Theflowersellingboy

Isnin, 16 Mei 2011

SEAL dan ABBOTTABAD (Tabik Untuk Osama ben Ladin)

Syaitan Empunya  Angkara Lah
yang merelakan kakinya untuk melangkah sederas mungkin menuju ke bandar ABBOTTABAD 
Kerana dia telah mendengar berita
yang meransang semangatnya 
untuk bersemuka dengan syaitan puaka itu


Dia kesana bukan mengeluarkan air mata
menangis sedih 
merintih pemergian yang telah berani gugur
Dia nak bersemuka dengan sipuaka di Abbottabad

Dia tidak boleh melengahkan langkah 
'Abbottabad aku datang'


Sampai disana nanti
Dia yang akan menentukan agenda persemukaan
kerana Abbottabad rumahnya
walaupun syaitan itu telah  menyelinap masuk


PERTAMA
Dia akan tanya
'kamu asal dari mana?'
ya dari Amerika?

'Siapa jemput kamu kesini, ke negara kami, kerumah kami di Abbottabad?
ya, datang sendiri atas ajak-ajak ayam sepupu dua pupu kami, bawa senjata pemusnah ikut suka hati, nak bunuh orang bagi mati.

'Dah puas hati?'
ya, belum lagi walau yang dicari kau bunuh mati?

'Apa lagi yang kau tunggu, berambuslah'
ya, bukan pahlawan ini saja, kau mahu daerah ini

'Itu saja?
haa, banyak lagi 
termasuk aku didepan mata kau ni?


KEDUA
Dia tidak  mahu bertanya
'Buuuuuuum' 

 

Kita bila pula?

Dia, Amin, segera mengambil laptop yang dipinjam dari anaknya untuk menulis sesuatu. . Dia berada dalam bilik no. 12 di Rumah Rihat Kuala Kangsar setelah balik dari menikmati makanan kampong di Restoran Tasik Raban. Isterinya sedang berihat sambil menonton tv. Amin mula menulis.

Beberapa hari yang lepas aku sibuk  menguruskan kerja pengawasan keatas kontraktor yang membuat kerja-kerja pembersihan dan penceriaan dirumah.

Isteri ku telah meminta supaya sambutan hari raya tahun ini disambut dengan lebih ceria berbanding tahun sebelumnya kerana semua anak-anak akan dapat beraya sama. Siti akan balik bercuti pada Ogos nanti dan Lukman akan balik pada bulan Jun tidak berapa lama lagi . Bertambah ceria pada tahun ini apabila aku mendapat seorang lagi cucu lelaki menjadikan dua orang setelah tahun lepas cucu pertaman ku yang juga seorang lelaki dilahirkan. Wah seronoknya tiap-tiap tahun dapat cucu.

Bukan mudah untuk dapat kumpulkan mereka bersama pada hari raya terutama bagi dua anak aku yang telah berumah tangga yang terpaksa bergilir destinasi bagi menyambut hari raya. Tahun lepas  mereka telah menyambut hari raya dirumah mertua masing-masing. Pada tahun ini jika aturan giliran masih diamalkan, kedua-dua anak aku itu akan beraya dirumah ku.

Maka isteriku telah meminta supaya rumah dan kawasan rumah mestilah nampak lebih cantik dan menarik untuk menyambut hari raya bersama dengan anak-anak dan cucu. Pagar dihadapan rumah dicat baru, pokok-pokok bunga ditukar ganti dengan yang baru, pokok-pokok pisang kipas yang telah tua dan menjadi kurang menarik yang semakin meninggi perlu ditebang dan pokok-pokok dibelakang rumah yang condong kerumah juga perlu ditebang. Kos yang terlibat aku yang tanggong.

Namun aku  terpaksa meminta   pihak kontraktor memberhentikan kerja buat sementara kerana aku  dan isteri  ke Kuala Kangsar untuk satu Majlis Hakikah untuk cucu ku yang baru Ahmad Naqib dirumah besan.

Besan telah menumbangkan seekor lembu untuk tujuan majlis hakikah itu, maklumlah ini adalah cucunya yang  pertama . Majlis itu sungguh meriah yang telah dihadiri oleh ramai para jemputan dari jauh dan dekat. Besan suami isteri terlalu berbesar hati dan amat gembira dengan kehadiran para tetamu jemputan khususnya kesediaan aku suami isteri untuk meraikan bersama.

Di Majlis ini aku berkenalan dengan seseorang yang memperkenalkan diri sebagai  Yusuf . Yusuf seperti aku juga yang mana sebahagian besar kawasan kepalanya terang licin berkilat, cuma disisi kiri dan kanan terdapat rambut yang nipis memutih. "Saya Amin, besan tuan rumah. Dari Selatan, Melaka. Tuan?" Aku  memulakan cerita sebagai salam perkenalan. "Yusuf. Bila sampai?" Yusuf memperkenalkan diri dan mula bertanya. Aku memaklumkan bahawa baru sampai semalam dan tinggal disebuah rumah 'homestay' yang telah ditempah oleh menantu.

"Di sana ada buat macam ni ke?"  Tanya Yusuf untuk mengetahui amalan dan budaya ditempat orang. "Ada tapi yang ini nampaknya besar dan meriah. Seekor lembu, macam majlis kahwin" jawabku tersenyum gembira. Yusuf pun turut tersenyum sama.

Aku percaya majlis ini memakan belanja mencecah tiga ribu. Untuk seorang cucu yang dikasihi nampaknya besanku sungguh berbesar hati sekali. "Apa ada pada duit", mungkin itu yang terungkap dalam hati kecil  besanku suami isteri untuk satu hasrat yang suci, bagi mengadakan majlis hakikah cucu mereka yang pertama.Cucu aku juga.

Terdapat sedikit perbezaan berbanding dengan majlis hakikah yang di buat di Rembau, Negeri Sembilan oleh besan ku yang pertama semasa majlis hakikah cucu ku yang pertama dulu. Di Rembau diadakan selawat dan berzanji oleh kaum lelaki termasuk bacaan tahlil dan doa selamat. Semasa mereka berselawat sambil berdiri, anak yang diraikan itu di bawa kepada mereka untuk mengusap rambutnya sambil menghadiah wang kepada anak itu dan tuan rumah membalas dengan menghadiahkan buah tangan.

Di Kuala Kangsar pula , kaum perempuan bermarhaban, berselawat dan menzahirkan lirik/kata-kata nasihat yang berirama dan mendoa agar anak itu diberi kesihatan sambil anak dibuai dalam buaian yang disediakan. Selepas itu diikuti dengan kaum lelaki bertahlil dan membaca doa selamat. Tetamu yang datang juga menghulurkan hadiah berbentuk wang dan barangan/pakaian. Begitu kayanya adat dan amalan masyarakat Melayu yang masih diteruskan walaupun berbeza mengikut tempat.  

Tetapi aku bila pula? 

Amin dengan tiba-tiba berhenti menulis apabila soalan itu menyelinap dalam kepalanya. Balik ke Melaka nanti, kontraktor sedia menunggu untuk satu jumlah wang pembayaran kemajuan kerja. Amin memandang isterinya yang sedang asyik menonton tv. "Kita bila pula?" Isterinya tercengang dengan soalan yang datang tiba-tiba  itu sehingga mengganggu fokusnya pada cerita yang sedang ditonton. "Apa bang?" Tanya isteri Amin untuk dapat lebih kepastian soalan yang ditanya.

Amin tidak terus menjawab. Dia bangun dan meninggalkan laptopnya diatas meja menuju ke kantin.

 

Khamis, 12 Mei 2011

Salam Jumaat ........10

Selamat berjumpa lagi. Semoga semua sihat-sihat belaka

Pada 12 Mei 2011 hari Khamis disebuah poliklinik kerajaan saya telah bertemu dengan seorang warga emas lelaki, katanya berketurunan Cina Peranakan atau Baba  yang sedang menunggu anak saudaranya untuk balik kerumah. Sementara anak saudaranya belum sampai, beliau sempat bercerita mengenai adik perempuannya yang sakit dan ketika ini berada di Rumah Orang Tua-tua (ROT).

Katanya , dia tidak bersetuju untuk menghantar adiknya itu ke ROT tapi apakan daya anak saudaranya itu iaitu anak adiknya telah membuat keputusan bahawa itulah yang terbaik yang perlu dilakukan kerana beliau dan anak saudaranya itu berkemungkinan tidak dapat menumpukan sepenuh masa bagi menguruskan adiknya itu. Masing-masing ada tugas yang perlu dilakukan.

