiannya tiba-tiba muncullah saya. Maka sudah tentu ianya memberi peluang kepada kawan saya itu untuk menyelesaikan masalah mengangkat barang yang berat itu.
Saya datang pun bukanlah sebenarnya untuk menolong mengangkat barang yang berat itu. 'Kebetulan' , setibanya saya dirumah kawan itu, kawan itu sedang memerlukan bantuan seseorang.
Kebetulan diatas adalah tentang memenuhi harapan dan menerima bantuan.
Satu contoh lagi ialah dalam kes kemalangan. Katakan berlaku kemalangan jalan raya yang melibatkan kecederaan teruk kepada seseorang yang perlu diberi rawatan segera. Dalam keadaan yang genting itu tiba-tiba terdengar siren sebuah kereta ambulans menuju ke arah tempat kemalangan itu dalam perjalanan untuk ke hospital. Kebetulan pula kereta ambulans itu tidak membawa pesakit yang lain. Maka orang yang cedera itu dapat segera diberi pertolongan.
Hal-hal kebetulan ini boleh kita tuntun sendiri dalam filem-flem atau drama. Filem Hindustan, paling banyak yang 'kebetulan'.
"Kebetulan' dalam bentuk persamaan yang tidak mahu dikaitkan. Atau persamaan yang dikatakan tidak ada kena mengena. Misalnya kejayaan seseorang dalam memperkenalkan sesuatu idea atau program yang mana telah juga dilaksanakan ditempat yang lain. Maka persamaan itu tidak ada kaitan diantara satu dengan yang lain. Tidak ada kena mengena.
Maknanya program/idea itu mempunyai ciri-ciri yang sama tapi ianya bukan cedokan atau tiruan. Ianya hanya satu 'kebetulan' saja. Konsep 1 Malaysia tidak ada kena mengena dengan 1 Israel, misalnya?
Dan banyak lagi hal, keadaan, peristiwa, cerita, kejadian dan acara yang bersifat 'kebetulan'. Maknanya yang tidak kita rancang atau ambil peluang , kesempatan dan menjadikan alasan. Sekiranya ada ciri-ciri selain dari yang tidak disangka atau tidak dirancang maka ianya bukanlah 'kebetulan'.
Sesuatu yang dirancang, diambil peluang, kesempatan dan digunakan sebagai alasan bukanlah hal-hal bersifat 'kebetulan'. Misalnya membawa bersama anak isteri bercuti diluar negara selepas menghadiri satu persidangan atas pembiayaan syarikat atau organisasi.
Hal atau keadaan seperti ini tidaklah boleh di katakan 'kebetulan' . Keadaan seperti ini adalah mengambil 'peluang' atau kesempatan dari persidangan itu.
Adakah cara ini salah? Atau secara moralnya tidak betul?
Jawablah sendiri kerana berbagai-bagai cara dan pendekatan yang kita boleh gunakan bagi menjawab soalan itu yang menjurus kepada membenarkan perbuatan kita. Tetapi jangan salah tanggap. Saya tidak mengatakan cara itu salah dan dari segi moralnya tidak kena. Yang boleh jawab ialah suara hati mereka yang terlibat. Dan sudah tentu kita tidak tahu. Yang tahu mereka sendiri.
Cuma saya hendak mengatakan bahawa jika kita mempunyai kuasa untuk merancang melakukan sesuatu maka kadang-kadang kita terlupa untuk memisahkan diantara yang bersifat peribadi dengan tugas rasmi.
Itu adalah kelemahan kita semua, dan saya tidak terkecuali.
Adakah 'tidak kecuali saya itu sebagai satu kebetulan'. Ertinya perangai saya itu secara 'kebetulan' sama dengan yang lain?
Soalan diatas ini saya yang jawab.
Theflowersellingboy
Selasa, 18 Oktober 2011
Ahad, 16 Oktober 2011
Membelibelah: Beli, Bayar dan Belah? Jangan Lupa Singgah (xper ler, jap jer)
Membelibelah? Apa itu membelibelah?
Kita beli dan kita bayar selepas itu belah (jalan).
