Ketika ini negara kita Malaysia sedang menerima tetamu bolasepak dari kelab bola sepak premier Inggeris untuk mengadakan perlawanan persahabatan .
Malam tadi Malaysia telah bertemu dengan kelab dari Bandaraya London Arsenal yang berkeputusan 4 Arsenal dan 0 Malaysia.
Saya tidak berkesempatan melihat perlawanan itu sama ada di stadium atau melalui media siber. Cuma dapat melihat dalam berita tv .
Apa yang menarik perhatian ialah tentang penyokong. Nampaknya Arsenal tidak perlu membawa bersama penyokong mereka dari London sebab penyokong mereka telah sedia ada di Malaysia. Sedia ada dengan jumlah yang begitu banyak melebihi penyokong pasukan negara.
Mereka terlalu teruja nampak gayanya, semua sekali baik yang tua, muda, lelaki, perempuan , teruna dan anak dara. Memakai apa saja tanda yang boleh mewakili pasukan itu termasuk menampal sesuatu dimuka atau mengecat muka dengan lambang pasukan kesayangan mereka itu.
Maka bersorak dan melompat keriuhan apabila Arsenal berjaya membolosi pintu gol Malaysia. Seronok sungguh tanpa sedikit rasa malu dan sedih serta bersimpati keatas pasukan negara yang menjadi belasahan Arsenal. Kesian sungguh Malaysia.
Ini bukan perkara yang baru kerana setiap kali perlawanan seperti ini diadakan inilah benda yang kita pasti dapat saksikan: Malaysia kena belasah dan rakyat Malaysia ramai ramai yang terkinja-kinja menyokong pasukan lawan khususnya dari kelab Inggeris.
Mengapa jadi begini?
Mungkin jawapan yang dapat kita cuba teka ialah bahawa memang telah sedia ada peminat dan penyokong Arsenal dan kelab Inggeris yang lain seperti Chelsea, Manchester Unuted dan Liverpool di Malaysia kerana rakyat kita sememangnya meminati permainan kelab-kelab tersebut. Apa tah lagi pada musim perlawanan liga Inggeris , kita sentiasa didedahkan dengan permainan kelab-kelab tersebut.
Seterusnya telah tertanam dalam pemikiran penyokong di Malaysia bahawa pasukan negara kita tidak mampu untuk menandingi pasukan kelab Inggeris itu. Walaupun disokong tetap kalah, 100% akan kalah. Jadi buat apa sokong pasukan yang tidak boleh menang.
Sepatutnya kita sokong pasukan yang lemah terutama ianya pasukan negara bagi memberi semangat para pemain berjuang bukan menghenyak mereka sambil ketawa riang.
Apa sudah jadi orang Malaysia ini. Patutlah kita selalu bergaduh sebab tidak bersatu. Ini maruah negara. Kita memang tahu pasukan kita memang tidak setanding dengan Arsenal, tapi bila menyokong , sokonglah Malaysia. Kitakan warganegara Malaysia yang dicintai.
Cuba-cuba tengok pasukan negara Korea dan Cina bagaimana kentalnya semangat rakyat mereka. Sebab itu mereka sentiasa berjaya.
Jadi kalau pasukan kita sentiasa kalah teruk janganlah kita jadikan alasan untuk tidak menyokong mereka. Kita perlu terus menyokong. Pemain sebenarnya ada maruah dan terlalu sangat mengidam untuk menang. Tapi apa yang diidamkan itu tidak mendapat sokongan padu penuntun Malaysia sendiri. Sudah tentu kita tidak membantu perjuangan mereka. Tolonglah, please.
Dalam beberapa hari lagi Malaysia akan bertemu dengan Liverpool. Saya dapat mengagak keadaan yang sama akan berulang lagi. Harap-harap apa yang saya sangka itu meleset.
Sokonglah pasukan kita sebab pasukan kita akan dibelasah oleh Liverpool. Takkan kita bergembira terlompat-lompat apabila kita kena belasah. Ada jati dirilah , kalau tak banyak sekelumit pun tak apa asalkan semua kita sokong Malaysia.
Tidak bermakna kita tidak boleh meraikan permainan pasukan Inggeris yang bermutu itu. Kita boleh tepuk tangan dan bersorak memuji permainan cantik mereka. Cuma jangan lupa pasukan kita . Mereka perlu sangat sokongan.
Sokonglah pasukan Malaysia. Tolong sokong, please!
Theflowersellingboy
Khamis, 14 Julai 2011
Rabu, 13 Julai 2011
SELAMAT HARI ULANG TAHUN KE 21
1. Hari ini 13 Julai 2011 adalah hari ulang tahun ke 21 kelahiran Siti Nuradilla, puteri bongsu kami yang sekarang ini ditahun 3 perubatan di Universiti Mansoura Mesir..
2.Papa dan mama mengucapkan selamat menyambut hari ulang tahun kelahiran. Semoga CT sentiasa diberikan kesihatan tubuh badan dan akal fikiran dan dapat mengharungi kehidupan dengan penuh tabah dan keyakinan.
3. Dalam usia yang sebegini sudah tentu ct telah mengumpul banyak pengalaman, ada yang sukar, duka, pahit, dan seronok, manis, gembira dan menyenangkan. Itu adalah asam garam dalam sebuah kehidupan .
4. Kami semua disini berdoa semoga ct dapat menghadapi peperiksaan dengan tenang dan dapat menjawab segala soalan denga betul dan mendapat kejayaan yang cemerlang. Semoga Allah memperkenankan doa ct dan papa mama , kakak Ira dan kakak Jaja dan Beman.
5. Tadi ambil buah durian di kebun. Tengah kutip durian sama Beman, tiba-tiba sebiji durian menghempap atas bahu papa. Tergaris sedikit.Beman pulak bila melangkah parit kecil hampir masuk dalam parit yang terlalu dalam. Nasib baik papa cepat tangkap tangan dia. Kalau tidak, tak tau apa akan terjadi. Jadi papa jadi hero menyelamtakan anak.
6. Nampaknya tahun ini pokok dorian banyak berbuah. Tak tahulah ct sempat atau tidak bila balik nanti.
7. Sekali lagi kami semua mengucapkan selamat hari jadi ct yang ke 21. Jadi anak soleha. Sentiasa ingatkan Allah , taat pada perintahnya. Sayangkan Rasullullah, ikut sunahnya,
SELAMAT HARI JADI YANG KE-21 , PANJANG USIA, MURAH REZKI, JADI ANAK SOLEHA DAN BERJAYA CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN. AMIN.

Selasa, 12 Julai 2011
Rupa-rupanya Tenaga Tidak Seperti Dulu.
Hari ini saya tiba-tiba berasa pening dan pitam semasa mendukung cucu. Nasib baik ada isteri dan anak untuk membantu. Kalau tidak apakan terjadi pada cucu, Allah saja yang tahu. Saya terus terduduk mahu rebah. Isteri sempat membantu memicit kepala dan menyapu minyak angin. Alhamdulillah, tiada apa-apa yang tidak diingini berlaku.
Sebelum itu saya telah membuat kerja tidak sepadan dengan tenaga yang ada.
Maka setelah reda sedikit saya mahu menulis begini:
"Setiap hari kita akan melihat wajah kita dalam cermin semasa bersiap-bersiap merapi rambut, misai mahu pun janggut. Itu bagi lelaki yang mempunyai sifat-sifat sedemikian. Bagi lelaki yang tidak bermisai , berjanggut dan yang botak lain pula rapiannya semasa berhadapan dengan cermin. Wajahnya yang diapaparkan oleh cermin itu juga menjadi tumpuan matanya.
Begitu juga perempuan atau wanita yang berdandan, yang biasanya mengambil masa yang lama berbanding lelaki, akan tidak gagal menatap wajahnya yang terpapar dalam cermin.
Tapi kita tidak pula pernah memikirkan apakah wajah kita itu telah menunjukkan perubahan setiap kali terpapar dalam cermin itu. Yang kita mahu lihat ialah wajah kita itu akan memberikan sesuatu yang enak dan sedap untuk dipandang, kita sendiri, dan lebih-lebih lagi untuk orang lain.
Dengan demikian selalunya kita merasakan peristiwa yang telah lama berlalu misalnya semasa zaman kanak-kanak dulu hanya satu peristiwa yang baru saja berlaku.
Apabila kita menyedari bahawa ianya satu peristiwa yang lama, peristiwa pada zaman kanak-kanak maka pada masa itulah kita mula mengatakan bahawa cepat sungguh masa berlalu. Dan kita mula meraba-raba anggota badan kita terutama anggota yang selalu kita lihat dalam cermin iaitu wajah kita. Sudah tentu kepala kita antara yang menjadi sasaran rabaan kita. Rupanya tangan kita mula merasa yang rambut kita telah mula menipis.
Kemudian cuba pergi berhadapan dengan cermin. Memang sah . Bukan saja menipis malah ada yang telah bertukar warna, hitam menjadi putih, sudah banyak uban. Pada masa itu barulah kita mengaku bahawa selama ini kita cuma memandang wajah dicermin dengan memberikan tumpuan bagi mendapatkan wajah yang sedap mata memandang sehingga kita lupa akan perubahan pada wajah yang telah dimakan usia.
Ya, ada diantara kita cuba berikhtiar untuk mendapat wajah yang dikatakan awet muda dengan berbagai cara. Sudah tentu melibatkan belanja. Besar atau kecil belanja adalah bergantung kepada setakat mana tumpuan yang kita berikan kepada sedap mata memandang.
Cuma dengan memandang wajah kita dalam cermin itu , kita mesti percaya dan ingat selalu bahawa masa yang berlalu akan tetap mengajak wajah kita bersama. Maknanya wajah kita hari ini akan menjadi semalam pada esok harinya, dan seterusnya menjadi basi bersama dengan perjalanan masa, dimakan usia.
Kalau begitu tidak perlu terlalu keterlaluan kita memberikan tumpuan kepada sedap mata memandang. Lagi pun mata kita pun tidak sejernih seperti dahulu.
Itu mengenai sedap mata memandang. Bagaimana pula dengan kudrat dan tenaga?
Sebenarnya kudrat dan tenaga yang mula-mula sekali memberi isyarat akan tahap usia kita. Semakin berusia semakin kuranglah kemampuan kita untuk melakukan kerja-kerja yang berat. Kita mudah rasa letih dan penat. Dan kalau kita masih berdegil lagi dan mahu meneruskan kerja seperti dahulu, risikonya amat tinggi sekali. Boleh rasa pening kepala dan pitam kerana paru-paru kita tidak bekerja sebaik dulu, oksigen tidak masuk selancar dahulu.
Maka apabila kita memandang wajah dalam cermin jangan tumpu sangat kepada sedap mata memandang sehingga kita terlupa wajah kita telah dimakan usia. Dan apabila kita mula cepat merasa penat dan letih sedangkan dahulu tidak begitu maka jangan kita berdegil untuk terus melakukan kerja yang sememangnya bukan lagi layak bagi kita melakukannya".

Langgan:
Catatan (Atom)