Theflowersellingboy

Khamis, 5 September 2019

Membina Perspektif Rukun Politik Yang Baru.



MUKADDIMAH

Perkembangan politik tanah air ketika ini, menurut penilaian saya, tidak banyak membantu kearah pembinanan sebuah peradaban bangsa, pembinaan sebuah negara bangsa yang bersatu padu, hidup aman damai berlatarbelakangkan kepelbagaian yang diikat dalam sebuah kontrak sosial.

Jangan silap. Saya tidak mengatakan kerajaan sekarang telah gagal dalam melaksanakan tanggungjawab setelah diberikan mandat untuk menerajui negara selepas PRU 14.

Tidak adil dan terlalu emosional jika dalam tempoh baru setahun lebih ditampok pemerintahan , kita memberi penilaian GAGAL kepada Kerajaan Pakatan Harapan (PH). 

Penilaian yang lebih adil ialah dengan memberi peluang kepada PH meneruskan  agenda membina dan membangunkan negara demi kemakmuran dan kesejahteraan rakyat. 

Ertinya semua pihak termasuk pembangkang wajar bersama-sama terlibat dalam meneruskan agenda membangunkan negara dengan bertindak sebagai pembangkang yang bertanggungjawab bagi menentukan kekayaan negara ditadbirurus dengan cekap, baik , adil tanpa salahguna, pembaziran, kebocoran, ketirisan  dan penyelewengan.

Peranan Pembangkang sebagai Semak, Imbang dan Sumbangsaran.

Semua pihak, kerajaan dan pembangkang mestilah mengelak dari membangkit dan menyemarakkan emosi kebencian antara agama dan kaum.

Ianya amat berbahaya sekali!

KONTRAK SOSIAL MEMBENTUK KEPELBAGAIAN. INI ADALAH HAKIKAT. REALITI YANG TIDAK PERLU DAN TIDAK BOLEH DINAFIKAN.

TAPI JANGAN LUPA KEPADA SEJARAH. BAHAWA PENDUDUK ASAL NEGARA KITA YANG DIKENAL SEBAGAI TANAH MELAYU ADALAH ORANG MELAYU. INI JUGA HAKIKAT YANG TIDAK PERLU ATAU BOLEH DINAFIKAN.

ERTINYA SEMUA PIHAK KENA TERIMA HAKIKAT BAHAWA PEMBENTUKAN NEGARA KITA ADALAH DIATAS PERSETUJUAN DUA KELOMPOK BANGSA IAITU ORANG MELAYU (PENDUDUK ASAL) DAN BUKAN MELAYU (ORANG MENDATANG) MENURUT TERMA DAN SYARAT SEPERTI YANG TERDAPAT DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.

Ertinya selain dari Melayu adalah bukan orang asal. Mereka adalah orang yang datang ke Tanah Melayu  yang dibawa masuk dari negara lain seperti Cina dan India oleh penjajah sebagai pekerja dibeberapa sektor ekonomi demi kepentingan penjajah mengaut kekayaan negara ketika itu.

Fakta dihadapan mata adalah jelas. Mengapa perlu diungkitkan perkara yang telah dipersetujui bersama.

Dengan itu, ayuh kita mara ke hadapan...move on..., Kerajaan dan pembangkang tanpa mencari sebab dan alasan serta memilih jalan yang menyebabkan pembinaan negara bangsa menjadi tersekat dan bantut hanya semata mata bagi memuaskan nafsu politik masing masing dengan menggunakan emosi kaum dan agama menyemarakkan kebencian,

KERAJAAN ADA TANGGUNGJAWAB UNTUK MELAKSANAKAN JANJI.

PEMBANGKANG ADA TANGGUNGJAWAB SEBAGAI SEMAK IMBANG DAN SUMBANGSARAN AGAR TADBIRURUS NEGARA BERADA PADA TREK YANG BETUL.

Usah sibuk sibuk berpolitik yang taksub kepada Rukun Politik:
1. Politik adalah seni serba boleh
2. Tidak ada kawan dan lawan yang berkekalan dalam politik
3.Matlamat menghalalkan cara.

Keluarlah dari kotak politik diatas.

...........bersambung........

Rabu, 4 September 2019

RUKUN POLITIK YANG SIHAT LAGI MEMBINA: Satu Saranan




Saya menyeru kepada semua pemain politik tanah air agar keluarlah dari Kotak Politik  yang MERUKUNKAN bahawa :
1. Politik adalah Seni Serba Boleh
2. Tiada musuh dan kawan yang berkekalan
3. Matlamat menghalalkan cara

jika kita semua mahu melihat negara kita terus berada dalam keadaan aman damai, rakyatnya yang bersatu. Bahawa ketika ini, api kebencian semakin marak dan terus dimarakkan hanya kerana mahu berkuasa dan mengekalkan kuasa.

Api yang marak ini menunggu sahaja curahan petrol untuk terus menjulang membakar rumah kita yang bernama Malaysia. Malang sekali ada sebahagian dari kita begitu ghairah untuk mencurah petrol itu.

Akhirnya menang jadi arang dan kalah jadi abu.

Berhentikan politik seperti ini. 

FIKIR FIKIRKANLAH WAHAI RAKYAT MALAYSIA!

Anuti dan amalkan rukun politik yang lebih sehat dan membina.

Apa itu Rukun Politik yang sihat lagi membina?

Ikuti kupasan pada paparan esok.


Selasa, 3 September 2019

Fikir-fikirkanllah.....




Fikir-fikirkanlah......

Itu harapan saya kepada semua rakyat Malaysia terutama pemain politik , baik yang mahu menyerah kuasa atau yang mahu memilikki kuasa.

"Tidakkah kamu mahu berfikir?" Firman Allah yang sentiasa menyeru untuk kita berfikir.

Sesungguhnya Rukun Politik Ketiga yang menjadi pegangan sebahagian besar kita iaitu 'cara menghalalkan matlamat', lebih membawa keburukan dari kebaikan.

Walaupun pegangan ini sentiasa menjadi kutukan, ianya terus diamalkan termasuk mereka yang mengutuk semata-mata mahu berkuasa atau mengekalkan kuasa. Maka digunakan berbagai alasan dan hujah bagi menjastifikasikan amalan kotor itu sehingga ada yang tergamak menggunakan hujah demi bangsa , agama dan  Raja.

Dihebuh dan diwarwarkanlah bahawa bangsa itu dalam bahaya. Agama dalam bahaya. Institusi Raja dalam bahaya. 

Malang sekali hujah ini diterima bulat-bulat oleh sebahagian besar pentaksub tanpa membuat semakan dan penelitian dengan menggunakan akal yang waras.

Bertambah malang lagi apabila ada pihak yang bertentangan, membangkitkan perkara yang telah sama dipersetujui semasa negara mencapai kemerdekaan. Perkara tentang tulisan jawi pun mahu ditentang.

Apakah terlalu besar sangat pengurbanan, kalau itu mahu dikatakan pengurbanan bagi menerima tulisan jawi.

Ingat akan pantun Melayu ini, jika tidak tahu atau  sudah tiada dalam ingatan sekarang kerana ditelan rasa kesombongan dan tidak mengenang budi, saya turunkan dibawah ini:

Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji diatas peti
Hutang emas boleh dibayar 
Hutang budi dibawa mati

Ingatlah budi orang semasa kita mahu belas ikhsan!

Tapi, apa yang berlaku sekarang ialah banyak pihak yang telah sesat jalan. Mereka mesti balik ke pangkal jalan. Ingat semula dimana kita bermula, asal usul kita. Siapa kita sebenarnya. Apakah yang telah kita bersetuju bersama sebelum kita membentuk satu pasukan untuk memula dan meneruskan perjalanan kearah pembinaan negara yang sejahtera dan rakyat yang bersatu padu.

JANGAN LUPA KEPADA PEGURBANAN . IANYA TERLALU BESAR BERBANDING DENGAN ISU ISU REMEH SEPERTI TULISAN JAWI dan ZAKIR NAIK.

Harap faham maksud pengurbanan. Siapa yang berkurban.

Jadilah manusia yang merasa terhutang budi. 

Bukan mengungkit, tapi untuk meyedarkan perkara yang telah dipersetujui bersama.

Kepada satu pihak yang lain, usahlah memainkan isu agama, bangsa/kaum dan institusi Raja bagi menyemarakkan rasa kebencian.

Malang sekali pemain politik kita amat suka perkara perkara yang menaikkan emosi kebencian antara kaum untuk mendapat sokongan kaum masing masing.

Matlamat mereka ialah untuk mendapat sokongan mereka yang taksub. Mereka percaya itulah cara terbaik untuk mendapatkan sokongan. Kerosakan negara, bukan jadi pertimbangan. Mereka orang tidak mahu berfikir.

Amat malang sekali jika Rukun Politik 'cara menghalalkan matlamat'  menjadi pegangan kita rakyat Malaysia.

TOLAK TIGA RUKUN POLITIK ini. Keluar dari kotak politik ini. Dan berhijrah kepada rukun politik  yang boleh mensejahterakan negara dan rakyat.

............bersambung.....