Itu definasi anak-anak siber, terlalu ringkas dan mudah. Sama saja apabila menghantar mesej menggunakan khidmat pesanan ringkas. Mesti ringkas ejaannya tapi bunyinya mestilah seboleh-boleh sama dengan bunyi yang dituturkan, "xpe ler". Semua faham maksudnya.
Tapi bukan lagak-laku-gaya dan cita rasa anak-anak siber yang hendak diperkatakan disini. Itu hanya penyedap rasa saja. Appetiser untuk meneruskan bacaan.
Saya mengertikan membelibelah itu sebagai membeli barang bagi keperluan seseorang atau kumpulan orang. Biasanya ada dua bentuk keperluan i) keperluan harian dan ii) keperluan khas.
Keperluan harian ialah barang-barang yang kita perlukan setiap hari misal bahan makanan. Maka kita akan ke pasar basah, pasar malam, kedai runcit atau pasar raya atau kompleks perniagaan.
Keperluan khas boleh kita bagikan kepada dua iaitu keperluan bermusim dan keperluan menganjurkan sesuatu acara atau perjumpaan. Keperluan bermusim ialah keperluan bagi merayakan sesuatu perayaan seperti hari raya. Manakala keperluan berkaitan dengan acara atau perjumpaan boleh kita ambil contoh misalnya majlis kenduri kendara- pertunangan dan perkahwinan; dan majlis perjumpaan saudara mara, bekas pelajar dan sebagainya.
Yang hendak dibicarakan ialah membelibelah yang dilakukan oleh sebuah rumah tangga untuk keperluan ahli rumah tangga itu iaitu suami, isteri dan anak-anak lelaki dan perempuan.
Dalam masyarakat Malaysia juara membelibelah adalah dari kaum perempuan tidak kira yang muda, dewasa mahu pun yang tua. Juara adalah bermaksud yang aktif melakukan kerja membelibelah ini. Yang sanggup melakukan dalam tempoh yang lama, yang tidak kenal penat dan jemu. Setengahnya menggunakan wang sendiri kerana mempunyai pendapatan sendiri. Dan tidak kurang juga menggunakan wang hasil pemberian suami sebagai ketua rumah tangga.
Dalam membeli belah keperluan harian misalnya membeli barang keperluan dapur seperti barang-barang kering, sayur dan bahan untuk lauk pauk- ikan, ayam ,udang, daging dari berbagai jenis dan sebagainya, dalam kebanyakan hal sebahagian besarnya dilakukan oleh kaum hawa.
Yang lelaki hanya menjadi pemandu kereta, memberikan wang belanja dan menolak troli barang dan memasukkan barang kedalam kereta. Malah ada setengah lelaki itu duduk saja di satu tempat atau di kereta atau berboraksembang atau mendengar dan memerhatikan saja lagak laku orang-orang ditempat jualbeli itu, misalnya dipasar basah atau pasar raya.
Nampaknya antara lelaki dan perempuan ada pengkhususan kerja. Ini tanda hidup bermuafakat. Tapi jangan pula dibiarkan bahu isteri menjadi senget membimbit barang-barang yang tidak cukup tangan itu.
Kenapa tidak guna troli? Tertinggal dirumah atau telupa hendak dibawa, gamaknya. Tapi kenapa yang ini pun suami tidak boleh ingatkan atau tolong sediakan troli sebelum kepasar? Lelaki, lelaki hendak releks saja. Tapi tidak semua begitu.
Pernah juga diberitahu bahawa perempuan (isteri) ini lebih suka melakukan kerja membeli ini tanpa ditemani suami terutamanya dipasar basah. Antara sebabnya ialah untuk bebas buat pilihan dan tidak jadi gopoh dan boleh ambil masa tawar menawar, sebab tiada tekanan dari suami yang selalunya tidak tahan duduk lama dalam pasar yang busuk hanyir (tapi bila ikan dah masak, selera makan bukan main dahsyat , habis tulang-tulang ikan diratahnya).
Jangan pula hairan jika barang yang dibeli itu melebihi senarai yang disediakan atau barang yang tidak sama yang dihajatkan dalam senarai. Itupun kalau ada disediakan senarai. Kalau tiada senarai ia akan belanja sakan sampai terlupa wang yang ada tidak mencukupi tambahan pula harga barang sekarang semuanya mahal-mahal. Kalau suami ada disebelah, susah juga, serba salah dibuatnya terutama kalau suami yang membayar.
Di pasaraya atau kompleks perniagaan yang boleh pakai kad kredit tidaklah jadi masalah sangat kerana 'swipe' saja, bayar bulan depan Tidak kisahlah suami sentiasa menggaru kepala yang tidak gatal dan rambut yang menipis yang mula memutih itu apabila bil datang menjelma. Di pasar basah, pasar malam dan ditempat jualan yang tidak menerima cara bayaran kad kredit kenalah tentukan dulu wang yang ada mencukupi.
Tidak semua lelaki/suami yang bersikap pasif dalam hal membelibelah ini. Cuma ada perbezaan sedikit. Misalnya membelibelah dipasar raya. Yang menolak troli dan membuat pilihan dan belian barang-barang ialah sang suami . Dan isteri sentiasa mengekor dimana suaminya pergi. Tapi kalau isteri yang aktif, si suami tidak mesti mengekor sama. Nun duduk diatas kerusi/bangku disuatu sudut. Mencari ketenangan sementara, agaknya. Manakan tidak isteri sedang sakan ber'shopping'. 'Swipe' lagi!
Suami yang membelibelah yang sentiasa berteman ini nampaknya melakukan dalam masa yang lebih pendek bagi barang dan kuantiti barang yang sama. Tidak banyak pilih memilih asalkan nampak barang dihajati terus ambil dan masuk dalam troli. Tapi ada juga suami tidak seperti itu, malah lebih dahsyat perlakuan pilih memilihnya berbanding isteri. Tetapi yang ini adalah kelompok , meminjam kata P.Ramli 'jarang-jarang' berlaku.
Bercakap pasal pilih memilih ini majoriti sifat yang suka dan terlalu memilih ini adalah terdiri dari perempuan- anak, isteri, emak dan nenek.
Katakan lah dalam hal membelibelah yang bermusim misalnya untuk menyambut hari raya idilfitri. Kompleks-kompleks perniagaan akan sentiasa menerima pelanggan melebihi dari hari/luar musim perayaan walaupun dalam keletihan berpuasa.
Pakaian, perhiasan diri, kasut, beg tangan dan banyak lagi adalah antara senarai-senarai barangan yang diperlukan. Di bahagian menjual kasut misalnya berlaku acu mengacu kasut. Bukan satu, bukan dua, bukan juga tiga malah tidak juga berhenti setakat sampai empat atau lima pasang kasut dicuba dan diacunya. Berulang aliklah pelayan kedai itu membawa kasut-kasut yang di cuba acu disarung ke kaki itu lepas satu, satu, sambil melihat cermin didepan yang disediakan. Kalau ada suami atau anak-anak-anak terutama anak perempuan akan ditanya 'ok' ke tak 'ok' kasut yang diacu itu. Biasanya jarang ditanya pada suami kerana jawapannya mudah dan sekali saja, 'ok'lah.
Tapi jawapan ini tidak menarik bagi isteri yang bertanya. Air mukanya tidak menunjukkan isteri itu bersetuju dengan komen seperti itu. Itu komen orang nak balik cepat.
Maka lebih seronok dan puas jika ditanya kepada anak perempuan kerana antara jawapan yang diberi: "o.k juga tapi colournya tak 'matching'/tak sesuai dengan beg mama tu". Atau "Teruknya cutting kasut itu. Tak sesuailah mama". Siisteri/emak itu tersenyum suka. Diambil lagi kasut yang lain, diacu. Ini berlaku banyak kali. Tanpa disedari, suaminya meninggalkan pergi duduk nun dihujung kerana terlalu lama memilih belum tentu bersetuju.
Akhirnya bagaimana? Beli? Ya, mungkin berlaku pembelian setelah mendapat anggokan dari anak-anak perempuan. Jangan pula terperanjat jika dia terus ke kedai kasut yang lain membuat hal yang sama. Dan tidak juga menjadi keluarbiasaan kalau tidak ada satu yang berkenan dimata. Akhirnya, begitulah.
Ianya berlaku dalam semua jenis pembelian khususnya yang berkaitan dengan kemasan diri misalnya beg tangan dan pakaian.
Hal seperti ini juga dituruti oleh anak-anak perempuan bahkan lebih teruk lagi. Manakala yang lelaki sama saja perangai dengan bapanya. Asalkan nampak barang yang hendak dibeli, mencuba sekali dua akan buat keputusan: beli atau tidak beli. Mudah dan cepat.
Dalam hal membelibelah ini ada appetisernya sama seperti menjamu selera untuk makan. Lebih menaikkan selera jika ada penyedap/appetiser sebelum menjamah menu utama. Apa appetiser membelibelah? Window shopping lah.
Window shopping adalah satu appetiser membelibelah . Menaikkan selera untuk berbelanja. 'Tengok-lihat-jenguk-tinjau-cam' dan ketika ini ada talipon bimbit berkamera, ambil gambarnya, sebelum menu utama -membelibelah dan acu mengacu. Window shopping menjadi gemaran banyak orang lelaki dan perempuan kerana tengok-tengok saja, menjamu mata. Tidak keluar belanja. Seronok juga.
Satu lagi perkara yang ada kaitan dengan membelibelah yang rasanya perlu juga disentuh. Seperti appetiser saya pada awal tadi bahawa membelibelah itu ialah: beli, bayar dan belah. Sebenarnya pengertian itu tidak menyeluruh dan mencakupi.
Memang benar setelah dibeli dan dibayar kita baliklah ke rumah. Tapi ada lagi satu perangai yang memang biasa dilakukan. Perangai itu ialah 'singgah' dimana dalam perjalanan ke kereta mata tertarik dan berkenan akan sesuatu. Maka diajak singgah sebentar. Telek punya telek, pilih punya pilih entah macam mana berkenan. Lalu dibelinya barang itu. Dan barang itu tidak semestinya yang pernah dihajati. Kalau memang barang yang dihajati maka lagi kuat alasan untuk singgah sebentar.
Membelibelah: Kita akan beli, bayar dan dalam perjalanan untuk 'belah' jangan lupa singgah. Singgah sekejap saja atau anak-anak siber dalam SMS akan tulis 'xpe ler, jap jer'.

Sabtu, 15 Oktober 2011
Langkah Marah Langit Tidak Cerah
Saya telah berulang kali membaca ulasan dan pandangan secara hitam putih yang ditujukan kepada Pengurus Besar syarikat. Pandangan supaya tawaran syarikat XYZ menjual saham pada harga RM4.50 sesaham ditolak kerana akan menimbulkan risiko kewangan yang tinggi.
Ada juga tergerak dihati supaya ulasan seperti ini tidak wajar diberikan kerana risiko tinggi kepada diri, masa depan kerjaya. Kena singkir, masuk peti sejuk. Mendiamkan diri rasanya lebih baik.
Tapi akhirnya saya juga yang dipersalahkan kerana gagal memberi nasihat yang sewajarnya. Lebih baik teruskan. Selamat.
"Itu tugas you untuk memberi nasihat kepada saya". Itulah kata-kata yang memang biasa ditujukan kepada orang yang menjawat tugas seperti saya jika berlaku kegagalan dan kerugian dalam urusniaga yang diceburi.
Mesyuarat tergempar Lembaga Pengarah telah membuat keputusan agar tawaran dari syarikat XYZ , sebuah syarikat awam yang tersenarai dalam bursa saham sebanyak 20% diterima pada harga $4.50 satu unit saham. Pemilikan itu dibuat atas dasar unjuran yang telah dibuat oleh syarikat XYZ bahawa harga sesaham akan berpotensi meningkat sehingga RM10.00 sebaik saja pengumuman pemilikan saham ini dibuat.
Lembaga Pengarah juga telah bersetuju pemilikan itu dibuat dalam dua bentuk pembiayaan iaitu dari aliran tunai yang sedia ada hasil dari keuntungan operasi syarikat dan melalui pinjaman dari bank dengan nisbah 40:60. Pinjaman 60% itu akan menggunakan saham yang akan dimiliki itu sebagai sandaran jaminan (koleteral) pada harga yang akan dirunding dengan pihak bank.
Kertas cadangan pemilikan saham itu yang telah dibentang dalam mesyuarat tergempar malam tadi telah beberapa kali diulang baca.
Sungguh menghairankan bagaimana Pengerusi Lembaga Pengarah yang mempengerusikan mesyuarat tergempar itu menyatakan bahawa tawaran itu amat menarik dan boleh menguntungkan. Bukan itu saja bahkan meminta semua ahli lembaga pengarah memberikan ulasan dan pandangan masing-masing. Dan mengharapkan semuanya bersetuju.
"Ini adalah satu peluang keemasan. Rugi jika dilepaskan. Saya juga difahamkan syarikat XYZ telah pun dirisik oleh pihak lain untuk memiliki saham syarikat itu pada harga yang lebih dari yang ditawarkan kepada kita. Cuma syarikat menawarkan kepada kita terlebih dulu atas dasar rekod perhubungan kita dengan syarikat yang baik. Saya harap semua setuju".
Itulah antara kata-kata Pengerusi yang masih berlegar diotak kepala. Terbayang seorang ahli lembaga yang kanan yang duduk disebelah kanan Pengerusi menganggok-anggok kepala bersetuju akan pandangan Pengerusi.
"Dato Pengerusi, apa yang Dato kata itu adalah benar. Potensi saham syarikat ini akan meningkat adalah besar sekali kerana syarikat dijangka akan membuat keuntungan yang besar. Saya tiada ragu-ragu bersetuju". Pandangan ahli lembaga kanan ini telah mendapat perhatian setia usaha mesyuarat yang kelihatan menganggok-anggokkan kepala sambil mencatat diatas kertas ingatan mesyuarat.
"Saya percaya yang lain juga mempunyai pandangan yang sama. Bersetuju", kata Pengerusi untuk mempercepatkan mesyuarat ditamatkan.
"Minta maaf Dato' Pengerusi. Kertas cadangan ini baru saja diedarkan. Saya minta tempoh untuk meneliti dan memberi pandangan saya", suara saya terketar-ketar keluar kerana tidak sejalan dengan permintaan dan hajat Pengerusi. Saya merasakan semua mata-mata ahli-ahli yang lain menerjah ke muka saya.
Pengerusi menegakkan badan membetulkan duduknya yang santai kepada tegak meluruskan lehernya yang pada mulanya agak lentok. Matanya lurus menerpa wajah saya dengan tiada kecerahan pada air mukanya. Terdengar bisikan dari beberapa ahli yang tidak gemar cara saya itu yang kata mereka 'bikin kacau dan merosakkan suasana'.
"Ok, you balik nanti you boleh lah baca dan teliti. Tapi saya dan yang lain-lainnya mendapati cadangan ini amat baik sekali". Pengerusi mengambil nafas. Mungkin menahan rasa kemarahan diatas permintaan tempoh untuk memberi pandangan. Beliau menyambung "Tapi secara dasar kita bersetuju untuk membeli saham yang ditawar pada harga RM4.50 sesaham. Kita gunakan sumber dalaman 40% dan pinjaman bank 60%. Pinjaman ini kita dapat dengan cara mencagarkan saham yang kita miliki itu. Ok, setuju?"
'Ok setuju'?
Apa yang mampu saya katakan lagi. Pengerusi telah buat keputusan mengatakan 'kita' telah bersetuju dan disokong oleh semua melainkan saya yang meminta untuk membaca dulu. Tetapi saya tidak berani mengatakan ,'Saya minta dikecualikan. Pandangan saya tertakluk kepada penelitian kertas cadangan'. Nak mampus.
Kertas cadangan setebal dua muka surat itu sekali lagi mendapat renungan mata saya. Tiada satu pun maklumat yang penting dan kritikal dalam membuat keputusan 'setuju beli' atau 'menolak'. Tidak juga disertakan Penyata Akaun yang Diaudit . Maklumat mengenai pasukan pengurusan, perniagaan teras syarikat, pendapatan satu saham dan 'market capitalisation' dan banyak lagi maklumat yang penting tidak dinyatakan.
Bagaimana boleh dikatakan harga saham itu akan naik kerana pasaran saham dunia ketika ini tidak menentu.
Saya menggaru kepala yang rambut semakin menipis dan sebahagian besarnya memutih. "Macam ni tak boleh". Saya tegas dengan pendirian itu.
Saya mesti terus dan kekalkan pandangan ini secara hitam putih. Tidak mencadangkan tawaran ini diterima. Membeli saham dengan menggunakan wang pinjaman adalah tinggi risikonya terutama dalam keadaan pasaran saham dunia yang tidak menentu. Kalau harga saham yang dibeli itu merudum bagaimana hendak menampong perbezaan nilai saham semasa dicagar dengan nilai yang merudum itu atas pinjaman yang telah dibuat. Rosak, rosak'.
Entah kali yang ke berapa saya meneliti pandangan hitam putih itu saya tidak pasti. Ulasan dan pandangan empat muka surat itu disokong dengan perkiraan risiko kewangan yang akan ditanggong jika harga saham merudum dengan membuat unjuran harga berdasarkan beberapa andaian. Saya amat puas.
Jam dinding menunjukkan 10 pagi. Pembantu Khas yang telah dipanggil masuk tercegat berdiri dihadapan meja.
"Hantar ni pada Pengurus Besar", saya memberi arahan dengan penuh yakin.
Pandangan hitam putih ini telah sampai ke meja Pengurus Besar yang juga Setia Usaha mesyuarat. Pengurus Besar telah membawa berita yang tidak menyenangkan hati ini kepada pengerusi. Pengerusi menalipon ahli lembaga yang kanan yang mula-mula menyokong cadangan pembelian saham yang ditawarkan.
Talipon diatas meja disebelah kanan berbunyi. Saya mengangkat gagangnya. "Dato nak cakap. Saya sambungkan?" Pembantu Khas berbisik dalam talipon minta persetujuan. "Ok, sambung". Pelahan saja suara saya bersetuju.
"Apa dah jadi you ni. Kan ke kita dah setuju dalam mesyuarat. Pasal apa you komen yang bukan-bukan?" Terjah suara itu ketelinga saya macam kilat pantasnya sebaik saja disambongkan. Saya tergamam tapi cuba buat tenang. Bersabar.
"Apa masaalahnya Dato'?" Ringkas saya bersuara yang sememang telah tahu mengapa Dato' ahli lembaga pengarah yang kanan itu bersuara tinggi, marah-marah.
"Eii you yang komen buat-buat tak tahu. Pasal apa tak setuju?" Marah Dato' itu semakin naik had suhunya.
"Pandangan dan kiraan saya jelas. Pembelian itu berisiko tinggi. Bengkrap nanti", Entah macam mana saya terkeluar perkataan bengkerap itu. Dato itu semakin naik marahnya.
"You tahu Dato' Pengerusi tak mahu meneruskan pembelian sebab komen you. Dia tak mahu tengok muka you lagi".
"Tapi Dato', itu komen professional saya. Kalau Dato' Pengerusi tak setuju dia boleh over rule. Saya orang bawah". Saya cuba mempertahankan pendirian.
"Sudah. Dia dah buat keputusan. You mesti ingat saya yang buat laporan you". Terdengar hentakan talipon memutuskan hubungan.
"Tulislah apa yang hendak you tulis. Bukan kau jaga rezeki aku".Saya meletakkan talipon keatas bekasnya dengan kuat juga. Saya berdiri dengan perasaan penuh geram dan marah. Kaki melangkah untuk keluar dari bilik yang sejuk tetapi tidak dapat mendinginkan hati.
"Boleh jalanlah" terkeluar kata-kata saya sebaik keluar dari bilik. Pembantu Khas memandang tepat ke muka saya yang tidak ceria. Dia tidak bertanya. Dia faham agaknya kepada siapa kata-kata 'boleh jalan' itu dimaksudkan.
Saya terus melangkah penuh marah. Langit diatas diselubungi awan gelap. Hari ini nampaknya tidak cerah. Harap hari ini saja.

Langgan:
Catatan (Atom)