Pada mulanya, beliau menyambung cerita, mereka menggaji pembantu rumah dari Indonesia untuk menjaga adiknya itu tetapi pembantu itu tidak memberikan perkhidmatan seperti yang diharapkan. Telah tiga pembantu bertukar ganti dan akhirnya adiknya itu di hantar ke ROT. Mengikut ceritanya lagi setiap petang Khamis beliau akan menghantar makanan kepada adiknya untuk sesekali merasa masakan rumah yang lebih menyelerakan.


Cerita sahabat kita warga emas itu, bagi setengah pihak adalah satu perkara yang biasa saja dan menganggap satu perkara yang wajar dilakukan. Apa salahnya menghantar emak yang sakit ke ROT kerana disana ada pihak yang dapat memberi perhatian dan jagaan kerana anak-anak juga mempunyai urusan bagi meneruskan kehidupan mereka masing-masing. Semua orang sayangkan emak. Oleh itu,  dik sayangkan emak itulah anak-anak mahu memastikan bahawa emak mendapat perhatian dan jagaan yang terjamin yang diberikan oleh ROT. Sekiranya emak tinggal seorang di rumah kerana anak atau anak-anak bekerja maka sudah tentu makan minum emak tidak terurus , obat yang sepatutnya diambil pada waktu tertentu tidak diambil, dan  keselamatan pun tidak terjamin. 

Apa pilihan yang ada? Takkan anak itu perlu berhenti kerja. 

Sudah tentu menghantar ke ROT satu tindakan yang tidak boleh dianggap sebagai anak yang tidak mengenang budi, zalim atau  apa saja panggilan yang mencerca tindakan anak itu.

Bagi setengah pihak pula yang memberi makna bahawa kasih sayang antara anak dan emak sebagai membalas pengorbanan emak kerana melahirkan, menjaga dan membesarkannya sehingga besar  panjang mendapat kerja, tindakan yang wajar ialah supaya anak itu menjaga sendiri emak yang sakit itu dan bukan menghantar ke ROT. Setengahnya menggunakan ajaran agama bagi memperkuatkan lagi hujah akan tanggongjawab anak untuk menjaga sendiri ibu atau emak yang tua. 

Tetapi bagaimana? Tanya anak-anak yang bekerjaya.

Mungkin ada yang memberi cadangan dengan mendapatkan pembantu rumah untuk menjaga , sementara menunggu anak balik dari kerja. Kaedah ini samalah seperti yang dilakukan oleh warga emas dan anak saudaranya seperti yang diceritakan diatas. Ada masalahnya.


Mungkin juga boleh dicadangkan supaya anak itu memohon cuti tanpa gaji buat sementara. Cara ini pun ada masalahnya. Pertama dari mana boleh didapatkan sumber wang untuk belanja. Kedua, adakah majikan bersetuju dengan permohonan itu. Ketiga berapa lama cuti tanpa gaji itu yang perlu dipohon. 


Apakah caranya yang terbaik supaya seseorang anak itu dapat memberi khidmat terbaik kepada emak yang sudah tua dan sakit selain menghantar ke ROT? 

Itulah soalan yang ditanyakan oleh warga emas tadi sebelum beliau menaikki kereta anak saudarnya meninggalkan saya untuk kembali ke rumah. Wajahnya nampak sedih . Katanya lagi , selepas menghantarnya balik, anak saudaranya akan ke Seremban untuk meneruskan kerjanya yang meraih pendapatan RM4.000.00 sebulan, dan dia petang nanti akan menghantar makanan kepada adik yang disayangi yang dibawah jagaan ROT.

Saya terpinga-pinga tiada jawapan untuk membantu warga emas yang juga belum tahu nasibnya sama ada dia juga akan kesitu, ROT. Saya yang juga dalam kategori yang sama mula terfikir begitu. Ke ROT atau merumitkan kehidupan anak-anak. 

Cuma saya sentiasa berdoa supaya sebaik-baiknya saya  sentiasa sihat dan dapat menguruskan diri, tinggal di rumah sendiri kalau boleh dibawah jagaan anak-anak sebelum tiba masa untuk kesana, bukan ke ROT tetapi kembali kepada yang berhak. Tapi kalau terpaksa ke ROT  saya  redha dan tidak akan menyalahkan anak-anak kerana saya percaya  tiada seorang anak pun tidak sayang emak atau bapanya. 

Keadaan telah berubah.

Jumpa lagi