Cerita atau berita yang memasyhurkan perasaan kebencian dan permusuhan antara kaum, sesama kaum, antara agama , sesama agama, antara parti politik, sesama ahli parti politik , antara NGO, sesama ahli NGO, antara dua negara, antara kumpulan negara, dan antara manusia sesama manusia sudah menjadi satu amalan dan basahan, dan bukan kekecualian, di Malaysia dan diseluruh pelusuk dunia.
Bilangan yang cenderung untuk membangkitkan perasaan kebencian dan permusuhan itu adalah kecil berbanding yang mahu hidup aman damai dan harmoni. Tapi bilangan yang kecil itu mempunyai pengaruh yang besar. Maknanya kesan yang boleh ditimbulkan adalah amat menakutkan sekali.
Yang menjadi perawi, pembawa, penyampai dan pengembang cerita atau berita itu seolah-olah tidak mempunyai kisah lain untuk dicerita dan di beritakan.
Otak mereka hanya berminat untuk memikirkan tentang bagaimana cara dan apakah cerita/berita yang boleh menimbul dan meransangkan rasa kebencian dengan menggunakan fakta dan maklumat yang tidak mudah di nafikan kebenarannya. Cuma hasratnya bukan untuk mencari penyelesaian tapi lebih kepada menimbulkan rasa kebencian.
Ambil saja contoh di Malaysia. Berita dan cerita yang tidak pernah gagal dibaca , didengar, di pertontonkan dan disebarkan pada setiap hari dalam apa saja media penyiaran adalah perasaan benci membenci , iri hati, dan permusuhan.
Sentiasa dimasyhurkan bahawa kaum ini mendapat layanan istimewa, kaum ini anak emas bertaraf warga negara kelas satu dan kaum ini dapat berbagai-bagai perlindungan. Itu cerita dari satu pihak.
Cerita dari pihak yang lain pula menyatakan kaum itu terlalu tamak, sudah kaya masih lagi tidak berpuas hati mahu bolot segala-galanya.
Maka disemarakkanlah rasa kebencian dengan merujuk kepada berbagai contoh tahap kehidupan , pegangan dan pemilikan dan penguasaan-ekonomi, politik, pelajaran. Statistik menjadi alat yang ampuh membantu menyemarakkan perasaan itu. Paling malang sekali agama diheret bersama.
Setiap hari diulang berita, diulang cerita, diulang tayang dan diulang papar, dan sudah pasti ada berbagai tambahan untuk mempertebalkan lagi rasa kebencian.
Hal sedemikian dibuat oleh semua kaum dan pihak tidak ada kecuali. Mahu pun dianya kaum Melayu, Cina atau India. Mahu pun dianya dari pihak Kerajaan atau yang menjadi Pembangkang. Sama saja minatnya. Begitu juga Badan Bukan Kerajaan yang lebih dikenali sebagai NGO. Apapun falsafah dan matlamat yang tersurat, Badan ini juga terbabit dalam menyemarakkan kebencian.
Pihak yang terlibat dalam penyiaran telah menyebabkan perasaan benci dan permusuhan ini berkembang luas. Penyiaran dalam bentuk cetakan, elektronik, tulisan dan lisan. Alam siber semakin membuka dan meluaskan ruang penyiaran maka semakin bertambah ramai yang dapat merasai dan mengikuti cerita-cerita kebencian itu. Jumlahnya bertambah hari ke hari.
Soalannya :
Apakah kita tidak jemu-jemu dengan berita dan cerita itu. Tidak jemu menyiarkan, menyebarkan, mengarang, mereka cipta, menulis, membaca, menonton dan membisikkan ditelinga cerita dan berita itu?
Sampai bila kita mahu buat begitu?
Apabila pihak yang bertentangan menuding jari pada kita, kita tidak suka dan marah. Kemudian kita menuding jari kepada mereka, kita marah jika pihak yang kena tuding itu marah kepada kita. Apakah ada bezanya kita dan dia?
Adakah untuk survival kita perlu buat begitu. Survival bangsa kita, puak kita, kaum kita, agama kita, parti politik kita dan orang kita?
Siapa kah itu kita?
Siapa kah pula dia?
Theflowersellingboy
Rabu, 14 September 2011
Selasa, 13 September 2011
Malaya Tidak Pernah Dijajah British? Satu Penilaian Baru Sejarah Tanah Air.
Tahniah kepada Saudara Mat Sabu.
Untuk apa?
Mat Sabu seorang ahli politik. Pada saya Mat Sabu telah menang dari dua segi.
Pertama dari segi bidang yang diceburi iaitu politik.
Walaupun ada setengah pihak, khususnya musuh politiknya melalui berbagai saluran media, yang perdana dan yang siber, cetak dan elektronik telah dan sedang cuba bermati-matian mengasak dengan berbagai cara dan propaganda bagi mengkominiskan beliau; mengheret anggota/bekas pasukan keselamatan terutama ahli keluarga yang terlibat dalam peristiwa Bukit Kepong yang masih hidup untuk menyerang dan memusuhi Mat Sabu; dan membuat laporan polis; membuat berbagai ugutan dan yang paling gila dan tidak masuk akal mendesak agar kerakyatan Mat Sabu di lucutkan, namun beliau masih lagi dengan gagah berdiri dan berani serta yakin mempertahankan apa yang telah diucapkan.
Dan Mat Sabu tidak keseorangan. Dan tidak juga orang percaya beliau seorang kominis termasuk yang mengkominiskan beliau. Melihat wajah Mat Sabu, sifat dan kelakuannya beliau hanya ada ketokohan sebagai pemimpin Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan tidak ada langsung tokoh kominis.
Gagallah propaganda pihak yang memusuhi beliau.
Yang menyokong Mat Sabu telah bertambah bukan saja dari ahli-ahli partinya bahkan dari orang-orang Melayu yang mahukan kepada kebenaran. Sokongan dari orang bukan Melayu juga bertambah.
Saya tiada statistik yang dapat menyokong kenyataan ini. Cuma saya terlalu yakin dan percaya khususnya kepada orang Melayu bahawa mereka tidak akan percaya Mat Sabu seorang kominis atau menyokong kominis. Mereka tidak mahu terlibat dalam pembohongan. Tidak mahu buat dosa kering. Sekurang-kurangnya diri saya yang dulunya tidak ada langsung terbayangkan wajah Mat Sabu.
Media Arus Perdana perlu juga ingat bahawa orang Melayu termasuk ahli UMNO pun tidak boleh disuapkan begitu saja. Mereka akan mendengar dan yang paling penting berfikir. Mat Sabu kominis? Mengarut , jawab mereka.
Yang buat laporan polis, yang menentang Mat Sabu adalah atas kepentingan politik dan peribadi , dan bukan menilai ucapan Mat Sabu itu dari sudut mencari kebenaran.
Kalau apa yang diucapkan itu tidak benar apakah kita perlu buat penyelesaian secara ugutan: buat begitu banyak laporan polis dan mendesak kerakyatan dilucutkan. Apa kah kerakyatan negara kita ini terlalu murah, mudah diberi dan mudah dilucut?
Beri pandangan yang tidak sealiran dengan pandangan pihak berkuasa maka kita sudah buat satu kesalahan yang terlalu amat besar yang layak dilucutkan kerakyatan? Gila sungguh.
Mat Sabu mengatakan Mat Indera pejuang kemerdekaan. Pandangan ini tidak sama dengan pandangan yang telah dirakamkan oleh ahli sejarah. Maka timbul perbezaan.
Saya nampak apa yang Mat Sabu hendak sampaikan ialah bahawa Mat Indera itu menentang penjajah iaitu British. Serangan keatas Balai Polis itu sebenarnya sebagai serangan keatas penjajah British kerana yang menjadi tuan ketika itu ialah British walaupun anggota polis sebahagian besarnya orang Melayu.
Maka berlaku pembunuhan keatas anggota polis Melayu itu. Ini tidak bermakna Mat Indera hendak bunuh anggota polis Melayu itu. Yang disasarkan tuannya, orang putih. Malangnya yang bertuankan orang putih, yang mempertahankan Balai Polis Bukit Kepong dibawah takluk British itu ialah oarang Melayu. Maka terjadilah pertembungan dengan mereka.
Tapi mengapa Mat Indera sanggup bersekongkol dengan Kominis? Tanya pihak yang mempersoalkan Mat Sabu.
Saya juga amat tidak bersetuju cara Mat Indera yang bersekongkol dengan kominis ini sekiranya benarlah begitu.
Tapi saya ingin juga bertanya kenapa pula kita sanggup bersekongkol dengan British yang menjajah negara kita? British yang telah mengaut khazanah negara kita.
Sehingga sekarang cerita Mat Sabu ini sentiasa menjadi tajuk/bahan berita. Yang memusuhi beliau sudah tentu menggambarkan beliau sebagai seorang yang tidak baik. Penyokong beliau khususnya ahli-ahli PAS akan tetap mempertahankannya. Yang paling penting ialah mereka yang mahu berfikir yang mahu melihat kebenaran.
Melihat kebenaran bukan bermaksud menyebelahi Mat Sabu kerana belum tentu apa yang dikatakannya benar atau salah. Tidak juga bermaksud mengatakan kerajaan dipihak yang salah atau benar. Mereka yang mahu berfikir suka melihat supaya apa yang dikatakan Mat Sabu itu dibuat hujahan misalnya seperti orang berhujah dalam mempertahankan thesis mereka atau satu perdebatan atau perbincangan.
Saya mempunyai anggapan bahawa mereka yang mahu berfikir ini tidak mudah dipengaruhi oleh mana-man pihak. Rasa-rasanya bilangan mereka ramai juga.
Dengan demikian perdebatan (walaupun saya tidak cenderung kaedah ini, saya lebih memihak kepada perbincangan dikalangan yang terlibat dan pakar-pakar sejarah) , wajar diteruskan. Kedua-dua pihak jangan buat macam-macam alasan dan syarat, hanya mahu berdebat dengan yang setaraf saja atau dengan orang itu saja. Cara begitu namanya cara mengelak diri.
Apa kata saya cadangkan perdebatan itu melibatkan Timbalan Presiden UMNO, Ketua Wanita UMNO dan Ketua Pemuda UMNO dengan Timbalan Presiden PAS, Ketua Muslimat PAS dan Ketua Pemuda PAS. Apa macam setuju?
Oh tunggu dulu , kata prof. Zainal Kling dan disokong oleh Tun Mahathir bahawa Malaya tidak pernah dijajah, hanya diberi perlindungan saja oleh British.
Dengan sebab itu tidak timbul soal berunding untuk merdeka. Lantas perbincangan bukan cara yang wajar jadi pilihan. Macam British dulu yang ada kuasa, kita pun ada kuasa, jadi kita ugut mereka, buat banyak laporan polis, nyahkan mereka bila kerakyatan terlucut!
Oleh kerana tidak ada perundingan untuk kemerdekaan maka jalan penyelesaian dengan Mat Sabu pun dibuat secara ugutan. Begitu ke? Cantik dan molek sungguh orang-orang yang mempunyai pemikiran seperti ini!
Saya percaya bilangannya tidak ramai. Tapi kalau bilangannya dikatakan ramai maka saya anggap orang itu terdiri dari golongan seperti yang digambarkan dalam cerita Nujum Pak Belalang.
Walaupun tidak nampak pencuri , tapi kerana takut dikatakan jadi anak luar nikah maka semuanya mengaku bahawa memang benar mereka nampak pencuri dalam bekas air telekan ahli nujum.
Sebab itu sekarang ini kalau yang berkuasa kata bahawa yang putih itu hitam dan yang hitam itu putih maka pengikut/kuncu-kuncunya akan mengangguk mengatakan benar begitu.
Tapi dalam konteks hari ini mereka tidak kisah tentang jadi anak luar nikah. Yang mereka penting ialah 'masyuk', projek ada 'masyuk' kah?
Kejayaan kedua Mat Sabu ialah mengajak masyarakat untuk sentiasa berfikir akan sejarah kemerdekaan negara khususnya mereka yang terlibat dalam memperjuangkan kemerdekaan. Bukan hanya dimonopoli oleh satu pihak saja. Ertinya satu penilaian yang jujur perlu dibuat.
Oleh kerana Prof. Zainal kata kita tidak dijajah saya ingin bertanya:
i) Apa makna merdeka.
ii) Mengapa ada peristiwa bendera Union Jack diturunkan dan Bendera Malaya dinaikkan mengganti bendera Union Jack
Ada banyak lagi. Tapi cukup dua saja.
Mat Sabu tentang British sebab British adalah penjajah. Takkan UMNO tidak tentang British melainkan UMNO yakin dengan kata-kata Prof. Zainal bahawa British tidak menjajah kita.UMNO boleh sekongkol dengan mereka. Mustahil bukan?

Isnin, 12 September 2011
Lain Nama Yang Diberikan, Lain Pula Nama Yang Dipanggil: Satu Fenomina Biasa
"Orang kampong kau ni tak kenal kau ke? Aku beri tahu nama kau, tapi tak seorang pun yang kenal". Seorang kawan memberitahu semasa mengunjungi rumah pada hari raya baru-baru ini. Beliau ingin mendapat kepastian dari orang kampong saya yang ditemui ditepi jalan tentang lokasi rumah saya.
Maka saya pun ketawa kecil. "Kat kampong aku ni , orang panggil aku Ai. Dia orang tu tak tahu nama aku yang sebenar".
Begitulah sedikit cerita ringkas mengenai dengan nama dan panggilan diri seseorang. Lain nama yang diberi, lain pula yang dipanggil sehingga boleh menimbulkan sedikit kerumitan.
Fenomina seperti ini memang biasa dan telah ujud dalam masyarakat Melayu semenjak lama lagi sehingga sekarang. Apakah sebab jadi begini?
Tidak pula diketahui sama ada telah ada satu kajian dibuat mengapa berlakunya fenomina seperti ini.
Kita ambil beberapa contoh untuk memudahkan kita memberi pandangan atau pendapat mengapa ujudnya fenomina lain nama yang diberi, lain pula nama yang dipanggil.
Misalnya mereka yang diberi nama-nama yang cantik-cantik dan indah-indah seperti Muhammad atau Ahmad. Mereka ini amat malang sekali. Mereka tidak dipanggil sebagai Muhammad atau Ahmad. Paling baik mereka akan dipanggil dengan kependekan Mat saja.
Yang dikatakan malang ialah mereka yang bernama Muhammad atau Ahmad ini akan lebih dikenali dengan gelaran pada hujung namanya. Contoh Mat Kerbau, Mat Panau, Mat Lembik dan banyak lagi. Panggilan seperti itu menjadi rujukan apabila hendak memperkenal atau mengenali atau membuat pertanyaan seseorang yang bernama Muhammad. Tanpa merujuk nama panggilan seperti itu ia boleh menimbulkan masalah dan kerumitan untuk mempastikan siapakah sebenar orang yang dimaksudkan.
Apabila misalnya kita bertanya si Muhammad ini, orang akan bertanya :Mat yang mana satu? Mat Lembik ke Mat Kerbau?
Mengapa jadi begini?
Pada pendapat saya adalah disebabkan nama Muhammad atau Ahmad ini adalah nama yang banyak dipilih oleh ibubapa apabila memberi nama kepada anak-anak mereka kerana nama-nama ini adalah yang baik-baik , mengambil nama Nabi Muhammad SAW.
Oleh kerana terlalu banyak yang bernama Muhammad atau Ahmad maka gelaran-gelaran lain telah ditambah untuk memudahkan seseorang itu dirujuk.
Cuma yang malangnya tambahan pada nama itu tidak sepadan dengan nama Muhammad itu kerana sebahagian besar gelaran yang diberikan adalah bersifat merendah/mengurangkan darjat atau peribadi seseorang.
Mengapa dipanggil Mat Kerbau? Mat Panau? Mat Bisul? Dan macam-macam Mat lagi.
Adakah sifat orang-orang Melayu yang suka merendah-rendahkan peribadi seseorang? Atau orang Melayu ini mempunyai jiwa rendah diri (inferiority complex)?
Ada juga dikalangan ibubapa suka mengubah panggilan nama anak lain dari yang diberikan pada asalnya. Misalnya nama Fauzi akan dipanggil Ridhuan; nama Ishak dipanggilnya Hassan.
Ada setengah pihak menyatakan bahawa berlakunya perubahan dari segi panggilan itu adalah disebabkan nama yang diberikan pada mulanya tidak sesuai apabila anak itu selalu saja diserang sakit atau meragam diwaktu kecil.
Ada juga setengah mengatakan nama itu terlalu berat untuk dibawa oleh anak itu menyebabkan anak itu meragam dan sentiasa diserang sakit. Jika ini alasannya maka anak itu akan dipanggil dengan nama yang 'mudah-mudah' (yang tidak berat seperti nama-nama nabi-nabi atau orang-orang yang terkenal) seperti Selamat, Bujang, Dara , Awang dan sebagainya.
Dua contoh diatas boleh dikatakan berlaku pada masyarakat Melayu yang kurang berpendidikan atau masih lagi tidak banyak terdedah dan terbuka kepada dunia luar.
Namun dalam masyarakat Melayu yang dikatakan moden juga fenomina seperti itu juga berlaku.
Misalnya anak yang bernama Najwa akan dipanggil Wawa. Anak lelaki yang diberi nama Sulaiman akan dipanggil boboi' atau dipanggil along jika dia yang tua, atau adik jika mempunyai abang dan kakak. Ada juga keadaan dimana anak yang dipanggil adik itu akan kekal dipanggil adik apabila mendapat seorang lagi adik. Maka apabila kedua-duanya sudah besar dan telah pandai berkata-kata maka yang adik itu memanggil abang/kakak yang dipanggil adik sebagai adik. Sudah jadi terbalik nampaknya.
Perkara yang dibincangkan ini nampaknya seperti sesuatu yang remeh.
Tapi apakah tujuan kita memberi nama kepada anak kita kalau tidak bermaksud untuk dijadikan sebagai nama yang akan dipanggil? Kalau kita merasakan nama itu terlalu panjang untuk di panggil kenapa kita tidak beri nama yang pendek misalnya nama yang dipanggil keatas diri saya, 'Ai'.
Ertinya nama yang diberi, adalah juga nama yang akan dipanggil.
Jika tidak berbuat begitu saya cenderung untuk membuat tanggapan bahawa fenomina seperti ini berlaku mungkin satu manifestasi yang kita tidak sedar tentang kata-kata: "Cakap tidak seperti bikin".
Saya juga tidak terkecuali kerana memanggil nama anak-anak tidak sama dengan nama yang diberi. Hanya saya dapat beri alasan bahawa nama panggilan itu adalah sebutan yang menjelmakan sifat memberikan kemanjaan dan kasih sayang saja. Saya percaya orang lain pun begitu juga.

Langgan:
Catatan (Atom)