Internet down. Pada mulanya saya sangka kerana ditembak petir. Rupanya tiada kena mengena. Itulah ruginya orang yang tiada ilmu.
Saya sambung kisah mencari ruang sujud.
Di Madinah kami menginap di Hotel Mellinium, dekat sangat dengan masjid Nabawi. Kami tempah 2 bilik , saling bersambung (interconnecting).
Hotel disini amat pelik. Jika duduk 3 orang dalam 1 bilik bayarannya lebih mahal berbanding menempah 2 bilik. Sebab itu kami tempah 2 bilik yang saling bersambung untuk 3 orang.
Kami sedar bahawa untuk kami mengerjakan umrah bukan perkara yang mudah. Ia perlukan wang yang banyak. Ia perlukan tubuh badan dan akal fikiran yang sihat. Dan sudah tentu ia perlukan keinginan yang kuat, dengan izin Allah untuk mengerjakan umrah.
Kali terakhir kami mengerjakan haji/umrah ialah pada tahun 2010. Setelah 8 tahun alhamdulillah, sekali lagi dengan izin Allah kami dapat mengerjakan umrah.
Purata belanja yang ditawarkan oleh syarikat pakej umrah lebih kurang 6 ke 10 ribu ringgit bagi jangka waktu 10 hingga 12 hari. Segala program diatur dan disusun oleh syarikat, termasuk makan minum, tempat kediaman dan ziaarah. Bermakna kita sebagai ahli kepada pakej itu tidak ada pilihan melainkan apa yang ditawarkan oleh syarikat.
Kami berpendapat kami tidak mampu mengikut program yang disusun oleh syarikat. Mungkin kami akan mengganggu kelicinan program itu kerana antara lain kami tidak secergas seperti dulu. Kami tidak mampu menepati masa yang telah dijadualkan.
Kami perlu masa yang kami sendiri atur berdasarkan keperluan kami sendiri. Dalam lain perkataan kami mahu atur jadual kami mengikut kemampuan fizikal dan keselesaan kami.
Sebab itu kami tempah hotel yang berdekatan. Kami pilih tempat ziarah. Kami pilih dan atur makanan kami.
Ya, sudah tentu kosnya lebih dari kos pakej.
Kami bersyukur kerana mempunyai simpanan yang mencukupi. Bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada anak-anak yang memberi belanja setiap bulan yang mana sebahagiannya kami simpan.
Oleh itu kami mestilah mengaturkan sebaik mungkin jadual melaksanakan ibadat kami, agar , dengan izin Allah kami dapat melakukan yang terbaik untuk mendapat keredhaan Allah.
Kami tentukan i) waktu ke masjid dan berapa lama berada dalam masjid. ii) Menentukan tempat berjumpa setelah keluar masjid agar kami tidak cari mencari dan tunggu menunggu, membazir masa. iii) Ruang masjid yang menjadi pilihan utama, sudah tentu raudah antaranya. iv) Menziarahi makam rasullullah dan sahabat. v) Dan tempat yang perlu dilawati di luar masjid Nabawi dan sekitar Madinah.
Itulah yang kami rancang demi mendapat keredhaan Allah.
Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik. Kecuali...
Ya, kami merancang dan Allah menentukannya.
Dua ruang yang kami berhajat sungguh ialah raudah dan makam rasullullah.
Tapi akhirnya...
Saya tidak dapat ke raudah. Saya juga hampir sesak nafas semasa berada dan melalui dihadapan makam rasullullah. Dan membuat keputusan tidak akan mengulangi lagi ke ruang itu,
Isteri dan anak juga tidak berani ke makam rasullullah kerana bilangan jemaah yang ramai yang berhimpitan bertolak-tolakan.
Penungguan untuk dapat masuk ruang raudah terlalu lama, membuatkan isteri dan anak menarik diri. Lagipun ruang yang terdapat kenyataan bertulis yang dikhaskan untuk jemaah Malaysia dan Indonesia dari jemaah negara lain (mungkin berdasarkan saiz fizikal jemaah Malaysia dan Indonesia yang kecil) telah diturut sama oleh jemaah negara lain. Isteri dan anak tidak berani mengambil risiko berebutan ruang.
Akhirnya apa yang dihajati tidak kesampaian.
Kami tidak kecewa kerana kami telah berusaha. Mungkin itu yang telah ditentukan Allah.
Cuma dalam fikiran saya bermain beberapa persoalan untuk jemaah umrah/haji dan orang Islam seluruhnya:
i) Mengapa tidak berkongsi ruang raudah
ii) Mengapa tidur dan berlunjur kaki sehingga mengambil ruang yang lebih luas yang mengakibatkan jemaah yang lain tidak mempunyai ruang untuk sujud.
iii) Mengapa ruang itu diletakkan objek seperti kain dan beg sedangkan tuan punya objek itu tidak ada bersama seolah-olah ruang itu sudah ditempah dan orang lain tidak boleh berada disitu.
iv) Mengapa perlu bertolakan sewaktu berada dan melalui dihadapan makam rasullullah, dan tidak menurut arahan pegawai keselamatan yang bertugas.
v) Mengapa perlu berselfi di makam rasullullah sehingga boleh mengganggu arus dan laluan serta membahayakan orang lain.
Saya bertanya hal-hal tersebut diatas kerana pengalaman yang lepas mengingatkan saya bahawa perkara-perkara yang dinyatakan itu, melainkan berselfi, bukan perkara baru, diulang dan berlaku setiap masa yang melibatkan ibadat haji dan umrah.
Sekarang berselfi pula. Satu kegemaran yang tidak sepatutnya dilakukan misalnya dilaluan makam rasulullah.
Jika ada yang menjawab bahawa yang penting ialah diri dapat melakukan ibadat, dapat memaksimakan pahala. Apa cara akan digunakan. Mesti berani waemah boleh membahayakan diri. Orang lain, tidak perlu ada dalam pertimbangan. Itu hal mereka.
Jika itu jawapannya, maka orang yang fizikal kecil, yang tidak ada tenaga dan kekuatan serta usia tua mempunyai peluang yang kecil untuk mendapat ruang seperti di raudah untuk sujud.
Apapun jawapannya , sewajarnya kita perlu akui bahawa sebahagian dari jemaah haji/umrah tidak mempunyai ilmu dan kefahaman yang baik tentang adab dan tertib dalam melakukan ibadat. Rasanya tidak melampau saya katakan bahawa kita atau jemaah perlu mempertingkat ilmu dan berdisiplin.
Itu cerita di Madinah. Berikut nanti cerita di Mekah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan