Benarkah kenyataan bahawa kemiskinan membuatkan seseorang itu melakukan jenayah?
Bagi saya ada kebenaran kenyataan tersebut. Tapi tidak semuanya benar.
Benar tapi tidak semuanya benar? Apa maksudnya?
Saya cuba mengusahakan jawapan dengan melihat negara kita Malaysia.

Menurut Global Finance, Malaysia ditempat 55/184 dari segi ukuran kaya miskin sesebuah negara didunia ini. GDP per capita Malaysia diukur dari segi Pariti-Kuasa- Beli (Purchasing-Power-Parity -PPP) adalah sebanyak US 17,775.70, dan Malaysia dikategorikan sebagai negara berpendapatan pertengahan rendah per capita (medium GDP per capita -PPP). Berbanding dengan Singapura yang menduduki tempat ke 3/184, GDP per capita (PPP) adalah sebanyak US 61,567.28, yang masuk dalam kategori GDP per capita (PPP) tertinggi (Highest GDP per capita -PPP).
Perbezaan pendapatan diantara Singapura dan Malaysia begitu jauh sekali, melebihi 3 kali ganda, walaupun dulunya Singapura adalah sebahagian dari Malaysia. Kita telah jauh tertinggal.
Berbanding dikalangan negara-negara ASEAN, kedudukan kita adalah ditempat ke 3, selepas Singapura -US61567.28, Brunai -US 55,663.47, dan diikuti Thailand US 10,848.74, Indonesia US 5,302.03, Filipina US 4,691.15, Vietnam US 3,750.00, Laos US 3,260.59, Kemboja US 2,579.06 dan Myanmar US 1,490.53.
Malaysia dikategorikan sebagai negara berpendapatan pertengahan rendah. Secara relatif kita adalah miskin berbanding dengan Singapura, sebuah negara pulau yang tidak kaya dengan sumber alam. Dan kita adalah lebih baik dari negara-negara ASEAN yang lain dari segi ukuran pendapatan. Dalam kata lain Malaysia lebih kaya dari negara-negara selain dari Singapura dan Brunai dikalangan kelompok ASEAN.
Sememangnya Malaysia adalah sebuah negara yang kaya. Cuma kayanya Malaysia itu tidak terzahir dalam bentuk pendapatan kepada sebahagian besar rakyatnya, sekaligus tidak menzahirkan kesejahteraan hidup rakyat.
Sebab itu saya amat bersetuju apabila ada pihak menyatakan atau mempersoalkan: Malaysia sebuah negara kaya tapi rakyatnya miskin, mengapa?
Saya jawab begini: Sebahagian besar rakyat Malaysia terperangkap dalam jerat kemiskinan dalam sebuah negara yang makmur dan kaya dengan sumber alam.
Ketahuilah bahawa Malaysia mempunyai pekerja warga asing yang terlalu ramai khususnya dalam pekerjaan tidak mahir yang ada setengah pihak menganggarkan lebih dari 4 juta. Mereka ini terdiri dari yang masuk secara sah, dan juga secara tidak sah.
Empat juta pekerja warga asing dengan senangnya boleh menenggelamkan penduduk tempatan dalam banyak negeri dinegara ini, jika pekerja warga asing itu dikumpulkan setempat, misalnya di Melaka yang mempunyai bilangan penduduk hampir 700,000 orang saja. Nisbah 7 warga asing , 1 penduduk warga tempatan. Bahaya tak? Rugi tak dari segi persaingan pekerjaan terutama pekerjaan tidak mahir atau yang memerlukan kemahiran yang tinggi atau peluang meningkatkan ekonomi?
Kita lihat pula negara asal pekerja warga asing itu. Mereka ini datangnya dari Indonesia, Filipina, Bangladesh, Myanmar, India, Nepal, Pakistan dan ada juga dari Vietnam. Kedudukan negara-negara ini dari segi GDP per capita (PPP) adalah - Indonesia US 5,302.03, di kedudukan 122/184, Filipina US 4,691.15, 127/184, Bangladesh US 2,174.32, 151/84, Myanmar US 1,490.53, 162/184, India US 4,060.22, 130/184, Nepal US 1,347.62, 166/184 dan Pakistan US 2,969.68, 139/184.
Semua negara-negara itu adalah dalam kategori berpendapatan rendah atau negara yang sebahagian besar rakyatnya miskin. Rakyat miskin, tidak semestinya negara itu miskin.
Maka Malaysia adalah destinasi pilihan mereka untuk mendapat pekerjaan menjadi pembantu rumah, pengawal keselamatan, buruh binaan, pembantu stesyen petrol, pembantu restoran dan warung kedai makan, penjual di pasar malam dan pekerjaan lain seperti menjadi pemandu kenderaan dan berbagai kerja rendah disektor perkilangan. Ada juga yang berpeleseran tanpa pekerjaan akibat tertipu oleh mereka yang membawa masuk ke Malaysia.
Mengapa mereka datang dan bekerja di Malaysia?
Sudah tentu Malaysia boleh menawarkan pendapatan yang lebih baik berbanding dengan pekerjaan yang sama di negara asal mereka. Itupun kalau ada peluang pekerjaan di negara mereka. Ertinya juga di Malaysia peluang berbagai pekerjaan rendah terbuka luas kepada mereka.
Ke mana perginya rakyat Malaysia? Adakah tiada pengangguran di Malaysia?
Rakyat Malaysia yang setaraf dengan kemahiran pekerja asing itu masih ada dan tetap tinggal di Malaysia. Mereka terlalu dahagakan pekerjaan.
Tapi sebahagian besarnya tidak mahu melakukan atau kurang berminat kerja-kerja yang diambilalih oleh pekerja asing itu. Kerana gaji yang ditawarkan oleh majikan terlalu rendah diukur dari segi keperluan sebuah kehidupan yang munasabah atau yang sepatutnya dalam sebuah negara yang kaya dengan sumber.
Maksudnya wang gaji yang mereka terima mestilah mencukupi untuk menghasilkan simpanan bagi membolehkan mereka membayar pinjaman membeli sebuah rumah yang berharga RM 50,000 keatas misalnya, atau menyewa rumah pada bayaran sewa RM 500 sebulan, dan mampu memiliki sebuah tv dengan pilihan termurah pakej astro, memilik sebuah motorsikal 250 cc atau sebuah kereta viva atau kancil, mampu membayar tarif bulanan letrik dan air, memiliki peti sejuk kecil, mesin basuh, jika ada anak, mampu membayar tambang bas sekolah, membayar tuisyen, mengupah pengasuh dan sebulan sekali mampu makan luar bersama keluarga.
Berapakah gaji sebulan yang wajar dan mesti dibayar oleh majikan? Kalau setakat RM 500 sehingga RM 1500, ianya tidak akan mampu untuk dapat satu kehidupan yang munasabah dan sepatutnya dalam sebuah negara yang kaya dengan sumber. Bergantung pada lokaliti, gaji paling manima mestilah tidak kurang dari RM 2,000 sebulan. Jika duduk dibandar-bandar besar seperti KL, Putra Jaya, Johor Baru , Ipoh, Pulau Pinang dan yang lainnya , gaji RM 2,000 itu hanya 'celah gigi' saja. Maknanya tidak akan dapat hidup pada tahap yang munasabah.
Maknanya juga pendapatan kurang dari RM2,000 dan bekerja di KL akan membuatkan seseorang hanya mampu tinggal di rumah yang daif dan dalam persekitaran yang tidak sihat. Hanya pekerja warga asing saja yang sanggup duduk dalam binaan seperti itu yang banyak terdapat di tapak-tapak binaan projek , dibawah jambatan dan lorong-lorong sempit, dan sanggup berkongsi 10 orang dalam sebuah bilik kecil.
Wajar dan patutkah rakyat sebuah negara yang kaya dari segi sumber, mendapat kehidupan seperti itu?
Jawabnya tidakk patut. Ianya menjatuhkan maruah dan martabat negara dan rakyat itu sendiri.
Jadi pendapatan minima yang boleh memberikan kehidupan yang munasabah seperti yang digambarkan dalam kemampuan memiliki dan berbelanja seperti diatas perlu dilaksanakan. Tanpa kajian yang mendalam saya berpendapat pendapatan yang wajar ialah RM 2,000 sebulan.
Tapi malang sekali bagi pekerjaan-pekerjaan rendah itu, upah dan gaji adalah terlalu kecil. Ada majikan yang menawarkan gaji RM400 sebulan. Kuasa beli apa ini? Apa barang atau perkhidmatan yang dapat dibeli?
Bukan saja pekerjaan berkemahiran rendah, pekerjaan berkemahiran tinggi seperti jurutera tidak juga dibayar pada upah yang sepatutnya. Ada majikan yang membayar RM 1500 , 1800 dan paling tinggi 2,000 sebulan. Jadi apa bentuk respons dari para jurutera dan professional yang lain terhadapa tawaran gaji seperti itu? Ada yang berhijrah ke negara lain. Tapi tidak semua yang akan berbuat begitu. Mereka menerima gaji tersebut dengan perasaan tidak puas hati.
Sebahagian besar rakyat Malaysia sebenarnya terperangkap dan terjerat dalam sebuah negara yang kaya dalam kehidupan yang miskin. Bertambah buruk lagi apabila ada segolongan kecil yang ada kuasa dan pengaruh, hidup bermewahan melampaui sangat tahap kehidupan yang munasabah. Kesannya ialah perasaan tidak puas hati, rasa benci kepada majikan termasuk pemerintah, marah kepada pekerja warga asing.
Apakah ini bukan bahan terbaik bagi melakukan jenayah? Jawapan saya ,ya, tapi tidak semestinya terhad kepada golongan itu saja.
Bagaimana pula pekerja warga asing. Adakah dengan pekerjaan yang ditawarkan itu boleh memuaskan mereka untuk tidak melakukan jenayah? Tidak sepenuhnya benar. Jenayah masih lagi sebahagian dari cara mereka untuk meraih kemakmuran di Malaysia. Mereka juga masih miskin yang telah termasuk jerat dalam sebuah negara yang kaya.
...............Bersambung.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan