Theflowersellingboy

Ahad, 5 April 2020

Covid 19: Gamabar gambar Yang Bercerita



Hari ini saya nak bercerita santai santai sahaja. Setelah bekerja keras menyusun semula bunga bunga dipasu dan menanam pokok bunga kemboja dalam pasu, sudah tentu bersama isteri yang bertindak sebagai pengarah menstruktur semula kedudukan pasu bunga , sehingga lencun baju kerja dibuatnya, saya membelek belek gambar lama , untuk mengenang semula aktivitivi yang telah berlalu. Ianya amat seronok dan menghiburkan. Covid hilang dalam ingatan buat sementara waktu. 

RUMAH DAN KERETA SAYA


Bersama isteri di kiri. Saya  disebelah kanan, sudah tentu. Berdiri disamping kereta yang menjadi kenangan manis sepanjang saya berkhidmat sebagai penjawat awam, dengan pendaftaran MBB 2020 (Melaka Bandaraya Bersejarah 2020). Dibelakang ialah pintu masuk untuk ahli keluarga.

Disebelah belakang ialah rumah kami yang sederhana, alhamdulillah . Mungkin persinggahan kami terakhir sebelum menemui Ilahi.

Menghadapi jalan raya  Persiaran Istana, rumah kami ada tiga pintu . Tiap tiap pintu ada fungsinya tersendiri. Namun di pintu manapun seseorang itu berada, orang itu akan berhadapan dengan jalanraya. Saya panggil konsep TIGA PINTU. 

Pintu paling kanan ialah untuk kami menerima para tetamu. Pintu tengah untuk ahli keluarga dan sesiapa sahaja yang kami benarkan untuk gunakan laluan seperti pekerja membuat kerja penyelenggaraan hawa dingin. Dan pintu paling kiri ialah dimana adanya garaj meletakkan kereta dan laluan sekembali dari pasar dan untuk ahli keluarga sahaja iaitu laluan ke dapur.


Dibelakang sebelah kiri ialah laluan untuk tetama dan berhadapan dengan kereta ialah laluan keluarga

SANTAI  KELUARGA

Hari kegembiraan menyambut kejayaan anak kami Siti Nuradilla menerima skrol ijazah kedoktoran perubatan dari University of Mansoura Mesir (Program Manchester)

Sudah empat tahun, selepas terima ijazah. Klinik terakhir berkhidmat ialah di Membakut Sabah. Baru sahaja meletak jawatan sebagai penjawat awam untuk berkhidmat di sektor swasta klinik milikan syarikat HUKM.



Di lapangan terbang Istanbul sebelum ke Universiti Mansoura di Mesir bagi menghadiri konvo Siti Nuradilla. Dari kiri Ahmad Naqib didukung oleh Siti, Isteri saya Jamaliah, yang pakai spek tu sayalah, disebelah saya anak saya Dr. Hazlin Azzamiza bersama anaknya Ahmad Fateh

Ahmad Naqib dan Nenek Bermain salji di Kapodokia Turki

Jaja (Hazlin Azzamiza), Ahmad Fateh dan Ahmad Naqib bermain salji

Sani ( suami Jaja) dan anak anak enjoy dengan salji

Nenek dan Ahmad Fateh...kami tunggu diluar tak sanggup masuk underground yang katanya ruang laluan sempit dan ketinggian yg terpaksa membongkok

Pada mula nak ambil gambar unta...tapi kena bayar lupakan sahaja

Sani dan anak anak dalam masjid Biru Istanbul

Pandangan Selat Bosporus di Istanbul sebelum menaikki water cruising diselat itu

Pemandangan di restoran makanan ikan (fish market restaurant). Enjoy makan disini

Water cruising  Bosporus Straits. Enjoynya sambil melihat burung berwarna putih terbang bersama dengan kelajuan ferri

Sekali lagi bergambar kenangan. Mungkin tidak ke sini lagi


Melancung dalam negeri di Bukit Bendera Pulau Pinang

Di Kapodokia Turkey

Bergambar sekeluarga tanpa Siti yang menjadi jurukamera. Masih di Turkey dibandar yang ada underground yang laluannya sempit

Siti dihari kovokesyen, Universiti of Mansoura

Bergambar dengan keluarga kawan siti dari Kelantan di hari konvokesyen

Makan sekeluarga di restoran di Ampang dengan anak Hazlin Azmira dan keluarga

Ini cucu perempuan yang pertama. Namanya Darin Amani



Ahmad Fateh dan abangngya Ahmad Naqib. Sekarang sudah besar

Cucu perempuan yang pertama bernama Darin Amani anak kepada Lukman Hakim dan Sarah Hanis

Mohamad Rafael di sebuah pusat belibelah di Sydney Australia. Bakal juara tenis dunia menggantikan Rafael Nadal
d
Cucu pertama. Namanya Yousef Imran. Sekarang ditahun empat. Orangnya pemalu


Itulah sedikit cerita rengkas dari kami. Mempunyai sebuah rumah yang sederhana, sebuah kereta tua tapi berjenama dan ahli keluarga yang mempunyai kesempatan melancung , luar dalam negeri. 



LIHAT DI BAWAH INI PULA.
Sebuah pondok usang semacam menunggu dalam beberapa ketika yang mungkin tidak berapa lama untuk menyembah bumi

Dan ini bukan makanannya....ianya tangkapan untuk makanan orang lain yang upahnya tak seberapa


Sesungguhnya . hari ini banyak menginsafkan saya bahawa dalam kehidupan saya yang sederhana , masih ada lagi orang berkeadaan amat daif. Orang semacam inilah kerajaan atau sesiapa saja perlu memberi bantuan terutama dalam keadaan covid yang menyekat pergerakan insan yang susah untuk mencari rezeki yang halal. Tolonglah dia. Kasihani Mereka.



UNTUK DIA DAN MEREKA DENGARLAH INI:

......syahdan pada beberapa waktu dahulu
saya pun begitu
tiada rumah berpintu tiga 
mana saya tahu tentang konsep itu
asalkan boleh lelap
berlengan tangan
itu pun ada mimpi
ada angan angan 
walaupun esok harinya 
saya serupa itu juga
tiada kereta berjenama 
xxxxxxx
Semoga dia dan mereka 
lebih baik dari saya 
pada suatu ketika nanti

Semoga diperkenan Allah doa ini untuk dia dan mereka. Amin!






Khamis, 2 April 2020

Secara Fizikal Saya Tidak Terkurung Tapi Fikiran Saya Yang Terkurung




Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran Isteri Saya Yang Ke........

Sudah lupa? Kerana faktor usia? 

Tidak, masih lagi tahu membuat kira kira. 

Apa pun semoga diberi kesihatan tubuh badan dan akal fikiran dan sentiasa dipertingkatkan iman dan hidup berbahagia sehingga akhir hayat kami suami isteri. 

Tiada sambutan. Tapi bergambar kenangan bersama.

Hanya kami bertiga berkurung dan terkurung di rumah. 

Nasib baik anak perempuan ada bersama setelah kembali dari Kota Kinabalu , Sabah. Melepaskan jawatan kerajaan untuk bekerja dalam syarikat swasta. Semoga pilihan sektor kerjanya membawa kejayaan yang lebih baik. Sudah tentu banyak cabaran.

Secara fizikal kami bertiga seperti rakyat Malaysia yang lain yang patuh kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lebih banyak berihat di rumah, khusussnya berada dalam rumah. 

Fizikal saya masih bebas walaupun pergerakan terhad di sekitar dalam dan di luar rumah. Dua hari lepas berturut turut saya mesin rumput di belakang rumah yang sebelum covid 19, saya lakukan sehari sahaja. 

Covid 19 bukanlah sebenarnya membuatkan kerja saya memerlukan masa yang lebih dari sebelumnya. Cuaca ketika ini terlalu panas. Peluh keluar berjurai jurai sehingga melencon pakaian kerja saya. Saya tidak dapat bertahan lama dengan cuaca yang panas. 

Tapi cuaca yang panas ini , mengikut khabar yang diterima adalah musuh kepada covid 19. Covid tidak boleh bertahan pada suhu yang panas. Saya tidak pasti tahap  bacaan suhu yang boleh mematikan kuman covid 19 ini. 

Harap maklumat itu sahih dan benar. Mungkin inilah pertolongan dari Allah yang menghantar musibah bersama dengan penawarnya iaitu cuaca yang panas ? 

Bagaimana dengan meminum air suam? Ah buat masa sekarang lupakan sahaja.

Sebenarnya cuaca panas bukan alasan yang mutlak yang membuatkan saya lebih masa untuk menyiapakan kerja memesin rumput. Tapi kurang tenaga disebabkan faktor usia adalah sebab utama. Memanglah semangat begitu kental. Nak buat ini, itu , nak bersih dalam rumah, nak mop nak buat bagai bagai kerja sedangkan tenaga di usia hampir mendekati penghujung ini hanya berbaki sedikit cuma. 

Mampu bergerak dan mengurus diri sendiri pun, adalah nikmat yang perlu disyukuri. Terima kasih Allah.

Semangat kental mesti ada tenaga. Itu hakikat yang perlu diterima.

Dengan demikian kawasan rumah di sebelah kiri masih belum dimesen lagi. Akan dilakukan esok, mungkin.

Covid memerangkap saya secara fizikal yang menghadkan pergerakan. 

Fikiran saya pun terperangkap juga. Saya tidak pasti saya berada dalam  'captive mind'.

Selama 32 tahun lebih saya berkhidmat dalam sektor awam. Sudah tentu world view atau sikap dan pandangan saya tidak sama dengan mereka yang bekerja dalam sektor swasta. 

Saya selesa dan merasa selamat bekerja dalam sektor awam walaupun upahnya tidak setinggi berbanding  sektor swasta pada tahap dan kedudukan yang lebih kurang sama. Saya tidak suka ambil risiko. 

Saya jenis 'risk avers'. Bukan seorang pelabur yang sedia mengambil risiko yang sentiasa berpegang kepada 'high risk high return' . Dalam pepatah Melayu , 'Kalau tidak dipecah ruyung manakan dapat sagunya'.

Sewaktu anak memaklumkan kepada saya akan niat untuk berhenti kerja sebagai penjawat awam, sebagai doktor kerajaan, respons segera saya ialah kena fikir panjang panjang. Tidak semuanya indah di luar sana, nasihat saya. 

Saya mendapat sokongan isteri. Dia pun bekas penjawat awam berkongsi world view yang sama.

Tapi anak menyatakan itulah niat yang ada dalam hatinya , sebelum bekerja lagi. 

Dia menjalani houseman hanya bagi mendapat pendaftaran Majlis Perubatan Malaysia (Malaysian Medical Council) sebagai doktor yang berlesen/berdaftar. 

Saya dan isteri akur kerana itu yang dihajati. Dan mendoakan anak saya itu berjaya dalam persekitaran kerja yang baru penuh mencabar.

Namun Covid 19 telah menangguh beliau untuk melaporkan diri di klinik swasta di Seremban 2.

Bersama saya dan isteri dia bergambar sama pada musim covid 19 yang masih berada dalam fikiran semua. Fikiran saya terperangkap dengan covid  19.

BERGAMBAR TIGA BERANAK PADA HARI ULANG TAHUN KELAHIRAN ISTERI 2 APRIL 2020 KHAMIS


  

Selasa, 31 Mac 2020

CIK TIPAH TERTIPU, CIK KIAH PULA TAKUT KENA TIPU.




"Apa khabar Cik Tipah. Lama tak nampak?" Cik Kiah menanyakan khabar pada Si Tipah yang telah lama tidak bersua muka. Khabarnya Cik Tipah amat malu kerana dia dikatakan telah tertipu. Dua kali kena tipu. Tertipu dalam percintaan.

"Khabar baik. Wah wah wah Cik Kiah, nampak populer sekarang.  Tiba tiba nama muncul  jadi sebutan PM. Tahniah dapat bantuan .....bantuan aper tu..alah susah pulak nak sebut....tu lah bantuan aper tu ransang...aper tu prihatin....alah yang PM sebut dalam tv tu. ". Cik Tipah melenggokkan sedikit badannya sambil jari tangan kirinya dilepaskan dari dahinya yang cuba mengingatkan nama bantuan yang Cik Kiah bakal terima dari PM.

"Tapi, Cik Kiah , berhati-hati. Jangan harap sangat dengan janji orang politik". Sambung Cik Tipah.

Dua kali Cik Tipah kena tipu. Kali pertama dia ditipu oleh seorang kontraktor kelas F yang berjanji untuk berkahwin dengannya. Kontraktor ini adalah seorang pengerusi dalam badan politik dan Si Tipah pula aktif  dalam bahagian yang diketuai oleh kontraktor itu.

Kontraktor ini tidak putus putus mendapat projek kerajaan. Tapi kesemuanya diserahkan kepada Ah Loy kerana tidak mampu mengupah pekerja. Lagipun cara ini lebih mudah. Ambil sahaja 10 persen dari harga tawaran yang diperolehi dan tidak perlu susah susah untuk fikirkan perlaksanaan projek itu. 

Cara hidup kontraktor ini mewah sehingga menjadi tarikan Si Tipah untuk menerima cadangan untuk berkahwin dengannya. Tapi kemewahan kontraktor ini membuatkannya hanyut dalam kegilaan berhibur di kelab malam. Akhirnya dia tertangkap oleh pasukan penguatkuasa agama kerana berkhalwat. Dan terpaksa bernikah dengan pasangan khalwatnya. Melepaslah Si Tipah.

Tipah juga bernasib malang apabila dia juga dikecewakan oleh seorang  lagi ahli politik yang berjawatan dalam kerajaan. Kedudukannya lebih baik  dari kekasih Tipah yang pertama. Ini membuatkan Tipah berangan-angan untuk berlagak dihadapan kekasih pertama yang telah mengecewakannya dulu. Balas dendam. 

Tapi, sekali lagi Tipah tertipu. Kekasihnya yang kedua sebenarnya telah mempunyai isteri. Isteri pertama tidak mengizinkan suaminya berkahwin lagi satu. Kecewa lagi Si Tipah. Dua kali kena tipu.

Tipah tertipu lagi!!!!

"Bantuan kerana covid 19 lah Cik Tipah", Si Kiah beritahu bahawa bantuan itu adalah disebabkan kuman covid yang mengamuk ketika ini yang menyusahkan rakyat. Sebab itu kerajaan yang prihatin kenalah bantu rakyat.

Mereka menjarak diri, tidak bersalaman dan pipi tidak bergesel kiri kanan. Tidak juga berpelukan.  

Oh mungkin mereka memakai topeng , menutup hidung , mulut dan muka. Tidak sesuai untuk berpelukan. Menggesel pipi kiri kanan.

Tapi mengapa menjarak diri. Mengapa tidak bersalaman? Oh ya mungkin tidak pakai sabun penghapus kuman, sanitizer.

Sapaan mereka berlangsung ringkas sahaja. Tidak sampai lima minit mereka berpisah dengan saling lambai melambai tangan sehingga hilang dari pandangan mata.

Cik Kiah garu kepala. 

"Jangan harap sangat dengan janji orang politik" membuatkan Cik Kiah pening kepala. 

"Aku kena tipu ker?"