Adakah kepimpinan UMNO dalam keadaan darurat? Adakah mereka ketika ini dalam keadaan kecemasan? Justeru butang kecemasan (panic button) perlu ada dijari mereka.
Bacaan saya mengatakan,
"Ya, bahawa kepimpinan UMNO terutamanya presiden perlu mendekatkan jari ke butang kecemasan (panic button) agar dengan segera butang itu dapat ditekan untuk mengeluarkan amaran berjaga-jaga bahawa sesuatu yang memudaratkan begitu menggila menghampiri parti itu dan mahu menghancurkannya".
Wallahualam.

Tiada siapa yang mahu hancur dan musnah! Apatah lagi UMNO yang telah berada dipuncak kuasa dari dulu sehingga kini. Dan amat yakin ianya akan berterusan selama-lamanya selagi ada bulan dan bintang, sebelum berlakunya kiamat.
Dulu, kini dan selama-lamanya adalah super ego UMNO. Ianya satu RUKUN. Ianya satu FALSAFAH. Ianya satu KEPERCAYAAN. Ianya satu MOTIVASI. Ianya satu PERJUANGAN. Ianya adalah SEGALA-GALANYA.
Super ego UMNO ini telah mengikat erat kesepakatan ahli yang totok bahawa apapun harga yang perlu dibayar, baik atau buruk, UMNO mesti dipertahankan. Demi UMNO, berkurbanlah apa saja.
"Tiada yang lain melainkan UMNO".
Kepercayaan ini membuatkan sebahagian kepimpinan UMNO semakin lalai dan leka akan tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan untuk menguruskan harta dan kekayaan negara demi kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat.
Rakyat diketepikan.
Lalai dan leka bukan sahaja membuatkan kepimpinan suka berfoya-foya bahkan mereka merasa sudah besar diri, sambung dan takabur. Mereka ada mata malangnya buta, ada telinga tapi pekak badak dan ada mulut yang sentiasa membisu.
"Apa aku kisah dan peduli akan kehidupan rakyat".
Maka harta dan kekayaan negara diguna mengikut selera dan nafsu peribadi.
Sudah tentu tidak semua kepimpinan UMNO begitu sifatnya. Ada yang membuka mata, menyediakan telinga untuk mendengar, dan membuka mulut untuk bersuara menyatakan yang benar.
Dan amat malang sekali mereka ini kecundang!
Ada juga yang mengambil sikap berdiam diri walaupun dalam hati amat benci, terus memendam rasa membawa kekecewaan.
Namun perkembangan semasa telah menyentak jantung sebahagian kepimpinan penting dan tertinggi UMNO yang leka dan beroya-foya itu bahawa super ego UMNO itu sudah mula tidak diyakini oleh ahli UMNO sendiri, dan sebahagian orang-orang Melayu yang selama ini menjadi penyokong tegar UMNO.
Dulu, memang UMNO tempat bergantung harap. Tidak sekarang.
Kini UMNO adalah tempat bagi kepimpinan memenuhkan kantung dengan membiarkan sebahagian besar rakyat hidup dalam keadaan murung dan termenung.
Dan jika UMNO terus kekal di puncak kuasa sebahagian besar rakyat akan selama-lamanya murung dan termenung. Itu yang rakyat percaya ketika ini.
Maka pudarlah tarikan dan lesulah teriakan 'dulu, kini dan selama-lamanya adalah untuk dan demi UMNO'.
UMNO dalam perjalanan menuju ke penghujung.
Ini membuatkan degup jantung kepimpinan UMNO semakin kencang yang tidak ada alat mengukur yang mampu membacanya, amat kencang dan deras sekali. UMNO sesak nafas. Prosedur CPR, tidak mungkin dapat menyelamatkan UMNO.
Tapi kepimpinan yang leka dan lalai itu tetap mahukan UMNO kekal berkuasa. Keghairahan untuk terus berkuasa bukan kepalang walaupun diri diselaputi dengan berbagai kemungkaran.
Dijari kepimpinan telah sedia butang kecemasan. Butang itu telah pun ditekan dan mengeluarkan bunyi, mengistiharkan janji dan pengakuan untuk dikenang semasa mengundi pada PRU 14 nanti, iaitu:
i) demi kebajikan anggota SPRM, kerajaan bersetuju untuk memberikan wang sebanyak RM 5 juta untuk tabung kebajikan ahli walaupun peruntukan agensi itu antara yang dikurangkan.
ii) bahawa guru-guru dirayu dan dialu-alukan menjadi ahli UMNO dan bebas untuk aktif dalam apa peringkat jawatan dalam struktur UMNO.
iii) bahawa masa depan penjawat awam akan menjadi malap jika pembangkang menang dalam PRU 14.
Sama ada janji dan seruan itu beretika atau tidak, melanggari peraturan dan undang-undang , ianya tidak ada dalam pertimbangan. Yang penting butang kecemasan itu adalah senjata terakhir bagi menyelamatkan survival UMNO.
Dan pada sessi bajet pada Oktober nanti, butang kecemasan akan terus dibunyikan, dan kali ini ia berbunyi terlalu panjang agar rakyat tidak akan mudah lupa untuk memberi undi kepada UMNO untuk kekal berkuasa.
Sesungguhnya butang kecemasan sentiasa dijari kepimpinan UMNO.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan