Theflowersellingboy

Rabu, 27 Mac 2013

Memilih Kerjaya dan Menjadi Anak Soleh/Soleha

Sekarang maklumat mengenai sesuatu kerjaya mudah diperolehi. Tidak seperti masa saya dulu. Soal kerjaya atau memilih kerjaya tidak pernah difikirkan oleh ibubapa apa tah lagi anak-anak. Mereka hanyut mengikut arus. Apa yang datang itulah kerjaya. Mereka lebih terpengaruh kepada pendedahan persekitaran. Satu persekitaran yang sempit dan terhad. Ibubapa dan jiran sekampong adalah persekitaran yang banyak mempengaruhi mereka. 

Dan yang paling sempit dan terhad ialah mereka yang tinggal di kampong dikawasan pedalaman yang tidak banyak mempunyai hubungan dengan orang/pihak luar. Rujukan mereka adalah pada ibubapa , keluarga dan jiran sekampong. Ertinya jika menjadi ketua kampong , penghulu, tok imam, guru, polis, askar, kerani, budak pejabat dan pekerja pejabat yang lain sebagai yang terbaik dari segi status sosial dan ekonomi maka mereka ini banyak mempengaruhi 'cita-cita' anak-anak kampong dalam memilih kerjaya.

Tidak kurang juga peranan yang dimainkan oleh  Jabatan Penerangan semasa menayangkan filem-filem di kampong misalnya pada zaman darurat  yang menaikkan semangat anak-anak muda untuk berkhidmat dalam pasukan keselamatan bagi menentang kominis.

Itu saja pendedahan yang ada. Jangan cakap fasal dunia perniagaan atau dunia korporat. Kalau pun ada cerita usahawan hanyalah dalam bentuk menerima bantuan baja dari RISDA untuk projek tanam semula.

Begitulah halnya anak-anak mengejar cita-cita dan kerjaya  mereka. Bahkan disekolah apabila murid-murid diminta membuat karangan mengenai cita-cita masa depan mereka, cita-cita yang di sebut tidak lari dari apa yang mereka lihat dipersekitaran- menjadi guru,askar dan polis misalnya. Ibubapa tidak pula bertanya apakah cita-cita anak-anak mereka, tidak seperti ibubapa sekarang yang banyak memberi bimbingan dan inspirasi kepada anak masing-masing dalam mengejar cita-cita.

Saya dulu bercita-cita untuk menjadi polis. Sebab bapa saya bekerja dalam pasukan keselamatan. Kemudian apabila Jabatan Penerangan datang ke kampong menayang filem propagandanya beserta dengan kempen untuk merekrut tentera laut, cita-cita saya bertukar dari menjadi seorang polis kepada tentera laut pula. Masih lagi dalam pasukan keselamatan. Maknanya persekitaran telah membentuk saya untuk memilih polis dan tentera laut sebagai kerjaya.

Perlu dimaklumkan ketika itu pendedahan saya telah sedikit meluas iatu ketika itu saya bersekolah di bandar di tingkatan tiga, sedang bersedia untuk menduduki peperiksaan LCE atau SRP.

Akhirnya apabila lebih terdedah lagi, cita-cita saya telah menjadi berbagai. Mahu jadi akauntanlah, mahu jadi pensyarahlah, mahu jadi macam-macam. Semuanya tanpa bimbingan sama ada dari pihak sekolah atau mana-mana pihak sekali pun. Akhirnya saya ikut arus saja. Ertinya ikut kawan-kawan. Tiada matlamat sendiri.

Cara saya ini amat merugikan dari segi potensi diri. Kebanyakan kawan-kawan suka pada perkara yang mudah-mudah. 'Buat apa susah-susah ambil jurusan sains', antara kata-kata yang selalu dihebuhkan. 

Tapi sekarang, sungguh banyak bezanya. Banyak maklumat yang boleh membimbing anak-anak untuk mengejar cita-cita dan kerjaya yang dipilih. Ibubapa juga mempunyai kesedaran yang tinggi dan selalu menjadi inspirasi kepada anak-anak. Ibubapa akan bertanya misalnya, 'dah besar nak jadi apa?' Ada anak-anak yang mengatakan hendak jadi ahli sains, jurutera, doktor, geologis dan macam-macam lagi. Satu ketika dulu kerjaya sebagai doktor menjadi pilihan kerjaya yang popular.

Ada juga ibubapa tidak berapa minat dalam hal menentukan atau menanyakan soal kerjaya anak-anak mereka. Katanya yang penting anaknya menjadi anak yang soleh atau soleha.

Saya rasa, ini satu sikap yang mentafsirkan bahawa kerjaya sebagaimana yang  disebutkan diatas misalnya menjadi seorang jurutera atau doktor, anak-anak itu tidak mampu untuk menjadi anak yang soleh atau soleha. Ini adalah sikap yang salah. Apa saja kerjaya misalnya menjadi tukang kebun, buruh kasar, perdana menteri atau sebagainya, ibubapa adalah bertanggungjawab untuk mendidik anak-anak itu kearah menjadi anak yang soleh/soleha. Dan anak-anak itu mesti menuju ke arah itu, tidak kisahlah dianya seorang doktor atau jurutera.

Belajar dalam bidang selain dari jurusan agama tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak menjadi anak yang soleh/soleha. Dan belajar dalam jurusan agama juga tidak secara otomatik menjadikan anak-anak itu anak yang soleh/soleha. Maknanya bidang pembelajaran tiada  sangkut paut dalam menentukan anak-anak itu menjadi anak yang soleh/soleha.       

Jadi soalnya sekarang ialah bidang mana yang amat diperlukan. Perlu bagi kejayaan diri. Maknanya mempunyai permintaan pasaran yang baik dan upah/bayaran yang baik yang boleh meningkatkan kemampuan kita untuk melakukan kerja-kerja kebaikan termasuk membantu orang tua kita yang susah atau orang lain yang memerlukan bantuan. 

Kita mampu membayar zakat yang lebih besar jika kita mempunyai kerjaya yang baik berbanding yang mempunyai pendapatan yang rendah. Kalau kita seorang arkitek misalnya, sudah tentu semasa menyediakan lukisan tata atur pelan bangunan, kita akan mengambil kira arah kiblat, misalnya. Syaratnya ialah kita juga mesti mempelajari ilmu Islam walaupun kita bukan dalam jurusan agama. Maknanya untuk mendalami Islam ianya bukan monopoli pelajar dalam bidang agama saja. Semua orang wajar melakukannya.

Jadi tidak salah jika kita membimbing atau memberi ransangan kepada anak-anak untuk menjurus ke satu-satu bidang sama ada bidang agama mahupun bidang yang lain. Yang penting bidang yang kita ransangkan itu mempunyai potensi yang lebih untuk mendapat pendapatan yang terbaik dan mempunyai permintaan yang tinggi. 

Menjadi seorang arkitek, jurutera, peguam, akauntan, doktor dan yang lain-lainnya adalah juga sama dengan menjadi seorang ustaz dari segi berbakti kepada diri, masyarakat, negara dan agama. Semua akan dihadiahkan pahala oleh Allah SWT jika melakukan suruhan Allah dan meninggalkan apa yang dilarang. Mereka juga boleh menjadi anak yang soleh/saleha. Sebaliknya mereka juga dihukum berdosa kalau melanggar perintah Allah SWT. Dan mereka juga tidak akan menjadi anak yang soleh/saleha jika berbuat sedemikian.

Maka adalah satu pandangan yang silap jika kita mengatakan pilihan kerjaya itu tidak penting. Yang penting hanya menjadi anak yang soleh/soleha.

Macam mana kita boleh melakukan banyak kebaikan dan seterusnya menjadi anak yang soleh/soleha jika kita jadi orang miskin atau tidak mempunyai banyak kemampuan kerana pendapatan kecil untuk menolong ibubapa dan orang-orang yang memerlukan?       

Soalnya mana lebih baik menjadi seorang arkitek yang mengamalkan perintah Allah berbanding dengan menjadi seorang buruh yang juga mengamalkan suruhan Allah? Atau menjadi seorang kaya yang mengamalkan suruhan Allah dengan menjadi seorang miskin yang mengamalkan suruhan Allah?

Jadi untuk menjadi anak yang soleh/soleha ianya bukan menjadi monopoli sesuatu bidang pengajian dan kerjaya. Semua boleh menjadi anak yang soleh dan soleha. Syaratnya turutilah perintah Allah SWT.

    

  

Selasa, 26 Mac 2013

Pilihlah Pendekatan Mana Yang Berkenan DiHati Untuk Diberi Undi

BARISAN NASIONAL (BN)                PAKATAN RAKYAT (PR)
1. Manifesto-                                          Telah ada dengan tema
belum ada, tunggu                                   Pakatan Harapan Rakyat
parlimen dibubarkan.Bila?

2. Isi kempen-                                         Menawarkan Dasar dan
Program Transformasi Kerajaan-           Program untuk
ProgramTransformasi Ekonomi-            kesejahteraan rakyat
katanya berjaya 

Memberi berbagai bantuan kepada        Dasar Pelajaran Percuma, 
rakyat berpendapatan rendah sekali      Hapus PTPTN,
dalam tempoh/penggal parlimen            Mengurangkan kos sara
misalnya BR1M500.00 dan yang          hidup melalui- turun
seumpama dengannya (1M).                 harga minyak,                                                                                          hapus hutang PTPTN,
                                                              hapus tol cara berperingkat,
                                                                                             turun harga kereta,
                                                                                             menghapuskan monopoli
                                                                                             perniagaan yang bertumpu
                                                              kepada bilangan kecil orang
                                                              berkepentingan yang dekat 
                                                              dengan sumber kuasa,
                                                              memberi permit teksi
                                                              kepada individu,
                                                              mengkaji semula perjanjian
                                                                                             konsessi yang berat sebelah
                                                              misalnya IPP sehingga 
                                                              menyebabkan rakyat 
                                                                                              membayar kadar harga
                                                              letrik yang tinggi sedangkan
                                                              pemegang konsessi
                                                              mendapat untung besar.
                                                                 
Meluluskan berbagai projek                Berjanji membina                
segera seperti bantuan membina         rumah kos mampu milik,
masjid, sekolah Tamil dan Cina

Memerangi rasuah                              Memerangi rasuah
(tapi perbuatan rasuah                        seperti yang
berleluasa)                                          ditunjukkan di negeri
                                                           negeri pentadbiran PR
                                                           (rujuk Laporan Ketua 
                                                            Odit Negara)

Menimbulkan rasa bimbang             Memperjuangkan hak semua
dan takut dikalangan rakyat             rakyat,
misalnya masa depan Melayu         
dan Islam akan terjejas,
hukum hudud akan dilaksanakan,
pergeseran antara kaum, huru
hara dan menjejaskan 
kehidupan yang aman,
menimbulkan kebencian,
melakukan keaiban dan fitnah
keatas peribadi lawan melalui
pembikinan video seks,
menuduh pembangkang
khususnya Anwar Ibrahim
pengkhianat negara
dengan dakwaan menjadi
ejen kepada berbagai 
pihak misalnya Yahudi,
ejen Sultan Sulu,
menjual negara kepada
orang Cina dan berbagai lagi.        

3. Jentera /peralatan Kempen
menggunakan media arus perdana        menggunakan jentera            
seperti semua saluran tv, akhbar,          parti, gunakan bas,
Agensi kerajaan termasuk                     terller dan lori.
alat kelengkapan, kenderaan
dan ruang bangunan.
Blogger upahan,
Jentera parti
(bergerak bersama ajensi
kerajaan. Ada setengah 
bersendirian dan lancar, dan ada
yang tidak bergerak).                           

4. Kacau Ganggu
menghalang lawan ke satu-satu          hanya menyampaikan 
majlis, mengugut dan mencedera       apa yang akan dilakukan
lawan dengan lemparan                      jika dipilih untuk
berbagai objek, mengganggu              menerajui negara
majlis lawan dengan membuat           dan negeri demi
bising menggunakan                           kebaikan rakyat dan
bunyi motorsikal dan                         negara.
majlis nyanyian.    

5. Tema Kempen
Negara akan bengkrap jika               Pakatan Harapan Rakyat
PR berkuasa

Dua pendekatan untuk mendapat kuasa telah dipaparkan diatas diantara BN dan PR. Kedua-duanya mahukan kuasa dari rakyat melalui peti undi pada pilihanraya ke 13 nanti untuk menerajui negara. BN telah diberi peluang lebih 55 tahun memerintah. PR hanya baru diberi peluang mentadbir 4 negeri. Bandingkan negeri-negeri yang ditadbir oleh BN dengan negeri-negeri dibawah PR. Buat penilaian secara berlapang dada. Gunakan dokumen rasmi kerajaan seperti Laporan Ketua Odit Negara.

Anda yang menentukan masa depan negara. Kalau mahu anak cucu kita dibebankan hutang pilihlah BN. Kalau mahu kos sara hidup kita tidak membebankan , pilihlah PR.

Saya Berjaya Melakukannya" Meneruskan Senaman Pagi

Saya menepati janji. Berjanji pada diri sendiri dan sendiri tunaikan. Sungguh seronok sekali.

Semalam saya berjanji untuk melakukan senaman selepas Subuh sebagai satu dari sebab saya kembali duduk di rumah sendiri melepaskan tanggungjawab menjaga cucu di Putra Jaya. Pagi ini selepas Subuh saya melakukannya. 

Tapi saya tidak melakukan di luar rumah kerana semua t-shirt berlengan panjang masih lagi belum dibasuh. T-shirt berlengan panjang , track suit dan kasut sukan adalah tiga peralatan senaman yang mesti ada jika mahu melakukan senaman di luar rumah bagi mengelakkan gigitan nyamuk.

Senaman dilakukan di dalam rumah dengan melakukan gerak jalan cepat turun naik rumah. Saya lakukan sebanyak 100 kali turun naik dari tingkat atas ke bawah. Paling 'mendera' ialah turun naik tangga yang jumlah mata tangganya sebanyak 13. Jarak setiap mata tangga ialah 1 kaki. Masa yang diambil untuk 100 kali turun naik ialah 40 minit. Berpeluh, lencun , basah seluar dan baju. Berbaloi sebab anggota badan terasa segar.

Maknanya tidak ada alasan untuk tidak melakukan senaman pagi. Pertama, kita wajib bangun pagi untuk solat subuh. Jadi tidak timbul soal tidak bangun pagi. Kalau diluar rumah ada nyamuk, atau atau waktu hari hujan, kita boleh melakukan di dalam rumah. Tidak perlu mencari park atau lapangan rekreasi untuk melakukan senaman. Boleh saja melakukan di kawasan rumah atau dalam rumah. Jika rumah agak kecil dan sempit, lakukan dikawasan lapang berhampiran rumah. Boleh mengelakkan kos perjalanan ke kawasan park/rekreasi yang jauh dari rumah.

Saya akan terus lakukan senaman ini setiap pagi, insyaAllah. Ini adalah cara menjaga kesihatan yang paling murah. Tidak perlu beli mesin/peralatan yang mahal bagi membakar tenaga dan menghancur kolestoral. Kadang-kadang mesin yang mahal itu dipakai seminggu dua saja, lepas itu timbul rasa jemu dan terbiar begitu saja. Misalnya saya pernah membeli sebuah basikal kayuhan
statik yang diletakkan diruang tv. Menurut yang menjual basikal itu , sambil menonton tv , saya bolehlah melakukan kayuhan. Jadi tidak perlu keluar rumah. kata-katanya amat menarik dan ada kebenaran.

Tapi setelah saya lakukan selama hampir 3 bulan, telah mula timbul perasaan jemu walaupun sambil menonton tv. Maka mulalah kayuhan itu dibuat sekali sekala dan akhirnya basikal itu terbiar begitu saja sehingga sekarang ini buat menyemakkan ruang tv.

Sebenarnya basikal itu tidak salah. Yang salah saya sendiri kerana mudah rasa jemu mengayuh basikal yang tidak bergerak. Itu saja. Ada saja alasan, jika tidak mahu melakukannya.

Tapi tentang senaman berjalan cepat ini, perasaan jemu belum lagi menguasai diri saya. Kalau adapun ialah perasaan sedikit malas jika badan rasa letih disebabkan melakukan kerja-kerja membersih rumah. Jika tidak ianya amat menyeronokkan.

Alhamdulillah, berjaya juga saya melakukannya pada pagi ini. Itulah harapan saya dan isteri untuk balik ke rumah sendiri, melepaskan tanggungjawab menjaga cucu di Saujana Aster, Putra jaya.