Hari ini saya nak bercerita santai santai sahaja. Setelah bekerja keras menyusun semula bunga bunga dipasu dan menanam pokok bunga kemboja dalam pasu, sudah tentu bersama isteri yang bertindak sebagai pengarah menstruktur semula kedudukan pasu bunga , sehingga lencun baju kerja dibuatnya, saya membelek belek gambar lama , untuk mengenang semula aktivitivi yang telah berlalu. Ianya amat seronok dan menghiburkan. Covid hilang dalam ingatan buat sementara waktu.
RUMAH DAN KERETA SAYA
Bersama isteri di kiri. Saya disebelah kanan, sudah tentu. Berdiri disamping kereta yang menjadi kenangan manis sepanjang saya berkhidmat sebagai penjawat awam, dengan pendaftaran MBB 2020 (Melaka Bandaraya Bersejarah 2020). Dibelakang ialah pintu masuk untuk ahli keluarga.
Disebelah belakang ialah rumah kami yang sederhana, alhamdulillah . Mungkin persinggahan kami terakhir sebelum menemui Ilahi.
Menghadapi jalan raya Persiaran Istana, rumah kami ada tiga pintu . Tiap tiap pintu ada fungsinya tersendiri. Namun di pintu manapun seseorang itu berada, orang itu akan berhadapan dengan jalanraya. Saya panggil konsep TIGA PINTU.
Pintu paling kanan ialah untuk kami menerima para tetamu. Pintu tengah untuk ahli keluarga dan sesiapa sahaja yang kami benarkan untuk gunakan laluan seperti pekerja membuat kerja penyelenggaraan hawa dingin. Dan pintu paling kiri ialah dimana adanya garaj meletakkan kereta dan laluan sekembali dari pasar dan untuk ahli keluarga sahaja iaitu laluan ke dapur.
|
Dibelakang sebelah kiri ialah laluan untuk tetama dan berhadapan dengan kereta ialah laluan keluarga |
SANTAI KELUARGA
|
Hari kegembiraan menyambut kejayaan anak kami Siti Nuradilla menerima skrol ijazah kedoktoran perubatan dari University of Mansoura Mesir (Program Manchester)
Sudah empat tahun, selepas terima ijazah. Klinik terakhir berkhidmat ialah di Membakut Sabah. Baru sahaja meletak jawatan sebagai penjawat awam untuk berkhidmat di sektor swasta klinik milikan syarikat HUKM.
|
|
Di lapangan terbang Istanbul sebelum ke Universiti Mansoura di Mesir bagi menghadiri konvo Siti Nuradilla. Dari kiri Ahmad Naqib didukung oleh Siti, Isteri saya Jamaliah, yang pakai spek tu sayalah, disebelah saya anak saya Dr. Hazlin Azzamiza bersama anaknya Ahmad Fateh |
|
Ahmad Naqib dan Nenek Bermain salji di Kapodokia Turki |
|
Jaja (Hazlin Azzamiza), Ahmad Fateh dan Ahmad Naqib bermain salji |
|
Sani ( suami Jaja) dan anak anak enjoy dengan salji |
|
Nenek dan Ahmad Fateh...kami tunggu diluar tak sanggup masuk underground yang katanya ruang laluan sempit dan ketinggian yg terpaksa membongkok |
|
Pada mula nak ambil gambar unta...tapi kena bayar lupakan sahaja |
|
Sani dan anak anak dalam masjid Biru Istanbul |
|
Pandangan Selat Bosporus di Istanbul sebelum menaikki water cruising diselat itu |
|
Pemandangan di restoran makanan ikan (fish market restaurant). Enjoy makan disini |
|
Water cruising Bosporus Straits. Enjoynya sambil melihat burung berwarna putih terbang bersama dengan kelajuan ferri |
|
Sekali lagi bergambar kenangan. Mungkin tidak ke sini lagi |
|
Melancung dalam negeri di Bukit Bendera Pulau Pinang |
|
Di Kapodokia Turkey |
|
Bergambar sekeluarga tanpa Siti yang menjadi jurukamera. Masih di Turkey dibandar yang ada underground yang laluannya sempit |
|
Siti dihari kovokesyen, Universiti of Mansoura |
|
Bergambar dengan keluarga kawan siti dari Kelantan di hari konvokesyen |
|
Makan sekeluarga di restoran di Ampang dengan anak Hazlin Azmira dan keluarga |
|
Ini cucu perempuan yang pertama. Namanya Darin Amani |
|
Ahmad Fateh dan abangngya Ahmad Naqib. Sekarang sudah besar |
|
Cucu perempuan yang pertama bernama Darin Amani anak kepada Lukman Hakim dan Sarah Hanis |
|
Mohamad Rafael di sebuah pusat belibelah di Sydney Australia. Bakal juara tenis dunia menggantikan Rafael Nadal |
d
|
Cucu pertama. Namanya Yousef Imran. Sekarang ditahun empat. Orangnya pemalu |
Itulah sedikit cerita rengkas dari kami. Mempunyai sebuah rumah yang sederhana, sebuah kereta tua tapi berjenama dan ahli keluarga yang mempunyai kesempatan melancung , luar dalam negeri.
|
Sebuah pondok usang semacam menunggu dalam beberapa ketika yang mungkin tidak berapa lama untuk menyembah bumi |
|
Dan ini bukan makanannya....ianya tangkapan untuk makanan orang lain yang upahnya tak seberapa
Sesungguhnya . hari ini banyak menginsafkan saya bahawa dalam kehidupan saya yang sederhana , masih ada lagi orang berkeadaan amat daif. Orang semacam inilah kerajaan atau sesiapa saja perlu memberi bantuan terutama dalam keadaan covid yang menyekat pergerakan insan yang susah untuk mencari rezeki yang halal. Tolonglah dia. Kasihani Mereka.
UNTUK DIA DAN MEREKA DENGARLAH INI:
......syahdan pada beberapa waktu dahulu
saya pun begitu
tiada rumah berpintu tiga
mana saya tahu tentang konsep itu
asalkan boleh lelap
berlengan tangan
itu pun ada mimpi
ada angan angan
walaupun esok harinya
saya serupa itu juga
tiada kereta berjenama
xxxxxxx
Semoga dia dan mereka
lebih baik dari saya
pada suatu ketika nanti
Semoga diperkenan Allah doa ini untuk dia dan mereka. Amin!
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan